Bab 35

Romance Completed 57621

Nadia mengeluh perlahan. Skrin telefon ditatap lama. Entah berapa juta kali sudah dia mengeluh begini. Hingga hatinya terasa amat kosong.

"Nad, kau okay ke? " soal Atirah yang duduk di sebelahnya.

Seperti pemeriksaan yang lain, sama ada Fitri, Atirah, Kak Asma, Mama, Najwa atau Mummy saja yang sering menemaninya. Berapa kali Naqib menemaninya boleh dikira dengan jari.

"Naqib tak angkat call aku, "

"Alah, dia tengah sibuk kot agaknya. Nanti kerja dia habis, dia call lah kau. Don't worry, okay? "

Dan dia juga tahu. Kata-kata Atirah itu hanya sekadar untuk menyedapkan hatinya. Bukan jawapan yang sebenar.

Sungguh dia tidak mengerti dengan sikap Naqib yang kian lama kian berubah. Apa yang sudah mengubah kasih sayang Naqib terhadapnya? Tiap kali memikirkan hal itu, pasti nama Anisa akan menjelma mungkin sebagai jawapan.

"Kau okay ke teman aku pergi buat check up selama ni? " soalnya.

"Eh, mestilah boleh. Lagipun, sekarang ni memang cuti sekolah. Kalau Fit nak teman sekali pun boleh. Tapi, dia sekarang ni kat kampung Aidil. "

"Aku ni menyusahkan kau ke, Ati? "

"Ya Allah, Nad. Apa kau cakap macam tu? Serius, aku tak pernah rasa yang kau menyusahkan aku. Besides, aku suka teman kau pergi buat check up. "

Nadia senyum nipis. Tangan Atirah digenggam kuat.

"Thanks Ati, sebab selalu ada dengan aku sama-sama dengan Fit. "

"Most welcome. Kau kan kawan aku? Apakata lepas dah habis check up ni, kita pergi beli baju baby? Aku dengki lah dengan Fit sebab haritu dia teman kau pastu dia beli baju baby untuk baby kau. Esoknya dia riak dengan aku kat sekolah. " omel Atirah.

"Boleh, boleh. "

"Yeay! So, baby suka warna apa? "

"Apa-apa pun boleh, "

"Kalau biru? "

"Eh, tak. Hijau! "

"Eh, terang sangat tu. Kalau purple? "

"Mana-mana pun boleh, Ati. "

***

"Aku tengok kau dengan Cik Nisa ni macam ada apa-apa je, " ujar Jalil.

Naqib yang sedang melukis pelan pantas menoleh. Keningnya hampir bertaut.

"Merepek lah kau ni. Tak ada apa-apa pun lah, "

"Alah, jangan tipu lah, Naqib. Macam aku tak nampak cara Cik Nisa tu pandang kau. Nampak sangat dia tu minat kau. "

Jalil membuat wajah jengkel. Mulanya dia memang menghormati Anisa. Namun sejak kejadian Nadia hampir keguguran beberapa bulan lalu, rasa hormatnya kian hilang. Dia tahu Anisa ada kaitan kejadian ini.

"Aku bukan nak sibuk-sibuk, Naqib. Aku cuma nak nasihat kau je. Dari awal lagi aku memang tak sedap hati dengan Cik Nisa tu. " ujar Jalil.

Naqib sekadar mendiamkan diri memikirkan kata-kata Jalil. Ada betulnya kata-kata Jalil itu.

"Next time aku fikir, "

***

"What a great job! " sorak Nadwir.

Dia sanggup menghabiskan minyak keretanya untuk datang ke Perak ini semata-mata untuk berjumpa Anisa. Dia ingin tahu perkembangan rancangannya .

"I couldn't imagine that you can do that. Nice job! "

"Tapi, Encik Nadwir. "

"What? "

"Saya rasa bersalah lah dekat Naqib dengan Nadia. I think that I shouldn't do this to them. "

"Why? You dah sampai sejauh ini, Nisa. There's no way to turn back. Things happened, "

Anisa mengeluh perlahan. Sungguh dia rasa berdosa. Memang niatnya melakukan semua ini semata-mata kerana wang. Namun dia tidak sanggup untuk meretakkan rumah tangga orang lain. Dia bukan seorang pemusnah rumah tangga.

"Mr Nadwir, can't you see that they are happy with their life? They're having a child soon. Have some sympathy for them. Please, "

"Huh, "

"Macam I tak kenal siapa Naqib tu. " Nadwir mencebik.

"What do you mean? " dahi Anisa berkerut.

"It is none of your business, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience