Bab 22

Romance Completed 57827

"Bye, " Naqib melambai kecil.

Nadia tersenyum. Dia turut melambai.

"Nanti saya tolong awak kemas dapur eh malam ni? "

Nadia mengangguk. Tali leher Naqib dibetulkan.

"Ya, boleh. Cepat lah gerak, dah lambat ni. "

"Haa, okay okay. Saya pergi kerja dulu? "

"Hm, "

Pintu rumah ditutup. Dia menarik nafas lega. Sejak dua menjak ni susah benar mahu menyuruh lelaki itu lekas-lekas ke tempat kerja. Macam-macam yang tertinggal. Itu lah ini lah.

Alhamdulillah, mereka sudah lima bulan berkongsi hidup. Andai ada masalah, pasti akan diluahkan dan dibincang bukan dipendam.

Sokongan dari Mama, Papa, Mummy, Abah, Kak Rahayu, Najwa, Fitri, Atirah dan Kak Asma membantu mereka untuk saling memahami antara satu sama lain. Cuma Nadwir saja yang dari dulu memang kurang senang dengan perkahwinan Nadia dan Naqib. Entah apa buruknya Naqib di mata Nadwir.

Dia duduk di atas sofa ruang tamu. Majalah di meja kopi dicapai. Helaian majalah dibelek-belek.

Tok! Tok!

Nadia kerut dahi. Awal pagi macam ni pun ada jugak orang datang?

Tudung kelabu sarung dicapai dari tempat menyangkut lalu disaryng ke kepala. Dia melangkah menghampiri pintu lalu pintu kayu putih itu ditarik ke dalam.

"Atirah? "

Atirah senyum panjang. Tangan kanan dinaikkan separas wajah. Menayang beg kertas berlogo McD.

"Masuklah, " pelawa Nadia.

Atirah terus saja duduk di sofa ruang tamu. Kepala terdongak ke atas.

Wah, penat eh naik lif?

"Kenapa kau datang ni? Tak kerja eh? "

Nadia mencapai sebuah cawan bersaiz kecil. Kabinet atas dapur dibuka lalu sebuah balang berisi serbuk kopi diambil.

"Aku cuti. Seminggu. " jawab Atirah ringkas.

Gadis itu kemudian melangkah ke meja bar. Beg kertas itu dibuka luas lalu Atirah mengeluarkan segala isi yang terkandung dalam beg kertas itu.

"Nah, "

Nadia menghulur secawan kopi kepada Atirah. Atirah sekadar senyum nipis tanda menghargai.

"Kenapa kau cuti? "

"No reason. Aku cuma nak rest. Hilangkan stres. " kopi disisip perlahan.

"Lari dari siapa pulak kali ni? " soal Nadia.

Dia kenal Atirah bukan sehari dua. Bertahun sejak dari IPG lagi. Dia tahu jika gadis itu dilanda masalah, pasti akan hilang diam-diam. Paling lama Atirah akan memohon cuti selama seminggu. Alasannya untuk melawat keluarga di kampung dan sekadar untuk menghilangkan tekanan.

"Bukan lari. Aku cuma frust, "

Nadia jongket sebelah kening. Naqib yang mengajar dia bermain kening. Tengok, dia kini sudah mahir.

"Really? "

Atirah mendengus. Dia tidak jadi untuk menyambung gigitan burger.

"I have problems with Saiful, "

Makin naik kening Nadia. Wah, kalah Ziana Zain kau ni Nadia oi.

"Kenapa? Dia marah kau ke? Ke dia buat kau sakit hati? Atau dia buli kau? " soal Nadia bertubi-tubi.

"Mana ada lah, " dalih Atirah.

"Eleh.. mana ada, mana ada. Kau suka macam ni kan? Cerita separuh separuh. "

"Actually, "

Atirah mengeluh. Dia menunduk.

"I have feelings for him, "

Mata Nadia terbeliak besar. Mulutnya ternganga.

"Seriously? "

Atirah mengangguk.

"Semalam, aku terdengar dia on the phone dengan mak dia. They talked about something like relationship. They talked about getting engage. "

"Jadi, kau cakap tak your true feelings? "

Atirah senyum hambar. Dia menggeleng.

"Laa.. kenapa tak cakap? How can he know that you have feelings for him if you refused to tell him? "

"I don't know, "

Nadia terus memeluk erat Atirah.

"Tak apa. Kalau dia bukan jodoh kau, Allah dah sediakan yang jauh lebih baik dari dia. "

***

Najwa melangkah longlai menghampiri mejanya di perpustakaan universiti itu. Lemau saja dia hari ini.

Buku rujukan yang diambil tadi diselak satu persatu. Sesekali dia mengeluh.

"Kenapa mengeluh? "

Najwa menoleh belakang sekilas sebelum dia kembali menatap tulisan di buku. Dia menongkat dagu.

"Sombongnya, " Razif bersuara lagi.

Najwa berdesis. Dia menjeling tajam ke arah Razif tatkala lelaki itu menarik kerusi kosong lalu duduk di sebelahnya.

"Study ke? " soal Razif.

"Nampak macam aku tengah masak ke? " soal Najwa pula.

Razif memincingkan mata sambil merenung Najwa yang seakan acuh tak acuh dengannya.

Sombong betul si kecil ni!

"Tak. Nampak macam kau tengah baca buku. " jawab Razif. Dia tersengih menayang gigi sambil menongkat dagu menghadap Najwa dari tepi.

"Glad you know that, " ujar Najwa selamba.

Razif ketap bibir. Geram dengan gadis ini. Sarkastik saja caranya berbicara.

"Kenapa kau macam lemah je ni? Baru lepas clash eh? " teka Razif.

"None of your bussiness, "

Pantas Razif menyambar buku yang sedang dibaca Najwa. Gadis itu menjegilkan matanya kerana marah.

"Kau ni kenapa? " nada suara Najwa melengking tinggi.

"Shh...! "

Najwa menoleh ke belakang . Malunya tak terkata bila seorang pustakawan wanita menegurnya dengan ada beberapa pelajar lain berdekatan memandang. Semua salah Razif!

"Kau nak apa? " soal Najwa. Dia terpaksa mengalah.

Razif senyum panjang. Wajah yang cerah dengan hidung mancung menambahkan lagi kekacakannya yang serba serbi sempurna.

"Cakap lah cepat. Aku nak balik lah lepas ni. " Najwa mendengus.

"Nak tak jadi girlfriend aku? " soal Razif. Lelaki itu masih tersenyum.

Pantas Najwa memandang Razif. Dahinya berkerut merenung tajam Razif.

"Thanks, but no. I don't want to be your girlfriend. " Najwa senyum nipis lalu bangkit membawa buku-buku serra beg sandangnya.

Razif sekadar memandang Najwa dengan wajah tidak percaya.

Dia baru ditolak ke tadi?

***

Naqib membelek-belek kertas kerja sambil mengurut dahi. Sesekli dia menggeleng kepala.

"Kau okay tak? Macam stres je? " tegur Imran.

"Okay, I'm fine. "

Imran mencebik bibir. I'm fine konon. Ceh!

"Kau nak kelentong orang lain boleh, bro. But not me. "

Naqib mendengus. Fail kertas kerja diletak ke atas meja.

"There's a lot of project need to be settle by this week. Tapi, kalau tak sempat siap, tak dapat lah aku honeymoon dengan Nadia. " keluh Naqib.

Imran tiba-tiba menyengih. Tersenyum-senyum bagai kerang busuk.

"Uish.. bukan main lagi kau sekarang. Nampak macam kau je yang desperate sangat nak pergi honeymoon ni? " giat Imran.

"So, kau nak aku tolong? " sambung Imran.

"Pandai, " Naqib memetik jari.

"Woi, woi! " tiba-tiba Imran menyiku lengannya.

"Kau apahal? " Naqib berang.

"Tu.. tu..! " Imran menjuih bibir.

Naqib menoleh. Dia terpanar seketika.

"Tulah Cik Nisa. Dengar cerita dari Razman, dia ganti senior architect yang bersara tu. " Imran memeberitahu.

Naqib masih kaku.

Nisa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience