Bab 2

Romance Completed 57827

Nadia tersenyum-senyum sambil memasuki dapur. Wah, aroma yang harum!

"Wah, wah, wah! Mama masak apa tu? "

"Mama buat ayam masak lemak cili padi. Nanti tolong hantar rumah Naqib eh? "

Senyuman di bibir Nadia mati begitu saja. Berdesing telinganya mendengar nama itu.

"Takpe. Suruh Najwa je hantar. Nad banyak kerja lah, Ma. Naik dulu eh? "

Nadia cepat-cepat angkat kaki. Ah, kenapa dia yang perlu menghantar makanan ke rumah keluarga Naqib?

"Eh eh, jangan nak lari ya? Kalau Nad tak nak hantar, mahu tak mahu terpaksa lah Mama suruh Papa potong elaun. " ugut Puan Masyitah.

Langkah Nadia terhenti. Dia mengetap bibir sambil memejam mata. Elaun! Pantas dia memusing kepala. Tiba-tiba dia senyum lebar.

"Mama, come on. Ini Nadia, Ma. Mama suruh hantar tiga periuk pun Nadia sanggup demimu, Mama. " seloroh Nadia.

Puan Masyitah mencebik. Tahu takut ! Membodek aje kerjanya.

"Mama letak dalam bekas nanti Nad hantar eh? "

"Okay, Ma! " Nadia membuat isyarat jari dengan tiga jari ke atas dan jari telunjuk bertemu ibu jari.

***

Pang!

Najwa yang sedang menaip di komputer riba membuntang mata terkejut. Mujur saja dia tiada penyakit jantung. Siapa saja yang tak terkejut bilamana pintu tiba-tiba terbuka disusuli dengan bunyi hempasan? Orang gila pun terkejut tau !

"Najwa, teman aku jom? " ajak Nadia.

"Teman apa? Aku banyak assignment lah nak kena buat. Isnin lusa nak hantar. " Najwa merengus sebelum kembali menaip di komputer ribanya.

"Please? Aku janji, teman je. "

"No, " Najwa geleng kepala tanda tidak setuju.

Nadia kemudian garu kepala. Aduh, dia tak nak pulak!

"Jom lah. Sekejap je. Kau teman je. Janji ! "

"Teman pergi mana sebenarnya ni? "

"Hantar makanan rumah Naqib. "

Najwa memincingkan mata beberapa saat. Tiba-tiba dia ketawa mengekek. Tergeleng-geleng kepalanya. Nadia sudah kerut dahi. Apahal budak ni? Sasau ke?

"Kau dah kenapa? Lawak sangat? "

Ini aku nak marah ni. Aku ajak teman je, bukan suruh gelak!

"Kenapa kau takut sangat nak pergi rumah Naqib tu? Pergi je lah. Hantar makanan je kan? Itupun takut, "

"Alah, tolonglah. Teman je. Aku janji aku belanja kau lepas ni. "

Najwa tiba-tiba senyum panjang. Senyuman yang tersirat beribu makna. Belanja?

"Okay, jom! "

Wajah Nadia kembali bercahaya. Akhirnya!

***

Nadia meneguk liur. Pintu kayu perang gelap itu dipandang lama.

"Tengok apa lagi? Ketuklah, " tegur Najwa.

"Eish, diam lah ! Kau datang teman je, kau diam. "

" Ye lah, " Najwa angkat bahu kemudian menyilang tangan.

Nadia menarik nafas dalam. Pintu kayu itu diketuk dengan kekuatan sederhana.

"Assalamualikum, "

Beberapa minit kemudian ada suara menyahut seraya itu membuka pintu. Nadia senyum panjang sebaik saja terlihat wajah Puan Faiza, ibu Naqib muncul di sebalik pintu.

Mujur ibunya, bukan anaknya!

"Ni, Mama ada bagi lauk sikit. " Nadia menghulur sebuah beg woven sederhana yang terkandung beberapa tupperware berisi makanan.

"Lauk? Wah, terima kasih eh Nadia. " ucap Puan Faiza.

"Sama-sama. Saya.... "

"Wah, wanita cantik datang menghantar makanan ?"

Belum sempat Nadia menghabiskan bicara, tiba-tiba kepala Naqib terjegul di sebelah Puan Faiza sambil tersenyum nakal. Nadia terkedu.

Aduh, ingat tak ada dia ni!

"Eh, Naqib! Apa cakap macam tu dekat tetamu? Ada-ada je. " Puan Faiza ketawa.

Nadia garu kepala. Najwa di belakang dikerling sekilas. Adiknya sibuk mengetuk jam di tangan sambil memandangnya dengan wajah penuh pengharapan. Itu tandanya mereka harus pulang ke rumah dengan segera.

"Erm, Mak Cik. Saya balik dulu eh? Assalamualikum,"

"Ha ye lah, wa'alaikumussalam. "

" Bye, beautiful ! "

Kedengaran suara Naqib mengusik sambil melambai kecil. Nadia mengetap bibir.

" Uish, ada peminat ! " usik Najwa pula.

Sebaik saja Puan Faiza menutup pintu rumah, cepat-cepat Nadia berlari masuk ke dalam rumah sedangkan Najwa hanya melenggang saja berjalan.

"Kau lari-lari ni dah kenapa? Relaks lah, " Najwa ketawa kecil.

"Relaks? Kau tak dengar apa Naqib cakap tadi? "

Najwa angkat bahu. Dia senyum.

"Ergh....! " Nadia merengus geram. Dia berjalan naik mendaki tangga sambil menghentak kaki.

"Sentap lah tu, "

"Jangan lupa belanja aku! " laungnya sebelum ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience