Bab 26

Romance Completed 57827

"Thanks tau, Fit. Susah susah je kau dengan Aidil nak ambil kita orang dari airport. "

"Tak susah pun lah. Apa guna kawan kalau hal kecil macam tu tak boleh tolong? " Aidil yang sedang mengangkat bagasi Nadia dan Naqib masuk ke dalam rumah bersuara.

"Haa, betul tu. Lagipun, kau dah banyak tolong kami, Nad. Apa salahnya kami pulak tolong kau? " seloroh Fitri.

"Anyway, thanks sangat sangat tau. "

"Iya. Berapa kali kau nak ucap terima kasih ni? Aku dengan Aidil dah nak gerak ni. Nak singgah rumah Umi Aidil pulak lepas ni. "

"Oh, ya ke? Kalau macam tu, hati-hati. Take care. "

"Hmm, kau pun. Naqib tu walaupun demam dah kebah masih jugak lemau. Kena pantau selalu, "

"Tu lah. Apa-apa pun aku terhutang budi dengan kau orang dua sebab sanggup tolong kami. "

"No hal lah. Kita kan BFF? "

Nadia ketawa kecil.

"Eh, dah lambat ni. Gerak dulu eh? "

Nadia sekadar mengangguk.

"Bye, "

"Bye, "

Pintu rumah ditutup. Dia kemudian menolak masuk dua bagasi beroda ke dalam bilik. Naqib yang sedang lena dipandang sekilas.

Lelaki itu seperti akan demam semula. Lihatlah tadi ketika dalam penerbangan ke sini, dua lapis selimut digunakan untuk mengekang kesejukan.

Tiba-tiba telefon Naqib di atas meja ruang tamu berdering kuat. Cepat-cepat panggilan itu diangkat risau andai Naqib tersedar.

"Assalamualikum? "

"Er.. Wa'alaikumussalam. "

Nadia kerut dahi. Suara perempuan!

"Ni siapa ya? " Nadia memberanikan diri menyoal siapa empunya suara.

"Ini Nisa. Saya officemate Naqib. Ni siapa ya? "

"Oh, ini wife dia. "

"Wife dia? Encik Naqib dah kahwin eh? "

Makin berkerut dahi Nadia. Ai, Naqib ni tak bagitahu orang ke dia dah kahwin? Ke bagitahu Imran je? Ni aku nak marah ni.

"Dah, nak dekat tujuh bulan dah. Kenapa ya call husband saya ni? "

Sengaja perkataan husband itu ditekan. Biar wanita iti tahu yang Naqib hak milik mutlaknya.

"Oh, saya nak tanya pasal projek yang saya dengan suami Puan discuss. Since Puan yang angkat call ni rasanya nanti-nanti aje lah saya tanya dia. "

Nadia mencebik. Jelas wanita bernama Nisa itu menekan suara tatkala menyebut ayat 'Puan yang angkat call ni'. Eh, dia laki aku. Kau apa hal?

"Hm, baguslah. Lagipun, saya dengan Naqib baru balik dari bercuti. Nak kemas-kemas barang sikit. "

Nadia menjegilkan matanya. Sengaja perkataan 'bercuti' dan 'kemas-kemas barang sikit' itu ditekan.

"Ya ke? Maaflah ganggu Puan. Saya letak dulu ya? "

"Ya, boleh boleh. "

Nadia mendengus. Naqib yang sedang tidur di dalam bilik dikerling tajam.

Siapa Nisa ni?

***

"Najwa, "

"Najwa, "

Najwa tetap meneruskan langkahnya. Razif yang dari tadi memanggil langsung tidak diendahkan. Dalam diam dia tahan ketawa.

"Najwa, "

"Najwa, wait! "

Najwa akhirnya berhenti. Dia menoleh. Sengaja mimik dahi berkerut ditayangkan.

"What? Kau tak ingat apa abang aku cakap dekat kau? " soal Najwa.

"Najwa, takkan kau tak fikir langsung pasal kita? " soal Razif pula.

"Yang suka aku tu, kau je. Aku tak suka kau. Tak ada kena mengena pun. Jadi, for what should I care? Memang patut pun Nadwir suruh kau jangan kacau aku lagi. " ujar Najwa sengaja menggertak Razif.

Razif kelihatan terdiam. Seakan terkejut pun ada. Riak wajahnya sukar ditafsir.

"Apa? Betul kan apa aku cakap tadi? " giat Najwa.

"Tapi, aku suka kau, Najwa. "

"Tapi, aku tak suka kau. "

"Look, Razif. Aku kalau boleh just nak kita dua ni stay as friend je. Not more than that. You know what I mean, right? We should focus on our study, not in love. "

"So, these whole four years mean nothing to you? " soal Razif.

"Literally, yes. "

"Okay, I'm done with you. Aku akan anggap yang kita tak pernah kenal pun sebelum ni. And, I will try my best to keep a distance from you. " ujar Razif. Lelaki itu tampak nekad.

"Sure. Good for you. "

"I have to go. And please consider this as nothing as we never meet or talk, "

"My pleasure, I'm willingly to do that. "

"Assalamualikum, " Razif sekadar senyum nipis sebelum berlalu pergi.

Senyuman di bibir Najwa bertukar menjadi wajah sedih. Ah, menyesalnya!

Kerana sudah terbiasa bergaduh mulut, dia terbawa-bawa pula dengan kata-katanya. Sudahnya dia sendiri yang makan hati.

Ikut muka dia tak malu ni, mahu saja dia mengejar Razif. Ingin berterus-terang. Namun lelaki itu sudah hilang dari pandangan.

"Wa'alaikumussalam, " dia mengeluh perlahan.

***

"Kenapa tiba-tiba ajak aku makan sekali ni? " soal Atirah.

Sebenarnya dari awal lagi dia ingin tahu. Namun ditanamkan saja niatnya tatkala Saiful lebih memilih untuk mendiamkan diri.

"Ai, ajak makan pun salah ke? " giat Saiful.

Atirah senyum malu. Dia menggeleng.

"Mana ada. Tak salah pun. Cuma tiba-tiba je kau ajak aku makan. Itu yang terkejut sikit tu. "

"Aku ajak kau makan ni sebab aku tak kawan kat rumah. Sorang-sorang je. "

"Bukan kau selalu sorang-sorang je ke selama ni? " soal Atirah.

Naik berkerut dahinya mendengar kata-kata Saiful. Setahu dia lelaki itu memang sudah biasa tinggal sendiri. Tiba-tiba pula kata sunyi. Buang tabiat ke apa?

"Memang lah. Tapi harini aku rasa sunyi sangat. Nak ajak Aidil keluar, harini dia lunch sekali dengan Fitri. Nak ajak Nadia dengan Naqib, dorang pulak baru balik dari honeymoon. So, aku ajak lah kau. "

Buat beberapa ketika, Atirah senyum sendiri. Dia menundukkan sedikit kepalanya, risau Saiful terlihat dia yang tersenyum miang.

"Kau kenapa senyum-senyum? " soal Saiful.

"Hah? Mana ada. Tak senyum pun, " dalih Atirah.

"Iya lah tu. " Saiful mencebik.

"Lepas makan ni, kau nak balik rumah terus ke? " soalnya pula.

"Dah tak ada apa-apa nak buat ni, aku balik terus aje lah rasanya. Kenapa? "

"Aku ingat nak ajak kau tengok movie sekali. Movie yang baru keluar tu, "

Tidak berkelip mata Atirah beberapa saat. Sungguh dia terpanar.

Saiful mengajak dia menonton filem baru bersama?

Pengsan!

"Ati? " panggil Saiful.

"Hah? " Atirah tercengang.

"Aku cakap tadi, aku ingat nak ajak kau tengok movie sama-sama. Boleh ke? " ulang Saiful.

"Eh, boleh boleh! "

***

Nadia mencuri pandang ke arah Naqib yang sedang leka menonton drama yang ditayangkan di televisyen. Tangan lelaki itu pula dari tadi tak henti-henti menyuap bertih jagung hasil air tangan Nadia.

Sejak panggilan telefon dari wanita bernama Nisa yang kononnya officemate Naqib pagi tadi, Nadia asyik-asyik diserang rasa kurang senang. Bukan mahu buruk sangka dengan suami sendiri, tapi mengapa Naqib mahu sembunyikan tentang Nisa?

"Why did you staring at me? " soal Naqib.

Matanya tepat memandang ke arah televisyen. Mustahil lah lelaki itu boleh tahu yang Nadia sedang merenungnya. Tapi, bagaimana lelaki itu boleh tahu?

"Eh, tak. Mana ada. Tak ada lah, "

"Macam saya tak nampak, " Naqib tersenyum menayang barisan gigi putih yang tersusun rapi.

"Em, Naqib. "

"Hm? "

"Siapa Nisa? " soal Nadia. Wajah Naqib dipandang dari tepi.

Tangan Naqib kelihatan berhenti menyuap ke dalam mulut. Lelaki itu tiba-tiba berhenti mengunyah.

Eh, marah ke? Adoi!

"How did you know? " soal Naqib.

Lelaki itu mengubah posisi menghadap Nadia sekaligus membuatkan wanita itu merasa tidak selesa.

"Er.. pagi tadi dia ada call. "

"Then? " Naqib jongket sebelah kening.

Nadia terus telan air liur. Mahu tak mahu terpaksa juga dia bertentangan mata dengan Naqib. Gaya itu cukup dia kenal. Gaya memaksa orang untuk memberikan jawapan yang sebenar.

"Saya angkat, "

"And then? "

Eh, makin tinggi pulak keningnya!

"Dia cakap, "

"Dia cakap apa? "

"She's your officemate? "

"Ahaa, then? "

Nadia pejam mata. Dia menarik nafas ditarik dalam-dalam. Boleh semput aku macam ni!

"She said that awak ada discuss dengan dia pasal a new project. Dia ingat dia nak sambung discuss dengan awak masa saya angkat call dia tadi. But, she said since saya yang angkat telefon, dia bincang lain kali aje lah. " terang Nadia. Sempat ayat 'since saya yang angkat telefon' ditekan. Sengaja untuk melepaskan kemarahan.

"Nisa? I didn't have her number before. Mana dia dapat number saya? "

"How should I know? She's your officemate. Not mine, " hampir saja kening Nadia bertaut dek dahi yang berkerut marah.

"Nad, jujur saya kata, saya tak pernah bagi number saya dekat mana-mana perempuan pun. "

Nadia masih diam. Sebenarnya dia berfikir. Apakah Naqib sedang membuat helah?

"Trust me, Nadia. "

Naqib tiba-tiba menggenggam tangannya. Wajah lelaki itu ditatap lama-lama. Wajah yang penuh pengharapan. Tiba-tiba Nadia rasa serba salah.

"Please? "

Nadia mengherot bibir. Dia sendiri juga buntu.

"As your wish, "

Nadia kemudian bangkit lalu masuk ke dalam bilik tidur. Bunyi pintu yang tertutup rapat memenuhi ruang rumah yang sunyi.

Naqib terus meraup wajahnya.

"Macam mana ni? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience