Bab 21

Romance Completed 57621

"Nak tak kita pergi honeymoon? " soal Naqib.

Nadia yang sedang mengunyah kerepek kentang berjenama Pringles pantas menoleh ke kanan. Berkerut-kerut dahinya memandang Naqib.

"Buat apa? "

"Honeymoon lah. Jalan-jalan, ambil angin. "

"Tak nak lah. Baik duduk rumah. "

"Em, tapi saya teringin nak pergi honeymoon. Boleh lah eh? "

"Nak pergi mana? " soal Nadia.

"Kalau France boleh? " cadang Naqib.

"Eh, jauhnya. Tak nak lah. "

"Kalau macam tu, awak nak pergi mana? "

"Saya nak pergi pulau-pulau dekat Malaysia. "

"Pulau-pulau? Macam banyak je pulau nak pergi tu? " giat Naqib.

"Ala.. tak banyak pun. Kita pergi Pulau Manukan lepastu kita pergi Kundasang. Saya ada sepupu kat situ. "

"Bagus jugak tu. Bila kita nak pergi? "

"Esok? " gurau Nadia.

"Esok saya kerjalah. Apa kata hujung bulan depan? Cuti sekolah kan? "

"Saya bukan cikgu lah. "

Senyuman di bibir Naqib mati begitu saja. Kerana dia Nadia sanggup berhenti kerja. Dia sudah menghancurkan hidup Nadia.

"Naqib? "

Naqib masih diam. Lelaki itu menunduk memandang tangannya yang digenggam lembut oleh tangan Nadia.

"Naqib, saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak. Saya... "

Naqib lantas memeluk Nadia. Nadia terkedu. Entah kenapa lelaki itu sejak kebelakangan ini agak beremosi. Mungkin dia serba salah barangkali.

"Saya minta maaf sebab saya dah hancurkan hidup awak. Kalau tak sebab saya suruh awak berhenti kerja, awak takkan penat buat kerja rumah hari-hari. Saya minta maaf, "

"Naqib, kan kita bincang pasal hal ni. Tak nak ungkit kisah lama? Remember? "

"Tapi, saya tetap rasa bersalah. Saya kongkong hidup awak selama ni. Saya rasa berdosa sangat. Saya berdosa dengan awak, Nadia. "

Sebak pula rasanya tiba-tiba. Nadia senyum nipis. Pelukan dileraikan.

"Jangan macam ni. Saya tak suka lah tengok awak sedih-sedih ni. Nanti saya pun rasa sedih. " seloroh Nadia.

"So, why not petang ni kita pergi Taman Tasik? Makan ais krim. Macam dulu-dulu. Nak? " cadang Nadia.

Naqib senyum nipis. Dia mengangguk.

***

Najwa melangkah masuk ke dalam kedai buku itu. Dia berjalan ke bahagian buku-buku kemanusiaan. Dia sebenarnya ingin mencari bahan rujukan.

Najwa kini cuma tinggal setahun saja lagi untuk menghabis pengajiannya dalam bidang sains sosial psikologi. Buku-buku rujukan memang diperlukan untuk menyiapkan thesis.

Buku dengan tajuk 'How Our Mind Works' menarik perhatiannya. Pengarangnya bukan orang tempatan. Buku itu diambil, namun ada satu lagi tangan yang turut ingin mengambil buku itu.

Mereka berpandangan dengan pandangan tajam. Scene berebut buku pasti bermula.

"Razif? "

"Najwa? "

Niat mereka untuk mengambil buku itu lesap begitu saja. Hilangnya pula mood mahu membeli. Mereka dua-dua menarik wajah masam.

"Kau buat apa kat sini? " soal Najwa.

"Aku buat apa? Nak beli buku lah. Kau tu kenapa kat sini? Ikut aku eh? " giat Razif pula.

Najwa mencebik. Berkerut dahinya menahan marah.

Aku?

Ikut dia?

Tolonglah.

"Tak ada masa aku nak ikut kau, "

Buku tadi diambil seraya itu dia melangkah ke kaunter. Buku diletak ke atas meja kaunter.

"Berapa? " soalnya.

"Hey, aku jumpa buku tu dulu. " celah Razif.

Najwa menoleh ke belakang. Ish, dia lagi!

Kenapa Razif asyik ada di mana-mana saja dia pergi? Sah, lelaki ini stalker.

"Berapa? " soal Najwa sekali lagi.

Razif yang sedang berdiri di belakangnya dibuat tak endah saja. Biar kau situ!

"15 ringgit, Cik. "

Sehelai not RM10 dan sehelai not RM5 dikeluarkan dari dalam dompet lalu dihulur kepada jurujual. Jurujual itu kemudian memberikan resit pembayaran kepada Najwa.

"Terima kasih, Cik. Datang lagi. "

Najwa sekadar mengangguk. Dia selamba berjalan keluar dari kedai buku Borders itu. Razif cepat-cepat mengekorinya.

"Hoi, pendek! "

Pantas Najwa menoleh. Berdesing telinganya mendengar orang mengutuk dirinya sebagai pendek. Dia bukannya pendek sangat!

"Kau kenapa hah zirafah? " marah Najwa.

Kalau Razif boleh panggil dia pendek, dia juga boleh buat perkara yang sama. Lagipun kalau ada kuliah yang mana mereka akan duduk sedewan, Razif seperti sengaja duduk di hadapannya kemudian menjegul-jegul kepala ke atas.

Pergaduhan ini bermula apabila Najwa sudah tidak boleh menahan sabar lagi. Satu hari, Najwa mengetuk kepala Razif dengan buku tebalnya. Razif apa lagi? Mengamuk lah jawabnya.

Zirafah tak sedar diri!

"Kau panggil aku zirafah? " mata Razif membulat.

Boleh tahan mulut minah kecil ni. Laju saja peluru pedas keluar dari mulutnya.

"Ha'ah. Kenapa? Marah? " giat Najwa.

Macam tak ada tempat lain mahu diajak bergaduh. Di depan kedai buku ini juga lelaki itu mencari pasal.

"Heh, kau ni memang tak padan dengan kecil. " sinis Razif.

Najwa mengetap bibir. Dia mendengus geram.

"Ergh...! "

Dia melangkah meninggalkan Razif yang berwajah poyo itu. Setiap kali dia melangkah, pasti dia menghentakkan kakinya.

"Oi, pendek! Tunggu! "

***

Mereka sama-sama menikmati ais krim coklat sambil duduk di bangku dengan melemparkan pandangan ke tasik yang terbentang luas.

"Nad, "

"Hm? "

"Boleh saya tanya sesuatu? "

"Tanyalah, " Nadia senyum.

"Kenapa awak nak terjun masa tu? "

Senyuman Nadia mati begitu saja. Sudah lama dia tidak mengimbau kenangan pahit itu. Kenangan pahit yang kalau boleh dia mahu lupakan sampai bila-bila. Namun kenangan itu tetap menghantuinya.

"Masatu saya stres. Saya tak fikir panjang masa tu. " jawab Nadia tenang.

"Kenapa awak stres? Sebab Cikgu Ainun? " teka Naqib.

Nadia senyum hambar. Rupanya Naqib mendengar dia dimarahi ketika itu.

"Saya dengar semuanya, Nad. "

"Jadi, awak kasihankan saya? Sebab tu awak selamatkan saya masa tu? "

Naqib terkedu. Nadia yang menunduk dipandang serba salah.

"Saya tak kasihankan awak, Nad. Saya nak awak teruskan berjuang dalam hidup. You can solve the problems but you chose to jump. "

"Then, kenapa awak selalu buli saya? Saya dah lama nak tahu. " Nadia senyum paksa.

"Saya tak nak orang kacau awak. Saya nak protect awak. Saya mengaku dulu saya tak matang. Saya fikir kalau saya buli awak, no one will harm you. But I 'm the one who harm you. Dari dalam. "

"Naqib, apa kata kita tak payah cakap lagi pasal ni. Saya tak suka. "

Nadia benar-benar tidak selesa tiap kali hal ini dibangkitkan. Dia tidak suka.

"Then, fine. We wouldn't talk about it again. " janji Naqib.

Nadia senyum nipis.

"Terima kasih, "

"Untuk? "

"Ya lah, sebab awak selalu buli saya dulu. Lima tahun sekolah, tak ada seorang pun kacau saya kecuali awak. Sejujurnya saya happu sebab awak buli saya. At least, ada lah juga orang yang boleh buat saya ketawa sorang-sorang. Saya nak terjun dulu tu bukan sebab awak. Keluarga saya ada masalah kewangan sebab masa tu Najwa sakit. Tambah pula Mama berhenti kerja. Hari-hari Mama dan Papa gaduh sebab Papa selalu kerja kuat sangat. Kadang sampai tidur rumah kawan dia. "

"Masa awak bersungguh nak selamatkan saya, saya rasa macam masih ada lagi harapan untuk teruskan hidup. Saya fikir berulang kali. Apa akibatnya kalau saya terjun? Dan, saya pilih untuk terus hidup. Kalau tak sebabkan Mama Papa, sebab awak. "

Naqib pantas menoleh memandang Nadia. Keningnya hampir bertaut.

"Saya? " jari telunjuk dituding ke wajah sendiri.

Nadia mengangguk.

"I've chose to live because of you, "

Naqib memandang lama wajah Nadia lantas gadis itu dipeluk erat. Semacam hobi barunya pula.

"Saya janji saya takkan sia-siakan awak, Nadia. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience