Bab 14

Romance Completed 57621

Nadia baru saja selesai melipat pakaian lantas mengerling sekilas ke arah jam di dinding. Waktu asar hampir ke penghujung.

Naqib seperti biasa akan pulang sekitar pukul 8 atau 8.30 malam.

Sudah dua bulan dia hidup begini. Sudah terbiasa. Lelaki itu tidaklah seteruk yang disangka.

Adakalanya jari Nadia terluka tatkala memotong bahan masakan, lelaki itu yang akan mencuci dan merawat lukanya.

Adakalanya urat sendi Nadia sakit-sakit akibat melakukan kerja rumah, lelaki itu yang akan membantu mengurut.

Bilamana dia terleka dengan sikap prihatin lelaki itu, pasti saja kata-kata kasar lelaki itu menyedarkan dirinya semula ke alam realiti.

Nadia menyelak langsir yang menutupi ruang balkoni tingkat lima kondominium itu. Bangku rotan kecil menjadi tempat dia melepaskan kepenatan setelah seharian mengurus rumah.

Telefonnya berdering.

Terasa bergetar dari dalam apron. Biasanya waktu-waktu begini dia akan mula memasak. Tapi hari ini dia ingin berehat beberapa minit.

Mama.

Tubir mata terasa panas. Betapa dia merindukan insan yang telah berkorban nyawa melahirkannya ke bumi ini. Ikon telefon segera diselak ke slaid hijau.

"Assalamualikum, Nad. "

Nadia memejam mata. Hampir saja air matanya gugur tatkala suara wanita separuh abad itu sayup-sayup kedengaran di telinga.

"Wa.. Wa'alaikumussalam. Mama apa khabar? "

Dia cuba menahan sebak. Tak ingin kelihatan lemah. Tak ingin Mama tahu perkara sebenar.

"Mama sihat. Alhamdulillah. Nad apa khabar? "

Nadia menarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan.

"Baik, Alhamdulillah. Mama tengah buat apa tu? "

"Mama masak-masak ni. Mama saja call, rindu. Eh, Mama kacau Nad ke tu? "

Nadia menyeka kasar air mata yang mula mengalir di pipi.

"Eh, tak ada lah. Nad pun tengah duduk-duduk ni. Nanti baru nak masak. "

"Oh, ingatkan Mama kacau Nad tadi. Nad bila nak balik sini? Lama tak jumpa. Rindu sangat dengan Nad, "

Makin sebaknya dibuatnya Nadia. Tahan, Nadia. Tahan!

"Insha Allah. Nad pun ingat nak balik sana hujung bulan ni. Ya lah, Naqib pun banyak kerja. Jarang ada masa. "

"Iya? Nad tak kerja ke tu? "

"Ha'ah. Nad berhenti bulan lepas. "

"Laa.. kenapa? "

"Nad nak jadi macam Mama. Isteri yang baik, yang jaga makan pakai suami. Mama kan idola Nad. "

Ketika muda, Puan Masyitah sanggup berhenti kerja dari menjadi seorang jururawat. Ketika itu, Najwa Mariah mempunyai penyakit jantung berlubang. Nadia sendiri menjadi saksi pengorbanan Encik Daud mencari rezeki dan Puan Masyitah berkorban tenaga menjaga adiknya yang seorang itu.

Dia menyeka lagi air mata. Makin ditahan, makin menjadi-jadi.

"Macam-macam lah Nad ni. Mama nak masak dulu lah. Kirim salam dekat Naqib tu. Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam, "

Panggilan dimatikan.

Nadia merenung lama skrin telefonnya.

"Ehem.. "

Pantas dia menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat Naqib sedang selamba meneguk air sambil duduk di meja makan.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Aku belum masak lagi!

"Eh, awalnya balik? "

"Balik awal pun salah ke? " soal Naqib. Dia meletakkan cawan yang diguna tadi ke dalam sinki.

Lelali itu kemudian menyingsing lengan baju kemeja hijau pudar hingga ke paras siku. Paip air dibuka lalu Naqib mencuci cawan itu.

Nadia cepat-cepat masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu balkoni. Terkocoh-kocoh dia ke dapur.

"Saya belum masak lagi, "

Naqib sekadar diam. Lelaki itu mengerling sekilas Nadia yang tampak resah.

"Tak apa. Bersiap lah. Malam ni kita makan kat luar. "

Terbeliak mata Nadia. Apa yang baru didengarinya tadi bagaikan kata-kata dalam mimpi. Sungguh dia tidak percaya.

"Ma.. makan luar? "

"Haa lah. Kau dengar apa? Makan dalam? "

Melihat Nadia yamg masih tercegat di muka pintu dapur membuat Naqib rimas. Lelali itu berlalu pergi, ingin ke biliknya.

"Pukul 8 kita gerak, "

Nadia mengangguk laju.

Yea! Tak payah masak!

***

Nadia kejap-kejap mengerling ke arah Naqib yang fokus memandu. Lelaki itu tampak santai berkemeja biru muda dengan membiarkan dua butang di atas tidak diketip.

Sesekali sinar lampu jalan raya menyinari wajah lelaki itu. Haruman minyak attar jauh lebih kuat berbanding dari pewangi kereta yang sedia ada.

"Kita nak makan mana ni? " soal Nadia memecah kesunyian.

Memang sunyi. Sudah suasana kekok asyik diam tak bersuara. Tambah pula dengan radio bisu yang tidak dihidupkan ini. Ah, dia rimas!

"Ikut je lah, " balas lelaki itu ringkas.

Nadia sekadar menganggukkan faham. Tak mahu bertanya lanjut. Nanti tak pasal-pasal 'makan luar' ni jadi 'makan dalam'. Mahunya Naqib mengamuk seperti minggu lepas.

Uuu.. membayangkannya saja sudah merinding bulu roma. Salah dia juga. Kalau bukan disebabkan dia melayan anak jiran yamg gatal itu melebih-lebih, tidaklah Naqib naik hantu menampar wajahnya bagai dirasuk.

Naqib membelok masuk ke satu lorong. Ternganga seketika mulut Nadia tatkala terlihat deretan kedai makan yang pastinya mahal dengan lampu yang memancar terang.

Wah, Naqib mimpi apa semalam?

Naqib mengerling Nadia di sisinya. Tiada sebab tertentu dia mengajak isterinya itu keluar makan bersama. Dia dengar segalanya. Dia dengar segala perbualan Nadia dengan Mama. Dia jadi serba salah. Rasa berdosa. Sebabkan dendam, dia pisahkan Nadia dengan Puan Masyitah.

"Dah sampai, "

Lelaki itu mematikan enjin. Tali pinggang keledar dibuka. Naqib memandang ke dalam cermin lalu membetulkan rambutnya.

Eceh.. sayang rambut konon.

"Jom, "

Nadia menganggukkan laju lalu cepat-cepat keluar dari kereta kepunyaan Naqib. Blouse biru gelap yang sedikit komot itu dibetulkan. Begitu juga kedudukan tudungnya yang sedikit senget.

"Kita makan mana? " soal Nadia lagi.

"Kita makan kat restoran depan ni. "

Makin ternganga mulut Nadia. Gila! Dalam banyak-banyak restoran, restoran Cina Muslim yang mahal ini juga dibawanya makan.

Naqib ni gaji hari ni ke?

Eh, mustahil. Baru minggu lepas lelaki itu membuat salinan slip gaji.

Merompakkah dia?

Astaghfirullah.. Nadia! Itu suami kau. Husnuzon!

Nadia membuntuti langkah Naqib yang semakin laju ke hadapan. Mujur saja dia memakai sandal. Dapatlah dia mengejar langkah lelaki itu.

Meja dengan dua kerusi menjadi tempat duduk pilihan. Walaupun agak jauh, namun tetap selesa kerana privasi lebih terjaga.

"Nak order apa? " Naqib memandang tepat ke wajah Nadia.

"Hah? "

"Nak order apa? " soal lelaki itu sekali lagi.

"Em, apa-apa pun boleh. " Nadia senyum.

Naqib mendengus geram. Lelaki itu kemudian menunjuk ke situ ke sini dalam buku menu itu kepada seorang pelayan yang memgambil pesanan.

Pelayan itu kemudian berlalu pergi setelah mengulamgi semula pesanan untuk memastikan tiada kesalahan pesanan.

"Kenapa tiba-tiba makan kat luar ni? "

"Salah ke? "

"Eh, tak. Tak salah. Tapi, tiba-tiba je? "

"Look, Nadia. Sekali sekala kena lah jugak makan dekat luar. Ambil udara luar sikit. Tak adalah kembang je hidung hirup udara pengap hari-hari, " terang Naqib.

Nadia sekadar menganggukkan. Begitu rupanya.

15 minit penantian memang sungguh berbaloi. Tak sangka, lelaki ini begitu teliti memilih makanan.

Semuanya kelihatan menyelerakan. Nadia segara menelan air luir. Nyaris saja menjejeh tadi.

"Let's eat, " ujar Naqib.

Lelaki itu menadah tangan membaca doa. Nadia turut sama mengaminkan doanya. Setelah selesai mereka mula menjamu selera.

Wah, lamanya aku tak rasa dim sum ni!

Terpejam-pejam mata Nadia dek menikmati makanan Cina muslim yang masuk ke dalam mulut. Masya Allah, enak sungguh!

Sedang dia menikmati, Naqib pula tiba-tiba berdeham.

"Lusa kita pergi beli barang sikit. Alang-alang, kita melawat Mama. "

Mata Nadia membeliak jauh lebih besar dari tadi. Dia tersedak. Kalau begini hari-hari, boleh kena heart attack dibuatnya. Lepas satu kejutan, kejutan satu lagi datang.

"Tiba-tiba je? "

Nadia menyisip sedikit jus durian belanda yang dipesan.

"Nak jenguk mak sendiri pun dah tak boleh ke? " soal Naqib.

Lelaki meletak kedua tangan ke atas meja lalu menyulam jari-jemari. Matanya merenung tepat ke wajah Nadia, membuatkan Nadia jadi rimas. Panik!

Nadia berdeham beberapa kali.

"Tak salah. Tapi, kenapa dengan awak hari ni? Tak macam selalu? "

"Kenapa? Selalu aku jahat? " giat Naqib.

Nadia senyum sumbing. Dia menyuap sesudu nasi bersama ayam hainan masuk ke dalam mulut. Aduh, soalan perangkap!

"Jangan kata kau tak rindu Mama dengan Papa kau? Nak jadi anak derhaka ke? "

Pantas Nadia menggeleng. Gila kau? Aku belum cukup banyak sedekah pahala kepada kedua ibu bapa sendiri. Ini pula mahu menderhaka.

"Er.. saya nak pergi toilet kejap. "

Lelaki itu mengangguk.

"Lima minit, pastu kita balik. Aku pun nak bayar makanan dah ni. "

Nadia mengangguk. Segera dia bangkit dari kerusi lalu mencapai tas tangannya. Melilau dia sekeliling mencari tandas.

Tandas sebenarnya sekadar alasan. Alasan untuk dia menghilangkan segala kekeliruan dalam hati. Menghilang segala rasa pelik yang dari tadi asyik timbul dalam hati.

"Nad? "

Pantas Nadia menoleh. Terbeliak matanya.

"Saiful? "

Wah, dia sungguh tidak menyangka akan berjumpa lelaki itu lagi, di sini. Setelah hampir tiga bulan dia hilang tanpa jejak.

"Lama tak jumpa. Kau sihat? " soal Saiful.

"Alhamdulillah. Kau? "

"Alhamdulillah, sihat jugak. Dating ke ni? " giat Saiful.

"Eh, tak ada lah! Makan biasa je. "

"Wah, sejak kahwin ni seri muka kau tu lain macam lah. Makin cantik, " puji Saiful.

"Eh, tak ada lah. Kau ni mengada je lebih. "

"Aku cakap benda yang betul, "

"Fit apa khabar? "

"Alhamdulillah, sihat. Lepas kau berhenti haritu, dia serabut lah sikit sebab kena ganti kelas kau sementara dengan Hidayah. Dua minggu lepas tu ada cikgu bahasa Arab yang masuk, ganti kau agaknya. "

"Alhamdulilah. Kesian Fit. Aku banyak susahkan dia. "

"Tak susahkan pun. Kalau aku jadi dia, aku pun sanggup nak korbankan masa demi kau. Ya lah, kau pun banyak tolong dia selama ni. "

Nadia senyum lega. Kata-kata Saiful sedikit sebanyak mengurangkan rasa bersalah yang bersarang dalam hati.

"Em, aku dah nak balik ni, Nad. Jumpa nanti. "

"Aku pun nak gerak dah ni. Naqib mesti dah tunggu. " Nadia mengangguk.

Baru saja dia ingin melangkah keluar dari ruangan mencuci tangan itu tiba-tiba saja dia tersadung. Mujur Saiful sempat menahan dengan menggenggam tangannya.

"Kau okay? "

Nadia lambat-lambat mengangguk. Betapa dia terkejut tadi. Tersilap langkah, pasti patah pinggang akibat tersungkur di lantai licin ini.

"Nadia! "

Pantas Nadia dan Saiful menoleh. Nadia kini dua kali ganda terkejut. Wajah Naqib cukup mengerikan. Jelas lelaki itu marah.

"Naqib, kau sihat? " sapa Saiful mesra.

"Sihat ke tak itu bukan masalah kau! Nadia, jom balik! " bentak Naqib.

Lelaki itu kemudian menarik kasar pergelangan tangan Nadia agar keluar mengikutinya.

Jantung Nadia berdegup kencang. Sungguh dia tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi nanti.

Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience