Bab 18

Romance Completed 57827

"Ir tak kira, Pa. Naqib tu dah melampau. "

"Ir, bukan ke Nadwir sendiri yang setuju Nad kahwin Naqib? " celah Puan Masyitah.

"Tu dulu, Ma. Sekarang tak. "

"Jadi, abang nak buat apa? Pergi pukul dia? " sinis Najwa.

Nadwir menjeling tajam ke arah Najwa.

"Ni bukan hal kau. Jangan sibuk-sibuk. "

"Ni bukan hal kau jugak. Hal Nadia. Kau sibuk kenapa? Biar lah Nad urus rumah tangga dia sendiri. " getus Najwa.

"Kau kan! "

"Apa? Apa? Aku apa? "

"Eh, dah lah. Tak payah gaduh-gaduh. Kita boleh bincang dengan mak ayah Naqib. " celah Encik Daud meleraikan pergaduhan mulut antara dua beradik itu.

"Ir tak kira. Tengah hari nanti, Ir sendiri pergi ambik Nadia kat rumah dia. "

Nadwir kemudian mengambil kunci kereta di atas meja kopi lalu berlalu keluar. Bunyi deruman enjin keretanya kedengaran tanda kereta Nadwir sudah keluar dari garaj kereta.

"Ish, abang tu kan! Suka hati dia je! " Najwa mengetap bibir.

"Biar aje lah Nad urus rumah tangga dia sendiri. Apahal nak sibuk-sibuk? Kabut je lebih. " bebel Najwa.

"Naj, tak baik kata macam tu. Tu abang kan? " tegur Puan Masyitah.

"Abang apa kalau nak hancurkan hidup adik sendiri? Ada ke dia call Nad pasal Mama pengsan semalam? Tak ada kan? Nampak sangat dia macam nak halau Nad keluar dari keluarga ni. "

"Astaghfirullah, Najwa! Apa kamu cakapkan ni? " Encik Daud pula bersuara.

"Naj cakap benda yang betul, "

Najwa diam sebentar. Kemudian dia bersuara kembali.

"Najwa naik dulu, "

Najwa terus mendaki tangga masuk ke biliknya. Dari ruang tamu Encik Daud sudah mendengar anak bongsunya itu menghempas pintu bilik. Dia geleng kepala.

Puan Masyitah mengurut dahi. Kepalanya tiba-tiba berdenyut-denyut. Dia cuba bangkit. Namun dia rebah.

"Ya Allah, Mas! "

***

Nadia memisat mata yang terasa berat. Matanya melilau sekeliling. Rasanya ini bukan bilik tidurnya yang selalu.

Ini bilik Naqib!

Dia menekup mulut. Ruang di sebelahnya yang kosong dipandang sekilas. Pantas dia menggeleng kepala.

Eh, takkan lah...

Jam dinding bilik Naqib dipandang. Terbeliak matanya. Dia bingkas bangkit dari katil. Dia menuju ke bilik mandi di sebelah dapur. Kemudian dia mengambil wuduk.

Di mana Naqib? Itu dia tidak berapa peduli. Yang penting solat Subuh harus ditunai. Waktu syuruk sedang menghampiri.

Selesai saja membaca doa setelah menunaikan solat Subuh, dia mengambil keputusan untuk baring sebentar.

Badannya disengat dengan rasa penat yang amat. Lantas dia terlelap.

***

Bunyi penggera telefon memaksa Nadia membuka mata. Mahu tak mahu terpaksa juga dia bangun.

Matanya dipisat-pisat lalu skrin telefon dipandang sekilas. Pukul 8.00 pagi.

Pintu bilik dibuka. Dia memisat lagi matanya.

Ktang!

Serta-merta matanya segar bugar. Pencuri!

Payung yang sememangnya diletak di tepi pintu bilik diambil lalu diletak di bahu. Terinjit-injit dia ke dapur.

Siaplah kau, Pencuri!

Pagi-pagi pun nak pecah masuk ke rumah orang. Pencuri zaman sekarang benar-benar menakutkan.

Berani kau masuk rumah aku ya?

Figura berbaju-T hitam yang sedang mencangkung di hadapan kabinet bawah sinki itu ditenung tajam. Dia sudah siap sedia untuk 'membantai' pencuri itu. Kerutan di dahi makin bertambah. Itu kan almari tempat kebiasaan dia meletakkan semua periuk dan kuali?

Pencuri apa curi periuk belanga orang?

Chef? Penjaja? Warung?

Ah, aku tak kira. Curi tetap curi. Dosa tetap dosa.

Bantai tetap bantai!

Tatkala figura itu bangkit lalu menoleh, terus Nadia menghayun payung sekuat hati.

"Yah..!! "

"Eh! " mata Naqib terbeliak.

Mujur saja sempat ditahan. Mata Nadia turut terbeliak besar. Payung di tangan jatuh ke lantai.

"Naqib? "

"Buat apa ni? " soal Naqib.

"Kau nak pukul aku eh? " tebak Naqib pula.

Nadia mengerling payung di lantai kemudian dia memandang wajah Naqib semula. Dia senyum sumbing.

"Ma.. mana ada, " dalihnya.

"Macam aku tak tahu. Payung tu apa cerita? "

Naqib menjuih ke arah payung di kaki Nadia. Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebuah kuali dari dalam kabinet bawah sinki dapur.

"Saya ingat pencuri tadi. Itu yang... "

"Nak pukul? " potong Naqib.

Perlahan-lahan Nadia mengangguk. Dia menunduk memandang lantai. Apa pun nak jadi, dia redha.

Naqib tahan senyum. Comel!

"Simpan lah payung tu. Dah mandi ke ni? "

Nadia pantas menggeleng.

"Patut lain macam aje. Pergi mandi dulu. Hari ni aku masak breakfast. "

Terbeliak mata Nadia. Mulutnya terbuka, sedikit ternganga dek terkedu.

Aku tak pekak lagi agaknya.

Naqib masak breakfast?

"Awak masak? "

"Hm, aku masak. Pergi mandi cepat. Lepastu kita makan sama. "

Laju saja Nadia mengangguk. Dia akur. Terus dia ke biliknya lalu menuju ke bilik mandi.

Naqib senyum nipis memandang Nadia yang terkocoh-kocoh ke bilik mandi.

Biar aku tebus semua salah aku dekat kau, Nadia.

***

Nadia dari tadi asyik-asyik mengerling Naqib yang sedang leka menikmati sarapan hasil air tangannya .

Dia bukan mahu judge masakan Naqib. Tapi, kalau dah macam ini gamaknya, macam mana dia mahu telan semua ini?

Kononnya tadi french toast bakar ala resepi sahabatnya, Imran dengan scramble egg. Yang ada depan matanya kini adalah roti bakar yang terlebih bakar. Sudah tentut-tentu hangus. Scrumble egg boleh tahan lagi.

Masya Allah. Macam mana aku nak makan ni?

"Kenapa tak makan? Tak sedap? " soal Naqib tiba-tiba bersuara.

Nadia pantas menggeleng. Mahu tak mahu sekeping roti yang bagai kain buruk panas itu diambil sekeping lalu digigit.

Dia terkedu.

Hangus, tapi sedap!

Wah, magis apa lelaki itu gunakan?

"Sedap, "

Fikirnya kesan hangus di kedua-dua belah permukaan roti ini rasanya pasti pahit. Rupanya tidak. Rasa mentega yang cair di permukaan roti cukup padan dimakan bersama scrumble egg Naqib.

"Pandainya awak masak, "

"Looking down on me? Aku pandai masak lah. Kau ingat, selama aku tinggal kat sini, aku makan apa? Makan beras? "

Nadia menggeleng kepala sambil tersengih.

"Tak, "

"Tahu pun. "

"Tapi, sedaplah. Macam mana awak masak? " soal Nadia.

"Did you see my hand? " Naqib menayang tangan kirinya.

"Aku ada magic memasak. "

Nadia mencebik. Ye ye lah kau magic memasak.

"Lepas ni siap-siap. Kita pergi beli barang dapur. "

"Hah? " Nadia tercengang.

"Beli barang dapur lah. Barang semua dah nak habis kan? "

"Oh, okay okay. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience