Bab 38

Romance Completed 57621

Pang!

Matanya yang terbeliak memandang bawah. Pipinya yang terasa panas dan perit lantas disentuh.

"Aku didik kau dengan agama, dengan kasih sayang, macam ni kau jadinya, Nadwir? " soal Encik Daud berang.

"Papa, Nadwir boleh explain. "

"Kalau kau nak explain, patutnya awal lagi kau buat macam tu. Bukan waktu ni kau nak explain! "

"Abang, sabar. Nanti darah tinggi abang naik pulak. " pujuk Puan Masyitah ingin menenangkan suaminya.

"Sabar? Mas, anak kita ni nak hancurkan rumah tangga orang tau? Rumah tangga adik dia sendiri! "

"Papa, I can fix this. " rayu Nadwir.

"Fix apa? Adik Ir dengan Naqib dah mohon nak bercerai dah kat mahkamah syariah. Baru sekarang nak cerita hal sebenar? Sampai hati Ir upah orang nak goda adik ipar Ur sendiri sampai cucu Papa pun nyaris mati? Mana sikap kemanusiaan Ir? Ir ni manusia ke syaitan?! "

Puan Masyitah terkesima mendengar kata-kata suaminya. Wajah sugul anak sulungnya ditatap penuh rasa.

"Nadwir upah orang? "

"Nadwir minta maaf. Nadwir... "

"Betul ke abang yang buat semua ni? "

Seraya itu mereka bertiga menoleh memandang ke arah tangga. Nadia dengan wajah terkejut menyapa pandangan mata.

"Nad, abang minta maaf. "

Lekas-lekas Nadwir bangkit lalu mendapatkan Nadia. Dia lantas melutut memegang kaki Nadia.

"Nad, abang minta maaf. " pintanya.

Tangan Nadia cuba diraih. Pantas adiknya menepis. Wajah Nadia kelihatan cukup marah dan kecewa. Mata wanita itu berkaca. Sudah ada air mata yang tumpah melalui pipi mulusnya.

"Sanggup kau buat aku macam ni, Nadwir? Aku ni adik kau! Kau dah hancurkan hidup adik kau! "

Terus Nadia berpaling lalu melangkah naik ke atas. Kembali ke biliknya. Nadwir menunduk memandang lantai. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Aku minta maaf, Nad. "

***

"Kau tak rasa pelik ke? "

Najwa menoleh dengan dahi berkerut.

"Pelik kenapa? "

Najwa kembali menyambung aktivitinya menulis nota dari dalam buku rujukan yang tergendala sebentar tadi. Razif ni sibuk-sibuk aje konon mahu meneman. Lelaki itu bukannya mahu ulang kaji, malah hanya duduk-duduk saja merenung Najwa.

"Ya lah, setahu aku abang ipar kau tu sayang gila dekat Kak Nadia. Lepastu, Kak Nadia kan rasional orangnya. Dia orang boleh bincang and settle hal ni elok-elok kan macam selalu? Tapi, kali ni Kak Nadia pilih untuk bercerai. Abang Naqib pulak macam pasrah je, tak macam selalu. Kalau selalu dia akan fight sampai satu hal tu selesai. Kau tak rasa ada something wrong ke? "

"Merepek lah, Razif. " Najwa senyum kelat.

"Hey, merepek apa? Naluri aku kuat mengatakan ada something yang tak kena. "

Najwa berfikir sejenak. Benar juga kata-kata Razif. Sejak dua menjak ini pun Nadia semacam berubah. Cepat benar naik angin biarpun hal kecil. Tahu lah dia jika benar Nadia sedang hamil sekalipun takkan lah baran sebegitu. Sanggup pula kakaknya itu meminta cerai tatkala sedang berbadan dua begitu.

"Kau nak buat apa? " soal Najwa.

"Mesti lah nak investigate. Soalan apa kau ni? "

"Tak lah, aku tanya je. "

"So, when shall we start it? " soal Razif tersengih-sengih.

"We? "

"Haa lah. We. Kau dengar aku kata She ke? " sindir.

Najwa mencebikkan bibirnya.

"Suka sindir orang, " gumamnya.

"Apa dia? Ulang balik, " giat Razif.

"Takde apa-apa lah! Pergi balik rumah kau! "

"Uu.. garangnya. Merajuk eh? "

"Mana ada! "

"Eh, tu muka merah tu. Merajuk lah tu. Cakap je lah, "

"Razif! "

***

"Nad, kau serius ke pasal hal ni? Tak nak bincang dengan Naqib? " soal Fitri.

"Bincang apa lagi? Keputusan aku muktamad, " tegas Nadia.

"Takkan kau tak kasihan kat Naqib? Hm? " Atirah pula bersuara seakan memujuk.

"Kasihan? Kalau nak aku kasihankan dia, dia sepatutnya kasihan aku dulu. Anak aku nyaris mati tahu tak? "

Terus Fitri dan Atirah mengetap bibir. Tidak jadi bersuara dibuatnya apabila Nadia sudah mula naik angin. Entahlah, sejak Nadia berbadan dua ini, cepat saja wanita itu naik angin. Terkadang tiada sebab munasabah pun.

"Nad, aku dengan Aidil dulu pun pernah gaduh macam ni jugak. Tapi tak adalah sampai nak bercerai. Kau nak ke anak kau nanti bila lahir dia tak kenal ayah dia? "

"Biar, biar dia tak kenal ayah dia. Sekurang-kurangnya dia tak tahu yang ayah dia tu perangai buruk. "

"Ya Allah, Nad! Kau sedar tak apa kau cakap ni? Apa yang dah rasuk badan kau ni? " Fitri mula meninggikan suara.

"Aku sedar apa aku cakap, Fit. Kau tak payah nak nasihat aku. Aku yang go through semua ni, bukan kau. "

"Tapi, takkan kau dengan Naqib tak boleh berbincang langsung? Bukan selalu korang akan bincang ke kalau ada something happened? " celah Atirah.

"Bincang apa? Nothing to be discuss about. Perlu ke bincang pasal hal ni? My child almost die, "

"Nad, tapi takkan kau nak cerai? Ni bukan Nadia yang kami kenal, yang selalu rasional. Where are the rational Nadia that we know? " soal Fitri.

"Nadia tu dah tak wujud lagi. That's all Naqib's fault. " Nadia yang sedang menyilang tangan itu mencebik.

Atirah dan Fitri berpandangan sesama sendiri. Masing-masing dengan wajah risau berbaur gelisah.

Macam ada tak kena!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience