Bab 8

Romance Completed 57827

Nadia memicit dahi dengan mata tertutup. Kepalanya berdenyut kuat bagai ingin meletup!

Argh.. bila agaknya perbalahan ini bakal berakhir?

Sudah hampir tiga puluh minit mereka di sini. Bukan memilih pakaian pengantin. Lebih kepada berbalah.

"Aku nak putih, " ujarnya.

Naqib mencebik.

"Putih? Kau ni nak kahwin ke nak berkabung? Kita pilih hitam."

Nadia pula mencebik.

"Lagi lah nak berkabung! Kau ingat kita ni nak kahwin ke nak pergi majlis pembakaran mayat ke? "

Pekerja di butik perkahwinan itu menggaru kepala. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan pasangan yang sering bergaduh, tetapi kali ini sungguh ekstrem.

Kalau pasangan lain yang lebih memilih warna pastel, tidak pasangan ini. Warna putih agak relevan tetapi hitam itu.. tak mampu dibayangkan.

"Okay, kita pilih satu warna. " cadang Nadia.

"Okay, fine. Satu, dua.. tiga.. "

"Light green! "

"Light green! "

Nadia dan Naqib berpandangan sesama sendiri. Sungguh mereka tidak menyangka mereka akan memilih warna yang sama.

"Okay, so Cik dan Encik agree nak pilih warna light green kan? "

Nadia dan Naqib mengangguk serentak. Geli hati pekerja butik itu. Comel!

"Confirm eh design ni? "

Mereka mengangguk lagi.

"Sebentar ya, "

Beberapa minit pekerja butik itu menghilamg sebelum datang kembali bersama dua pasang baju berwarna light green. Satu baju kurung dan satu lagi baju melayu beserta samping dan tanjak.

"Kau test lah dulu. " arah Naqib.

Nadia akur. Baju yang dihulur disambut lembut sebelum dia melangkah ke fitting room.

Beberapa minit Nadia muncul kembali dengan berpakaian baju kurung songket pahang yang dihiasi motif flora berwarna hijau gelap

Ternganga beberapa minit mulut Naqib. Nadia kini bagaikan bidadari syurga. Sungguh cantik.

"Beautiful, "

"Apa dia? " soal Nadia.

"Em, nothing! "

***

Nadia mengambil lagi sesudu kecil ais krim lalu dimasukkan ke dalam mulut. Dia memejam mata tanda menikmati ais krim itu.

Entah mengapa dia begitu menyukai ais krim mint yang dicampur dengan cip coklat ini. Lebih-lebih lagi buatan Baskin Robbins. Gila sedap! Mungkin kerana rasanya manis dan menyegarkan barangkali.

Dia suka suasana begini. Aman dan nyaman. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Di sini hanya mereka yang ingin tenangkan diri saja datang ke mari.

"Sedap sangat ke? " suara Naqib memecah lamunannya.

Nadia mencebik. Baru nak ambik feel. Sibuk je!

"Makanan mana yang tak sedap? " soal Nadia pula.

"Makanan orang yang tak pandai masak. " jawab Naqib selamba.

Makin bertambah meter marah Nadia. Lelaki ini benar-benar menduga kesabarannya. Pantas sepit ketamnya mengetam lengan Naqib yang beralas kemeja itu.

"Adeh.. "

"Padan muka, "

Nadia mencebik.

"Can I say something? " pintanya.

"Sure, what is it? "

"Kahwin ni bukan trend, Naqib. Bukan suka-suka nak kahwin, esok-esok dah tak suka cerai macam tu je. "

"Aku tahu. "

Nadia mengeluh. Dia sudah mengangak lelaki itu takkan mengerti makna tersirat kata-katanya.

"Cinta, "

Pantas Nadia memandang Naqib dengan wajah berkerut. Merepek apa mamat ni?

"Cinta. Apa yang kau tahu tentang cinta? " soal Naqib.

"Cinta? Yang aku tahu cinta tu perasaan dan dalam masa yang sama kata kerja. " ujar Nadia selamba.

Mereka ketawa beberapa ketika.

"Cinta ni definisinya luas, Nad. Seolah yang kita tahu ni hanya setitis dari sebuah laut yang maha luas. Sedang cinta itu bagaikan laut luas yang tidak berpenghujung. "

"Sejak bila kau pandai berfalsafah ni? " giat Nadia.

"Sejak aku lahir, " gurau Naqib.

Nadia mencebik.

"Boleh aku tahu, kenapa kau nak kahwin dengan aku? " soal Nadia.

Naqib senyum herot.

"Boleh aku tahu, kenapa kau terima aku? " soal Naqib yang terang-terangan menciplak ayat Nadia.

Nadia merenegus. Lelaki. Sungguh sukar untuk berbicara dengan mereka.

"Aku cuma tak nak kecilkan hati Mama. Mama memang berharap sangat aku terima kau. Aku bukan nak mainkan kau. "

"Aku faham. Aku pun tak tahu kenapa aku nak kahwin dengan kau. "

Nadia pantas menoleh. Dahinya berkerut.

"Mungkin instinct aku, "

"Naqib, perkahwinan ni macam kita memasak tau. Mesti tahu resepi. Salah satu resepinya, resepi bahagia. Bahan mesti betul. Mesti ada rempah, macam rempah harmoni, rempah toleransi, rempah kasih sayang, rempah kesetiaan, rempah kejujuran, dan rempah cinta."

"Kau ni nak memasak eh? Betul ke kau ni cikgu kimia? Nampak macam sains rumah tangga je? " soal Naqib.

Nadia memincingkan mata. Dia merenung lama Naqib dengan pandangan tajam.

"Don't make me scare, please. " rayu Naqib.

"Itu contoh, "

"Cara kau cakap tu, macam kau tak nak kahwin dengan aku secara halus. "

"Mana ada, "

"Dah tu? "

"Aku cuma yakinkan kau je. Kenapa kau nak kahwin dengan aku sedangkan ramai lagi perempuan lain yang kejar kau. Salah satunya, Mimi. "

Mendengar saja nama Mimi disebut, Naqib menyeringai. Ergh.. macam mimpi ngeri tiap kali teringatkan Mimi.

"Adalah sebabnya. Sebab tertentu. "

"Sebab apa? "

Naqib mengerling jam. Sudah menginjak ke jam 5 petang.

"Jom balik, "

"Alah.. jawab dulu soalan aku. "

"Nope, " Naqib bangkit lalu selamba melangkah ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari bangku mereka duduk.

Naqib sempat mengerling Nadia yang mengejar di belakang.

Sebab kau adalah Nadia Maisera.

Sebab kau adalah Nadia.

***

Lama Naqib merenung kad undangan perkahwinan yang berada di tangannya. Dia mengetap bibir geram.

Tahir
&
Dania

Makin meluap-luap marahnya. Melihat dua perkataan itu saja mampu membuat dia hilang kawalan.

Dia tak akan lupa pengkhianatan Tahir kepadanya. Sampai mati dia akan ingat.

Ting!

Kali ini dia merengus setelah membaca mesej dari Nadia itu. Gadis itu juga terlibat dalam hal ni.

'Naqib, dah tidur ke? ' -Nadia-

Kad digenggam kuat hingga ronyok menjadi gumpalan kasar. Ronyokan kad itu lantas dicampakkan. Biar ia ke mana-mana saja.

Dadanya mula turun naik menahan marah. Wajahnya makin lama makin bengis.

Kotak mindanya kembali menayang kenangan lama. Ah, sungguh dia membenci Tahir. Nadia lebih-lebih lagi. Sungguh, dia amat berdendam dengan gadis itu. Segala kata cintanya selama ini hanya untuk mengaburi gadis itu.

Andai saja Nadia tidak menolak cinta Tahir ketika mereka di universiti dahulu, sudah tentu Tahir tak akan merampas Dania dari Naqib demi menyakitkan hati Nadia yang terang-terangan langsung tidak terkesan dengan perbuatan Tahir.

Tahir adalah sahabat baiknya. Sahabat baik yang sanggup mengkhianati dan merampas kekasih sahabatnya sendiri demi menyakitkan hati gadis pujaan yang menolak cintanya. Bukan Nadia yang terseksa. Tapi, dia. Dia yang terseksa.

Nadia,

Hidup kau takkan selamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience