"Abang, Abang tak patut buat macam tu dekat Razif. Kesian dia! "
Geram betul dia dengan Nadwir ni. Ada ke patut suruh Razif supaya jangan berhubung dengannya lagi? Ei, rasa nak lempang je dia ni!
"Kesian? Macam mana kalau Razif tu satu hari nanti buat benda yang sama macam Naqib buat dekat Nadia? " soal Nadwir.
"Kalau itu yang dah ditakdirkan, siapa kita untuk menghalang? Nadwir, sudah-sudah lah tu asyik nak control hidup kita orang aje. Naqib pun dah sedar salah dia. Dah berbaik dah pun dengan Nadia. Kita orang ada hak untuk tentukan pasal hidup masing-masing. "
"Oh, ada hak? Kalau hak tu mampu buat hidup kau orang dua jadi lebih baik, aku izinkan. Tapi, kau nak ke jadi macam Nadia? "
"Habis tu macam mana kalau satu hari nanti kau pulak buat benda yang sama Naqib buat dekat Kak Rahayu? " duga Najwa.
Kalau Nadwir sudah melepaskan berdas tembakan tadi, biar dia pula membuat serangan balas. Bagi sedar sikit!
Nadwir terdiam. Lelaki itu terus tersandar di sofa. Sungguh, setiap perbuatannya benar-benar memakan diri.
"Aku tak minta banyak, Nadwir. Aku cuma nak kau terima jalan hidup yang aku dan Nadia pilih. Kami pun tak pernah halang kau dengan Kak Rahayu kahwin dulu. Jadi, kenapa kau nak halang kami? "
Najwa mendengus geram lalu melangkah laju ke tingkat atas meninggalkan Nadwir yang terpinga-pinga.
Nadwir sekadar memandang. Dia kemudian meraup wajahnya. Dia tidak menyangka hal sebegini dianggap serius oleh Najwa.
"Najwa, Najwa! "
Najwa berhenti melangkah. Dia menjengah memandang Nadwir dengan wajah berang.
"Apa lagi? "
"Pasal Razif tu aku gurau je lah. Aku saja je nak test dia. Jangan lah serius sangat, "
Nadwir dari tadi tahan ketawa. Geli hatinya melihat wajah cemberut adiknya yang benar-benar kelakar. Konon tak suka Razif, bila jadi macam ni tahu pulak naik angin!
"Gurau?! "
Cepat saja Najwa berjalan turun lalu menghampiri Nadwir. Gadis awal 20-an itu kemudian menampar-nampar lengan abangnya sekuat hati.
"Ei, sampai hati! "
"Adoi! Adoi! Sakitlah! "
"Biar! Padan muka. Rasakan ni! "
***
"Nah, "
Saiful angkat wajah memandang Atirah dengan dahi berkerut. Fail hijau muda yang dihulur gadis itu disambut.
"Apa ni? " soalnya.
"Itukan fail kelab yang kau minta haritu. Aku baru ingat aku letak kat mana. Sebab itu aku bagi kau ni. Alang-alang dah jumpa, baik bagi terus. Kalau asyik postpone je, silap-silap dua tahun lagi baru aku bagi kau. " seloroh Atirah.
Saiful ketawa kecil diikuti dengan Atirah. Atirah sememangnya terkenal dengan sikapnya yang pelupa namun berhemah. Ingat saja apa yang dilupa, terus dibuat. Atirah tidak suka menangguh kerja dan itu yang membuatkan Saiful senang untuk berurusan dengan gadis itu.
"Anyway, thanks. " ucap Saiful.
"Most welcome, " balas Atirah.
"Aku nak kena gerak dah ni. Ada class. Apa-apa hal nanti, roger okay? " sambung Atirah.
"Okay, " Saiful mengangguk.
Atirah senyum nipis kemudian gadis itu berpaling lalu mula melangkah. Dia mengerling jam. Sudah lewat!
"Er.. Ati! "
Atirah berhenti melangkah. Dia menoleh.
"Ya? "
"Habis sekolah nanti, kau free tak? "
"Free rasanya. Kenapa? " soal Atirah.
"Kita lunch sama, nak? " ajak Saiful.
"Boleh, "
"Okay, pergilah. "
"Okay, " Atirah mengangguk.
Cepat-cepat gadis itu kembali ke mejanya sambil menundukkan kepala. Ah, malunya.
Saiful garu kepala. Entah bagaimana soalan itu boleh keluar dari mulutnya. Satu saja perkataan yang mampu dikaitkan dengan situasi ini.
Awkward.
***
"Sikit aje lagi, "
Sudu dengan bubur panas disuakan ke mulut Naqib yang sedang terbaring kini.
Naqib tiba-tiba menggeleng.
"Dah kenyang, "
"Kenyang? Awak makan tak sampai separuh pun. Kenyang apa? Dah, sambung sikit je lagi. At least habiskan lah separuh. "
Nadia kemudian menyambung aktivitinya menyuap Naqib tadi. Makan apa yang kenyang sangat itu pun dia juga tidak tahu.
"Nad, I don't want it anymore. "
Nadia mengeluh perlahan. Mangkuk serta bubur diletak ke atas meja kecil bersebelahan katil tempat Naqib terlantar kini. Wajah Naqib dipandang dalam-dalam. Dia faham kalau Naqib kurang berkenan dengan bubur kosong tanpa apa-apa perasa ini. Kalau dia, dia pun tak mahu jamah. Dah nama pun sakit, kena lah makan bubur. Takkan mahu diberi chicken chop?
"Kenyang sangat ke makan bubur tak sampai separuh tu? " soalnya.
Kepala sengaja ditelengkan sedikit sambil kedua tapak tangan diletak di bawah dagu. Mata sengaja dikerdip beberapa kali.
"Saya tak ada selera, "
"Kalau macam tu saya pun tak nak makan lah, " rajuk Nadia.
"Eh, mana boleh macam tu. Awak kena makan. Okay, okay. Saya habiskan bubur ni. Deal? "
Nadia terus tersenyum panjang. Rambut Naqib diusap polos.
"Good boy! "
Mangkuk diambil kembali lalu sesudu bubur disuakan ke mulut Naqib.
"Sikit aje lagi ni. Awak kena makan, kalau tak macam mana nak makan ubat? "
Naqib sekadar mendengar. Nadia kalau sudah membebel belum tentu tiga tahun akan habis. Silap-silap tujuh generasi pun tak habis.
"Esok jadi ke kita nak pergi kolam ikan tu? " soal Naqib.
"No, "
"Kenapa? "
"Naqib, selagi demam awak tak kebah, selagi itu kita tak akan pergi mana-mana. Correction, lepas demam awak kebah kita terus balik sana. " tegas Nadia.
"Tapi.. "
"No tapi tapi, Naqib. Awak tahu tak saya ni macam orang gila bila tengok awak terbaring menggigil? Risau tahu! "
Naqib tiba-tiba senyum.
"What? "
"Kalau macam ni, hari-hari demam pun boleh. "
"Naqib! "
Share this novel