Bab 30

Romance Completed 57621

"Pa, Nadwir nak keluar jap. Ada orang call. "

Telefon di tangan ditayang kepada Encik Daud yang sedang membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa. Bapanya sekadar mengangguk. Perbualan mereka terpaksa ditangguh seketika dek panggilan telefon yang diterima Nadwir.

Najwa yang baru tiba di ruang tamu terdengar perbualan pendek abangnya dengan bapanya itu. Kerana sifat ingin tahu dia menjenguk sedikit keluar rumah.

"Hm, what is it? " soal Nadwir.

Tangan kanannya mencekak pinggang manakala tangan kirinya melekapkan telefon ke telinga.

"Good. Ada improvement, "

"So, apa plan You lepas ni? "

Dahi Najwa berkerut. Plan? Apa yang abangnya rancangkan ini?

"Hmm, boleh jugak. But, I just want Naqib to get realize that he is not good enough to Nadia. I want him to leave Nadia willingly. "

Mata Najwa terbeliak besar. Dia menekup mulutnya.

Astaghfirullah!

Berkali-kali kalimah istighfar itu meniti di bibir. Abangnya merancang untuk memisahkan Nadia dengan Naqib. Ya Allah, Nadwir sudah hilang akal!

"Good to hear that. I really hope that apa yang kita rancangkan berjalan lancar. Make sure yang Naqib tinggalkan Nadia rela hati. Bukan terpaksa, " Nadwir memberi peringatan.

Naik turun dada Najwa menahan sabar. Ikutkan hatinya yang sedang marah, sudah lama agaknya dia mengambil cangkul di tepi pintu ini lalu mengetuk kepala Nadwir dengannya.

Dia berpaling lalu terus melangkah naik ke tingkat atas. Takut jika dia turut bersubahat.

Dia harus beritahu Nadia!

***

Anisa menjenguk sedikit memandang Naqib yang sedang duduk di luar. Lelaki itu kelihatan sedang berbincang dengan sahabatnya, Imran bersama beberapa orang pekerja yang lain.

Dia mengherot bibir. Dagu ditongkat dengan tangan.

"Muna! "

Muna yang kebetulan sedang melalui pejabatnya pantas dipanggil. Muna terus memandang. Gadis itu melangkah masuk ke dalam pejabat Anisa.

"Tolong panggil Naqib masuk office saya, "

Muna sekadar mengangguk.

"Baik, Cik. "

Muna kemudian berpaling lalu berjalan keluar dari pejabat Nisa. Sempat dia mencebik.

Laki orang pun nak hambat!

Muna berjalan ke arah sekumpulan lelaki yang seperti sedang berbincang itu.

"Naqib, "

Naqib yang sedang menerangkan sesuatu kepada Imran, Jalil, Amin dan beberapa pekerja lain terus berpaling. Kening diangkat sedikit.

"Ya, ada apa? "

"Cik Nisa panggil kau. Pergi office dia, "

Naqib dan Imran terus berpandangan. Masing-masing semacam risau.

"Sekarang, " tekan Muna.

"Ye lah, ye lah. "

Naqib bangkit dari duduknya. Tali leher hitam dibetulkan sedikit.

"Amin, ada apa-apa yang tak faham boleh refer Imran. " pesannya sebelum berlalu pergi.
Amin hanya mengangguk.

Dia kemudian melangkah ke pejabat Anisa. Sempat dia menelan air liur. Pintu kaca pejabat Anisa diketuk perlahan.

"Masuk, "

Naqib menelan air liurnya lagi. Pinta kaca itu ditolak masuk ke dalam.

"Ya, Cik Nisa. Ada apa nak jumpa saya ni? "

"Duduk dulu, Naqib. "

Naqib sekadar senyum kelat.

***

"Kau nak pergi pejabat Naqib? " soal Fitri di hujung talian.

"Kenapa? Tak boleh ke? "

"Eh, bukan tak boleh. Boleh je. Tapi kau tak rasa ke nanti dia terkejut? Ya lah, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kau datang. "

Nadia mencebik. Fitri semacam menghalang dia pula untuk ke pejabat suaminya sendiri. Dia punya sebab untuk ke sana. Hatinya tiba-tiba diserang rasa kurang senang.

Lagipun, dia ingin membuat kejutan memandangkan hari ini hari lahirnya. Dia juga ingin memberitahu Naqib perihal kehamilannya. Wah, double suprise!

"Ya lah, ya lah. Pergilah. Siapa lah aku ni nak halang kau? Pergilah asalkan kau bahagia. " Fitri di hujung talian bersuara lagi.

"Ai, perli ke tu? "

"Eh, tak mana ada. Bunyi macam perli ke? Oh, maaf lah. "

Nadia tahan ketawa. Tahulah dia yang Fitri annoying dengan perangainya.

"Aku nak siap-siap ni, "

"Hm, bersiaplah. Asalkan kau bahagia, "

"Fit..! "

"Okay, sorry. Aku kena letak dah ni. Iman dah bangun tu, "

"Ya lah, asalkan kau bahagia. "

"Nadia! "

"Hehe, " Nadia ketawa.

***

Nadia dari tadi tidak boleh henti tersenyum sejak dari pintu lif ini terbuka. Beg kertas berisi makanan tengah hari yang dibawa dipandang sekilas. Makin lebar senyumannya.

"Eh, Nad. Cari Naqib ke? "

Kebetulan dia baru saja ingin mengetuk pintu kaca itu, Imran lebih dahulu menyapanya. Lelaki itu membantu membuka pintu untuknya.

"Thanks, "

"Welcome, "

"Naqib kat bilik Nisa. Tengah discuss something kot, "

Dengar saja nama Nisa, terasa berdesing telinga Nadia. Apa yang dibuat Naqib di dalam pejabat Nisa?

"Kau nak lunch dengan Naqib eh? " teka Imran. Dia memandang beg kertas di tangan kanan Nadia.

"Ha'ah. Kalau dia sibuk, aku hantarkan aje lah. Lepastu balik, "

"Wah, sweetnya korang dua ni. Kalah aku dengan bini aku. Anyway, happy birthday. " ucap Imran.

"Thank you. But sorry, aku tak bawak untuk kau sekali. Naqib dah kata awal-awal untuk Imran punya tak payah. "

Imran menyilang tangan kemudian lelaki itu mencebik.

"Laki kau tu kan, dengki betul dengan aku. Tahu lah aku tak bagi dia discount masa korang pergi cafe aku haritu. "

"Biasalah tu, "

"Hm, aku nak kena pergi jumpa client ni. Ada lebih bagi aku eh? "

"Banyam songeh lah kau ni, " Nadia geleng kepala.

Imran yang sudah masuk ke dalam lif bersama seorang lelaki tinggi lampai hanya dipandang dari jauh.

Nadia kemudian melilau ke sekeliling pejabat serba luas dengan reka bentuk dalaman bercirikan konsep tropika itu. Seorang gadis bertudung bawal merah jambu datang menegurnya.

"Ya, ada apa boleh saya bantu? "

"Saya nak jumpa Naqib. Dia ada? " soal Nadia.

"Oh, awak ni Puan Nadia ya? Ada, Naqib ada. Tapi, dia tengah busy sekarang ni. Nak saya panggilkan ke? " soal gadis itu lagi.

"Eh, tak apa. Saya pergi jumpa dia sendiri. "

"Kalau macam tu, Puan kena jumpa dia kat pejabat sana tu. Naqib tengah discuss dengan boss dia. " gadis itu menjuih bibir ke satu arah.

"Boleh, tak ada masalah. "

"Glad to hear that. By the way, saya Muna. " Muna menghulurkan tangan.

"Nice to meet you, " Nadia senyum lalu berjabat tangan dengan Muna.

"Me too. Puan sure tak nak saya panggilkan? "

Nadia mengangguk.

"I"ll go first, " ujarnya.

Muna sekadar mengangguk lalu gadis itu berlalu ke ruang pantry.

.
. .

"I just want to say thank you sebab You always trying to give me your best. I hope kalau You free this night, maybe we can have a dinner together? "

"Saya memang nak, Cik. Tapi.. " Naqib garu kepala.

"Birthday wife you? " teka Anisa.

Naqib mengangguk.

"Don't worry, Naqib. You can ask her to join us. " Anisa menarik senyum.

Buat seketika Naqib terpanar. Ajak Nadia sekali? Fuh, maut menanti!

"Are you sure? "

"Yaa, nampak I main-main ke? " soal Anisa.

"Er.. no. "

"Good. Saya nak pergi lunch. You would like to join me? "

"Boleh, "

"Kalau macam tu, jo....! "

Tatkala Anisa ingin bangkit dari kerusi, tiba-tiba dia tersadung. Naqib pantas menyambutnya.

"Naqib, "

Naqib yang seakan terpanar memandang wajah Anisa secara dekat itu pantas menoleh memandang ke arah pintu kaca pejabat Anisa. Matanya terbeliak besar.

"Na... Nadia? "

Mata Nadia berkaca. Hatinya remuk. Benar sangkaannya. Suaminya memang curang terhadapnya.

"I'm going home, "

Nadia menyeka air mata yang mengalir lalu berjalan keluar dari pejabat itu.

"Nadia, wait! "

Naqib terus melepaskan pegangannya pada Anisa lantas mengejar Nadia. Semua ini salah faham!

"Nad, tunggu! "

Nadia langsung idak mempedulikan sahutannya. Wanita itu melangkah lebih laju.

"Nad, saya boleh terangkan. "

Nadia menyeka kasar air matanya. Terangkan apa lagi? Segalanya sudah jelas.

"Nad! "

"Nad! "

Nadia mempercepatkan langkahnya. Tanpa sengaja, kakinya tiba-tiba tersadung lantas dia tersungkur.

"Aduh..! "

"Nad! "

Naqib pantas mendapatkan Nadia.

"Nad, awak okay? "

Nadia tidak menjawab. Sebaliknya wanita itu memegang bahagian perutnya. Nadia mengerang kesakitan.

"Sakit... "

Mata Naqib menangkap cecair merah yang sudah tersebar luas di lantai. Matanya terbeliak.

"Darah! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience