Bab 37

Romance Completed 57827

"Naqib, Papa minta maaf sangat. Kali ni Papa memang tak boleh tolong Naqib dah. Nadia dah betul-betul tawar hati. "

Kata-kata Encik Daud terngiang-ngiang di ruang telinga sejak dia pulang dari hospital tadi. Dia langsung tidak dibenarkan masuk berjumpa Nadia.

Sudah puas Encik Daud dan Nadwir memujuk Nadia, namun Nadia tetap berkeras ingin Naqib pergi dari situ. Nadia benar-benar sudah tawar hati.

Salah dia juga. Semuanya punca dari dia. Dia punca segala masalah ini. Dari awal lagi.

Dia belum sempat menceritakan hal yang sebenar kepada Nadia, sudah jadi begini. Sungguh dia rasa bersalah. Malamnya tidak lagi selena dulu. Asyik dihurung rasa bersalah.

"Kau okay? " soal Imran.

Naqib hanya senyum nipis lalu mengangguk perlahan.

"Tipu lah, bro. Tengok muka pun dah tahu. "

"Jadi, kenapa kau tanya? " soal Naqib. Air diteguk perlahan.

"Aku saja nak tengok kau ni jujur ke tak, nak bagi tahu masalah kau ke tak. Tu je, "

Naqib mengeluh perlahan. Cawan kosong ditatap lama.

"Aku tak tahu lah, Im. Aku rasa macam hidup aku ni dah hancur. Sekelip mata, "

"Eish, jangan kata begitu. Setiap ujian yang Allah turunkan tu ada hikmahnya. Ujian ni mendidik kita untuk belajar dari kesilapan. Mendidik supaya jangan ulang lagi kesilapan tu, "

"Entah lah. Semua macam dah tak boleh dibaiki lagi. Hidup aku dah hancur, Im. "

"Hancur apa? Ib, kau masih suami Nadia tau. Tak lama lagi anak kau nak lahir dah. Kau masih ada kerja lagi, mampu sara hidup anak bini kau. Hancur apa, Naqib? Cer cerita? "

"Nadia nak minta cerai dengan aku. Dia kata dia dah tak tahan hidup macam ni, "

Mata Imran terbeliak besar. Tangannya yang sedang mengelap cawan terus terhenti. Wajah Naqib dipandang tidak percaya.

"Ya, dia minta cerai dengan aku. "

***

"Astaghfirullah, Nad! Bawa istighfar! Nad dah gila ke? "

"Kalau Nad gila, Nad takkan ambil keputusan ni. "

"Ya Allah, Nad. Kamu tak kesian ke anak sakam perut kamu tu? Kamu nak anak kamu tu hidup tanpa seorang ayah? "

"Kalau itu yang terbaik, Nad tak mampu nak halang. "

"Ya Rabbi Ya Fattah! Apa kena dengan kamu ni? Tahu tak bergegar tiang arasy tiapkali kamu sebut pasal nak cerai ni? Allah tak suka penceraian, Nad. " nasihat Encik Daud.

"Kalau itu saja satu-satunya cara yang ada, pilihan apa lagi Nad ada?"

"Nad, jangan kerana kamu pentingkan diri, anak kamu jadi mangsa. Dia layak ada kehidupan yang baik. Jangan jadikan anak kamu mangsa, Nad. Tolonglah. Mama tak sokong keputusan Nad ni. " tegas Puan Masyitah.

"Ma, hidup kami takkan bahagia andai Naqib dah pilih jalan ni. Dia sendiri yang bawa kami ke jalan derita ni, Mama. "

Puan Masyitah mengeluh. Wajah tuanya diraup.

"Bukan begini caranya, Nad. Berpisah ni bukan satu penghujung. Ia satu permulaan yang menyakitkan. "

"Dengar lah cakap Mama ni, Nad. Kamu yang akan lebih sengsara nanti. "

***

"Hati-hati, "

Puan Masyitah memimpin Nadia keluar dari kereta. Ini semua permintaan Nadia sendiri untuk tinggal di rumah keluarganya. Mereka sekeluarga pun tak mampu menghalang.

"Nad! "

Baru saja mereka ingin berjalan masuk ke dalam rumah, sudah dihalang satu suara. Nadia yang tadi asyik menunduk ke bawah lantas menaikkan pandangan. Dia cukup kenal empunya suara itu.

Naqib.

"Nadia, tunggu. "

Sungguh dia ingin lekas-lekas masuk ke dalam rumah. Namun keadaan bahannya kini cukup menghalangnya.

"Nad, "

Terasa yang tangan Naqib menggengam tangannya. Tubir mata terasa panas. Seakan ada air mata yang ingin tumpah.

Sungguh dia rindu akan suara itu. Sungguh dia rindu akan santunnya tingkah lelaki itu. Sungguh dia rindu akan wajah lel aki itu. Sungguh dia rindu akan segalanya tentang lelaki itu.

Nazifah kini menjadi keutamaan. Egonya melonjak tinggi kerana kasihankan nasib anaknya. Dia rela anaknya tidak mempunyai seorang bapa asalkan hidup mereka bahagia.

"Nad, we need to talk. "

Nadia merengus. Tangan Naqib direntap kasar.

"Masuk, " arahnya.

Naqib tanpa berlengah terus saja membuntuti Nadia dan ibunya masuk ke dalam rumah. Sofa yang disusun menghadap ke pintu rumah dipilih menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

"Nak bincang apa? " soal Nadia.

"Er.. awak serius nak tinggal kat sini sementara waktu? "

"Tak nampak saya dah bawa barang saya semua datang sini? " sindir Nadia.

"Nad, apa cakap macam tu dengan suami? " celah Puan Masyitah.

Nadia hanya mencebik. Dia duduk menyilanh tangan dengan wajah jengkel. Jelas, Nadia benar-benar sudah bencikan Naqib.

"Give me another one chance, please? " rayu Naqib.

"Chance apa lagi? Chance untuk bunuh baby ni? " nada suara Nadia mulai melengking tinggi.

"Nad! " tegur Puan Masyitah.

"Biar Nad cakap dulu, Ma. " tegas Nadia.

"Awak nak pukul saya, nak tumbuk saya sampai saya mati pun saya tak peduli, Naqib. Tapi kalau dan libatkan baby dalam perut saya ni, I can't just sit and watch. Ini dah betul-betul melampau, Naqib. You almost kill your child. Our child, Naqib! "

"I don't care kalau awak nak kata saya ni isteri derhaka ke apa, tapi satu saja saya minta dekat awak. Ceraikan saya, "

Nadia bangkit lalu melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan Naqib termangu seorang diri.

"Naqib, jangan ambil hati apa Nadia cakap tu ya? Dia tengah marah tu, " pujuk Puan Masyitah.

"Tak, Mama. Nadia betul-betul serius, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience