Bab 5

Romance Completed 57827

"Eh, masuklah! "

Naqib yang sedang baring di atas sofa terus berkalih. Terus dia menepuk dahi.

"Allah, masalah lagi! " keluhnya.

Dia bangkit lalu cepat-cepat menghampiri tangga. Dia kalau boleh langsung tak mahu bersemuka dengan mana-mana pun pilihan Mummy.

Semua pelik!

Bermula dengan Rina, seorang gadis yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Kononnya tidak berpunya tetapi sebenarnya sudah berpunya.

Entah berapa ramai sudah gadis-gadis yang diperkenalkan oleh Mummy. Semua dia tak berkenan.

"Naqib, tunggu dulu....! "

Langkah Naqib terhenti. Dia mengetap bibir sambil memejam mata. Perlahan-lahan dia memusing badannya.

"Ya, Mummy? "

"Inilah Mimi. " ujar Puan Faiza.

"Mimi, ni la... "

"Abang Naqib! "

Belum sempat Puan Faiza menghabiskan bicara, serta-merta Mimi menghampiri Naqib lalu memeluk lengan Naqib.

"Eh! Lepas! "

"Oh, oh. Sorry, "

"Em, Mummy. Naqib ada hal ni. Naik dulu! "

Naqib cepat-cepat mendaki naik tangga hingga ke biliknya. Pintu pantas ditutup kemudian dikunci.

Naik turun dadanya kerana terlalu takut. Uish.. macam mimpi ngeri!

Telefon segera diambil dari dalam saku seluar yang dipakai. Kombinasi beberapa nombor didail.

"Ha, Aril. Aku ada kerja untuk kau ni. "

***

Nadia duduk di kerusinya lalu menyandarkan tubuh. Mata dipejam rapat.

"Nad, "

Pantas dia berdiri tegak. Dia menoleh ke kiri ke arah suara itu datang.

"Saiful, "

"Bukan kau ada kelas ke? " soal Nadia.

Saiful senyum lalu mengangguk.

"Tadi je. Sekarang tak ada. "

Nadia mengangguk.

"Kau dah makan? " soal Saiful.

"Belum. Kau? "

"Belum jugak. Jom, kita makan sekali. " ajak Saiful.

"Er, tapi.. aku ada kelas. " bidas Nadia.

"Bukan kelas kau harini masa ketujuh dengan lapan ke? Sekarang baru masa kelima. "

Nadia senyum kelat. Aduh, ayat makan tuan!

"Er, Saiful. Aku nak mintak maaf sebab tipu kau. " ucap Nadia.

"It's okay. Sebagai balasan, kau kena makan dengan aku. "

Nadia lambat-lambat mengangguk.

***

Dari jauh dia memerhati setiap tindak-tanduk gadis itu. Sesekali dia mencebik. Entah apa lah bagusnya gadis itu sehingga ibunya tergila-gila untuk menyatukan mereka berdua.

Tak sepadan langsung!

Kan senang jikalau dia saja yang memilih isteri sendiri? Dia punya rupa yang kacak. Petik jari saja sudah beratur ratusan gadis cantik.

Lagipun.. dia punya pilihan sendiri.

Tiba-tiba dia senyum kecil. Nur Nadia Maisera.

Dia kembali memerhati gadis yang memakai dress paras lutut warna merah itu. Gadis itu kelihatan sedang berfoya-foya dengan dua lelaki sekaligus. Sesekali gadis itu meneguk alkohol.

Naqib mencebik. Terdetik di hatinya mengiyakan kata-kata Shahril. Shahril sungguh bijak mencari maklumat yang diingininya.

Berdasarkan maklumat Shahril, gadis Mimi ini sudah beberapa kali bertukar pasangan. Sudah beberapa kali juga tidur bersama lelaki bukan mahram. Tiap kali keluar negara, ada saja akalnya. Jika ibu bapa Mimi tahu belang sebenar Mimi, pasti gadis itu sudah dihalau rumah.

"Eh, Abang Naqib! "

Naqib membulatkan matanya.

"Mummy! " cepat-cepat Naqib angkat kaki.

Dia melangkah keluar dari kelab malam itu. Kunci motor dikeluarkan dari dalam jaket kulit perang muda yang tersarung di tubuhnya.

Enjin motor dihidupkan seraya itu dia menyarung topi keledar di kepala. Throttle motor dipulas lalu dia cepat-cepat membelok ke jalan besar.

Setibanya di rumah, dia terus membuka pintu dalam keadaan tergesa-gesa.

"Naqib? Naqib pergi mana? " soal Encik Fairuz.

"Ayah, Mummy mana? " soalan Encik Fairuz hanya dibalas dengan soalan lain.

"Kat dapur. Kenapa? "

Naqib menggeleng laju lalu tergesa-gesa ke dapur.

"Mummy! "

"Eh, Naqib? "

"Mummy! Mummy kena hentikan semua ni! " rayu Naqib.

"Kenapa ni? Mimi tu tak cukup bagus ke? "

"Memang! Mummy, Naqib nampak depan mata Naqib sendiri dia berfoya-foya dengan jantan lain. Itu Mummy nak jadikan isteri Naqib? "

Puan Faiza mengeluh. Salah satu kerusi meja makan ditarik perlahan.

"Mummy cuma nak yang terbaik untuk Naqib. "

"Mummy, Naqib boleh cari pasangan hidup sendiri. Mummy tak perlu susahkan diri. "

"Really? Siapa pilihan Naqib? Boleh Mummy tahu? " giat Puan Faiza.

Naqib terus ketap bibir. Terlepas lah pulak!

"Er... Mummy kenal. "

"Siapa? Nadia? "

Lambat-lambat Naqib mengangguk sambil tersenyum malu.

Pantas Puan Faiza senyum gembira.

"Naqib! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience