Bab 9

Romance Completed 57621

Nadia dari tadi menjenguk-jengukkan kepalanya ke atas. Dia mengintai Saiful di meja nun jauh di sana yang sedang menaip di komputer dengan wajah berkerut.

Sudah tiga minggu lelaki itu tidak menegurnya setelah mengetahui bahawa dia sudah bertunang. Kalau ditegur pun, lelaki itu sekadar menjawab acuh tak acuh.

Mesej apatah lagi. Bukan saja tidak dibaca, malah ada yang di-bluetick saja. Argh.. siapa yang patut friendzone siapa ni?

"Kau kenapa weh? Dah macam zirafah aku tengok. Duk terjenguk-jenguk. Usha siapa?" tegur Atirah.

Nadia senyum malu. Perbuatan dia mengintai Saiful terang-terangan kelihatan. Atirah yang duduk di meja hadapannya sudah pasti naik pelik dengan tingkahnya.

"Takde apa, "

"Liar. I saw you, took a peek of Saiful. "

Kali ini Nadia ketap bibir sambil senyum. Aduh cikgu English ni pun.Tak payah lah perli-perli!

"Kau ada masalah ke dengan Saiful? Setahu aku, Saiful bukan jenis orang yang suka cari pasal dengan orang lain. " ujar Atirah.

"Ati, kau rasa lah kan, kenapa eh Saiful tak nak tegur aku? " soal Nadia.

Atirah kerut dahi. Mungkin pelik dengan soalan Nadia.

"Dah kau bertunang tak bagitahu dia, dia terasa lah. Siapa yang suka dapat fake hope? Kau? "

Nadia senyum kelat. Dia sepatutnya berterus-terang andai tiada perasaan buat Saiful. Dia tidak sepatutnya membiarkan Saiful berharap dengan harapan palsu.

"Saiful tu baik, Nad. Dari awal lagi kau patut come clean dengan dia. " Atirah menasihati.

Nadia mengangguk perlahan. Salah dia.

"Talk about that, bila kau nak kahwin ni? " soal Atirah sambil tersengih-sengih menayang gigi.

"Eh, kau ni. Aku yang nak kahwin. Kau pulak yang excited. "

"I'm just asking, "

"Aku baru dua bulan tunang, Ati. Banyak lagi preparation nak dibuat. "

"Hm, I thought you want to get married as soon as possible. "

"Serius lah, Ati? Nampak aku ni macam gatal sangat? "

"Nope, " Atirah senyum.

"Sambung kerja kau tu. Banyak lagi paper nak tanda kan? " soal Nadia.

Atirah sekadar senyum sambil mengangguk.

"Nad, "

Nadia pantas menoleh belakang. Mata automatik membulat dek terkejut.

"Saiful, "

"Sai.. Saiful, aku nak minta maaf dengan kau sebab tak terus-terang. "

"Aku bukan nak cakap pasal tu. Aku nak bincang pasal benda lain. " ujar Saiful dengan nada mendatar.

"Kita pergi pondok luar? " ajak Saiful.

Nadia mengangguk. Dia sekadar melihat saja Saiful berlalu keluar dari bilik guru dengan langkah longlai.

"Amazing, " bisik Atirah.

"Shh..! Buat kerja kau! " marah Nadia.

Dia mengetap bibir lantas bangkit dari duduknya.

Apa nak jadi, jadilah!

***

Dari tadi Nadia tidak bersuara walaupun sepatah. Mahu bertentang mata dengan Saiful, apatah lagi.

Lelaki itu dari tadi sibuk berbicara tentang majlis graduasi tingkatan lima dua bulan akan datang. Dia sibuk membincangkan peranannya sebagai juru acara memandangkan dia dan Nadia ditugaskan untuk mengacara majlis.

"Nadia, do you hear me? " soal Saiful.

Nadia tersentak. Kening terangkat tatkala memandang wajah Saiful yang berkerut dengan wajah terpinga-pinga.

"Ya? "

"Nad, kau tak fokus. Aku tak rasa kau dengar apa yang aku cakap dari tadi. " Saiful menyilang tangan. Dia mengeluh.

"Nad, aku maafkan kau pasal hal tu. Aku anggap yang mungkin kau dengan aku tak ada jodoh. "

Nadia pula mengeluh. Dirinya dibelenggu rasa bersalah yang berat.

"Aku tak ada niat pun untuk tipu kau. Aku ingat nak bagitahu kau haritu. Tak sangka kau dah dengar dulu. I'm sorry. Okay? "

Saiful mengangguk. Guru subjek matematik itu tersenyum nipis.

"Your apologize accepted, "

"Good! Now, jom kita discuss. "

"Nad, aku dari tadi dah berbuih mulut aku bercakap. "

Nadia ketawa kecil.

"My fault, "

***

Naqib mengurut dahi. Kepalanya yang berdenyut sudah tidak mampu ditahan.

"Bro, kau okay ke? "

Naqib mengangguk.

"Okay, "

"Aku tengok kau macam sakit kepala je? Kau nak Panadol? Aku ada, " tawar Imran.

"Boleh je, " Naqib mengangguk .

"Jap eh, "

Imran kemudian mengundurkan kerusinya. Dia membongkok sedikit membuka laci di bawah meja pejabat. Sepapan panadol actifast diambil lalu diserahkan kepada Naqib.

"Nah, "

"Thanks, "

Naqib mencapai panadol. Dua biji diambil sebelum ditelan bersama tegukan air.

"Okay dah? " soal Imran.

"Im, aku baru telan kot. Tahulah nama dia actifast, agak-agak lah secepat ni dia react. "

"Ouh, sorry. "

"So, kau pergi ke wedding Tahir tu? " soal Imran.

Naqib menggeleng.

"Memang tak lah aku nak pergi. Mati hidup balik pun aku tak nak jumpa dia. "

"Uish. relaks bro. Tapi, kau pun dah nak kahwin kan? Apa kata kita lupakan kisah lama, buka buku baru? Forgive and forget. "

Naqib senyum sinis.

"Buka buku baru? Kau lupa dia rampas Dania dari aku demi nak sakitkan hati Nadia? "

Imran kelihatan terkebil-kebil.

"Jadi, tujuan kau nak kahwin dengan Nadia sebab nak revenge? " teka Imran.

Naqib mengangguk selamba.

"Weh, cari nahas kau ni. Ada kang kena tetak dengan bapak dia baru kau tahu. " Imran mengingatkan.

"Ada aku kesah? Semua benda ni punca dari dia. "

"Tapi, agak-agak lah kot. Dia reject Tahir je kan? Bukan lesbian dengan Dania. "

Naqib pantas menjeling tajam Imran.

"Sorry, bro. Sorry, "

"Tahulah aku nak buat apa nanti. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience