Bab 31

Romance Completed 57827

"Papa bukan tak pujuk dia, Naqib. Banyak kali dah. Tiap kali Papa cakap pasal Naqib je, mesti dia melenting. " ujar Encik Daud.

Tergeleng-geleng kepala lelaki awal 60-an itu tatkala dia berbicara. Encik Daud kemudian duduk di kerusi ruang legar luar wad itu.

Naqib sekadar mendengar. Dia sendiri juga buntu. Dalam masa yang sama dia terkejut. Terkejut dengan berita bahawa Nadia hamil.

"Salah saya jugak, Pa. Kalau saya tahu akan jadi macam ni, memang takkan saya masuk office Nisa semalam. " ujar Naqib lalu meraup wajahnya.

"Bukan salah Naqib. Semua ni kan ketentuan Allah. Ada hikmahnya, " pujuk Encik Daud.

Naqib senyum nipis. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk. Tidaklah dia merasa serba salah dengan Encik Daud.

"Papa nak masuk dulu. Nak try pujuk lagi, "

Naqib hanya mengangguk.

"Naqib tunggu kat luar, "

***

"Macam mana You buat kerja ni? Nasib baik tau adik I tak gugur. Kalau gugur macam mana? " marah Nadwir.

"How should I know? I'm just following your instructions. "

Gadis dengan blouse biru cair itu kelihatan tenang duduk sambil menghirup jus orennya. Wajahnya beriak selamba.

"Ada ke instruction I sampai buat adik I nak gugur? " perli Nadwir.

"Hello? Mr Nadwir, You jugak kan yang suruh I separate adik You dengan Naqib? Then, now you're going to blame me for what happened? "

Nadwir merengus. Dia meraup wajahnya.

"Okay, okay. Macam ni, "

"We keep our plan on going for several months like that. Then, when Naqib willingly leave Nadia, I'll give you a triple payment. How? " tawar Nadwir.

"Mr Nadwir, I'm not sure about this. "

"Oh, please! Habistu You nak biar mak You mati? "

Anisa terkedu seketika. Pantas Nadwir dijeling tajam. Matanya terjegil.

"Excuse me! Don't you dare to drag my mother in this insane plan! "

"Then, buat je lah macam yang I suruh. Boleh kan? Besides, I've paid you half of the payment and I know You've used the money to pay your mother's hospital bills, right? " Nadwir ketawa sinis.

"Tak nak buat tak apa. I don't mind and I don't care. But, please give me back the whole amount of money. Whole of it, " lelaki itu masih lagi senyum sinis.

Anisa mengeluh perlahan. Dia terjerat lagi.

Maafkan I, Naqib.

***

"Nad, Mummy datang ni. "

Nadia yang sedang termenung ke luar jendela pantas mengalihkan pandangan ke arah Puan Masyitah. Di belakangnya, ada Puan Faiza yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

"Mummy, "

Nadia cuba bangkit namun ditegah oleh ibu mertuanya.

"Nadia sihat? " soal Puan Faiza.

"Sihat, Alhamdulillah. Mummy? "

"Mummy sihat. Baby macam mana okay? "

"Alhamdulillah, baby ni kuat. "

"Syukurlah. Dengar kata, Nad tak nak jumpa Naqib. Betul? "

Nadia terus mengetap bibir. Hatinya tiba-tiba diserang rasa bersalah tatkala Puan Faiza sendiri sudah bertanya.

Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Nad, " Puan Faiza mengenggam tangan Nadia.

"Mummy, Nadia minta maaf. Nadia tak patut buat macam tu. Nad.. "

"Tak apa. Mummy faham. Lagipun, emosi Nadia tak stabil. Mummy faham, " potong Puan Faiza.

"Mummy ni bukan nak sebelahkan sesiapa. Mummy tahu, Naqib tu mungkin nakal sikit. Tapi, Mummy kenal sangat anak Mummy tu. Setiap apa yang dia buat pasti ada sebabnya, "

Hati Nadia tiba-tiba rasa terpujuk. Kalau tadi dia dihambat rasa amarah, kini dia merasa kasihan dan serba salah pula pada Naqib.

Astaghfirullah. Apa kau dah buat, Nadia?

"Mummy, Nadia nak jumpa Naqib. Dia ada kat luar? Suruh dia masuk, Mummy. Nadia nak jumpa dia. "

"Ya, ya. Boleh, Nadia. Tapi, Nadia kena kawal diri. Jangan terlalu ikutkan sangat rasa marah,"

"Insha Allah, " Nadia mengangguk.

"Mummy keluar dulu eh? "

Puan Faiza kemudian bangkit dari duduknya lalu menolak pintu kayu wad itu. Naqib yang menanti di luar cepat saja berdiri tegak. Seolah menanti jawapan.

"Macam mana, Mummy? Nad okay? Baby okay? Dia tak apa-apa kan? " soal Naqib bertubi-tubi.

Puan Faiza ketawa kecil.

"Okay, Nadia okay je. "

"Dia kata apa? "

"Dia suruh Naqib masuk, "

"Hah? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience