Bab 10

Romance Completed 57621

Nadia mengerling Naqib yang sedang memandang tepat ke arah Tahir dan Dania di meja makan pengantin. Wajah lelaki itu berkerut menahan geram.

Ada apa-apa yang berlaku antara merekakah sebelum ini?

Matanya jatuh pula memandang pinggan Naqib yang diisi dengan pelbagai lauk serta nasi minyak yang sedikit pun langsung tidak diusik. Sedangkan dia sebelah lelaki itu langsung tidak dipedulikan, apatah lagi juadah itu.

Dia perasan Naqib menggenggam penumbuk di kedua-dua tangan. Lelaki itu seolah menahan dendam yang bergelumang dalam jiwa.

"Naqib, kau okay? "

Tiada reaksi langsung. Dirinya seolah halimunan di sini.

"Nad, balik jom? " ujar lelaki itu tiba-tiba.

"Hah? Kau okay ke ni? "

Lelaki itu mendengus.

"Kita balik je lah. Kau nak balik ke tak nak ni? "

Mahu tak mahu terpaksa Nadia bersetuju. Apa kena dengan Naqib ni?

***

Nadia melangkah masuk ke dalam bilik. Tudung bawal rona gold dibuka perlahan-lahan dari kepala. Dia lantas merebahkan badannya ke atas katil.

Kipas yang berpusing di siling ditenung lama. Tidak pasti sama ada dia mengira berapa kali putaran kipas itu atau berapa jumlah bilah kipas itu.

Naqib hari ini sungguh berbeza dengan Naqib yang dia kenal selama ini. Entah apa yang merasuk lelaki itu hingga boleh berubah serta-merta.

Telefon yang berdering tanda ada mesej masuk lambat-lambat diambil dari dalam tas tangan.

Oh, mesej dari Saiful.

'Nad, sorry tau. Aku terpaksa ganti kau dengan Atirah sebab aku check kalendar semalam aku perasan yang kau ambil cuti dua minggu masatu untuk majlis perkahwinan kau. ' -Saiful-

Dia mengeluh. Macam mana lah dia boleh terlupa tarikh itu adalah tarikh perkahwinannya dengan Naqib. Mujur saja Saiful mengingatkan.

'Oh, aku pun terlupa nak cakap dekat kau. Nasib kau ingatkan. Thanks, Saiful. '

Ikon send ditekan.

Saiful membalas,

'Most welcome. '

Telefon diletak di meja kecil sebelah katil. Dia bangkit dari katil. Sempat dia mengerling jam.

Tuala diambil lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

***

Nadia merenung kosong pinggannya yang dipenuhi dengan lauk-pauk yang enak. Namun tidak dijamah.

"Nad, okay ke? " soal Encik Daud.

"Ha? Okay, "

"Nad, kalau ada masalah cakap tau. Ke Nad nak Mama batalkan pernikahan tu? " Puan Masyitah pula bersuara.

"Eh, jangan! " bantah Nadia.

"Ha, dah tu. Cakap lah, "

"Nad cuma risau. Tiba-tiba Nad rasa was-was. " ujar Nadia.

"Nad, Nad ada solat istikharah? " soal Encik Daud.

Nadia menggeleng.

"Hm, malam nanti sebelum tidur jangan lupa solat istikharah. Minta petunjuk dengan Allah. " nasihat Encik Daud.

Nadia sekadar mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience