Bab 28

Romance Completed 57827

"Masih merajuk lagi ke? " soal Naqib.

Pinggan kosong diletakkan ke dalam sinki. Pili air di sinki sebelah dibuka. Tangan dicuci dengan sabun pencuci tangan. Nadia di sebelah dikerling.

Nadia yang sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki sebelah kiri tempat Naqib berdiri hanya mendiamkan diri. Semacam tiada reaksi.

Masuk hari ini, sudah seminggu Nadia langsung tak mahu bercakap dengannya. Kalau bercakap pun masa sekarang sajalah. Ketika mereka di rumah keluarga Naqib kini. Hari ini dia sengaja mengambil cuti semata ingin melawat Puan Faiza. Sudah lama rasanya tidak melawat ibunya itu.

"Takkan tak nak cakap langsung? " soal Naqib lagi.

Kali ini dia cuba untuk membantu Nadia yang sedang mencuci pinggan.

"Ish, jangan kacau lah. "

Naqib senyum sumbing. Ada suara rupanya!

"Saya ingat awak ni dah tak pandai bercakap dah, "

Pantas Nadia menjeling tajam. Kedengaran wanita itu merengus.

"Tak baik tau buat kat suami macam ni. You know, I'm no longer your friend. " ucap Naqib. Sengaja mahu menggusarkan hati Nadia.

"But, You should tell me about Nisa. I'm like a fool who trusted You. " Nadia akhirnya bersuara.

"Nad, "

Tangan Naqib naik melingkar ke pinggang isterinya. Dagunya diletakkan ke atas bahu kanan Nadia.

"Nothing to be worried. I only love you. Only you. Adanya Nisa takkan ubah apa-apa. Plus, saya tak suka dia pun. I will not cheating on you. Never. " tekan Naqib.

Kedengaran Nadia mengeluh panjang. Dia sendiri juga kurang pasti.

"I don't know what is wrong with me. Emosi saya tak stabil masa tu. And... "

Nadia merungkai lingkaran tangan di pinggangnya. Dia berpaling menghadap Naqib. Tangan lelaki itu diraih lalu dicium lembut.

"Saya minta ampun sangat-sangat. Saya tahu saya berdosa dengan awak sebab buat awak macam tu. Saya tahu saya bukan seorang isteri yang baik, "

"Nadia, semua orang tak sempurna. Semua orang yang hidup ni akan terus memperbaiki diri setiap hari. Saya pun bukan baik sangat, "

"Dah, don't cry like this. Saya tak suka tengok awak menangis. Buat saya rasa saya ni buat jahat pulak dengan awak. " pujuk Naqib.

Nadia mengangkat wajah memandang Naqib dengan senyuman di bibir.

"Jangan nangis lagi dah. Tak cantik. Okay? "

Nadia mengangguk.

***

"Elok-elok drive ya, Naqib. Ingat sikit, Naqib bawa menantu Mummy bukan bawa buah epal. " pesan Puan Faiza sambil tersenyum.

"Ya, Naqib tahu. " Naqib mengangguk. Tangan ibunya dikucup lembut.

"Baki tol tu cukup ke tak? Kalau tak Ayah boleh tambah, " pelawa Encik Fairuz.

"Cukup, Ayah. Naqib baru top up masa nak datang sini siap-siap. "

"Bagus anak Ayah ni, " puji Encik Fairuz sekali membuat isyarat ibu jari.

"Nad, kalau Naqib bawak laju, hempuk je kepala dia. Tahu? "

Nadia ketawa kecil. Naqib sememangnya suka memandu laju. Terkadang semacam orang ingin berlumba di litar F1.

"Baik, Mummy. "

Nadia menjeling sekilas ke arah Naqib yang sedang mencuci tangan di pili air sebelah pagar rumah. Lelaki itu kelihatan menarik muncung. Comel!

"Dah nak pukul 5 dah ni, nanti jammed pulak. Tak gerak, Naqib? " giat Puan Faiza di muka pintu.

"Eh, mesti lah! "

Cepat-cepat Naqib menarik tangan Nadia lalu disuruh masuk ke dalam kereta. Dia melambai kecil ke arah Mummy dan Ayahnya di muka pintu. Kelihatan Puan Faiza menggeleng.

"Naqib dengan Nadia balik dulu eh? Bye, Mummy! Bye, Ayah! "

Pintu ditutup. Tali pinggang keledar ditarik lalu picunya dimasukkan ke dalam selaknya. Brek tangan ditarik. Gear ditukar lalu pedal minyak ditekan.

"Comel je, "

"Apa? " pantas Naqib menoleh. Dahinya berkerut.

"Takde apa," bidas Nadia.

"Hmm,"

Kereta BMW 3 series putih milik Naqib meluncur laju ke lebuh raya. Dia mengambil susur keluar sebelah kiri, menuju ke Damansara.

Nadia di sebelah dikerling. Berkerut dahinya.

"Dah tidur dah? "

***

Najwa termenung jauh keluar tingkap kaca luas ruang perpustakaan universiti itu. Tumpuannya bukan lagi pada tugasan yang sedang diusahakan itu.

Razif benar-benar menjauhkan diri darinya kini. Berbincang tentang tugasan pun perlu melalui perantara iaitu Hilal, sahabat Razif. Mujur saja Hilal faham situasi dia dan Razif. Hilal juga banyak berpesan agar berbaik dengan Razif.

Najwa mengeluh. Sudah tidak terkira dek jari berapa kali dia mengeluh hari ini.

"Najwa, kau okay ke? "

Najwa mengalihkan pandangan. Wajah risau Siti, sahabatnya menyapa penglihatan. Siti dan dia sudah lama bersahabat. Namun sayang, dia berlainan bidang dengan Siti. Siti memilih bidang pendidikan awal. Dia pula sains sosial psikologi.

Dia mengangguk.

"Tapi nampak macam tak okay. Assignment kau ni dah siap ke? " soal Siti.

"Belum, tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi. "

"Baguslah macam tu. So, kau okay ke partner dengan Razif tu? Rubayah kata korang selalu gaduh. "

Benara kata Siti. Memang mereka selalu bergaduh. Sekarang pun masih bergaduh. Cumanya ditambah dengan makan hati.

"Sekarang Rubayah dah jadi spy kau eh? " giat Najwa.

"Takde lah. Aku yang suruh dia tengok-tengokkan kau. Asal aku jumpa kau je mesti muka ketat macam cicak tersepit pintu. " seloroh Siti.

"Cicak tersepit pintu? " mata Najwa terjegil.

Muka aku macam cicak tersepit pintu?

Eh, melampau ni!

"Gurau je lah. Kau ni emo sangat apasal? "

"Takde, "

"Ala.. cakap je lah kau still gaduh dengan Razif. Dia pun aku tengok macam jarang datang kacau kau. Bukan jarang, langsung lesap. "

"Aku tak tahulah, Siti. "

"Ceritalah dekat aku. Aku kan kawan kau. Mesti boleh settle. "

Najwa mengeluh.

******

"Esok awak nak pakai baju apa? Pink boleh? "

"Eh, no. Tak nak lah pink. Nanti confirm Imran bahan. " tegah Naqib.

Nadia ketawa kecil.

"Dah tu kenapa beli baju ni? " soalnya.

"Tu bukan beli. Imran bagi. Kalau ikutkan, dah lama saya buang. Tapi, takut nanti Imran datang buat spot check, naya pulak. " seloroh Naqib.

Makin menjadi-jadi tawa Nadia. Aduh, Imran memang tak pernah hambar.

"Ya lah, saya gosok baju yang warna hijau ni ya? "

"Hm, good choice! "

Nadia geleng kepala. Dia kalau boleh mahu juga sekali sekala melihat Naqib memakai pakaian berwarna merah jambu. Mesti nampak macam artis K-pop gitu!

Baju kemeja lengan panjang berwarna mint green itu dibawa keluar dari almari bersama seluar slack warna dark grey serta tali leher juga dark grey.

Soket elektrik seterika dibuka. Baju kemeja dihampar ke atas papan menggosok manakala seluar serta tali leher diletak ke atas kerusi.

"Lately project banyak tak? " soal Nadia.

Malam-malam begini memang kebiasaan mereka berbual kosong. Lebih baik ketawa bersama dengan lawak-lawak hambar dari tangisan kekesalan.

"Banyak lah jugak. Maybe saya balik lambat. Jangan terasa eh? "

"Insha Allah, tak. Saya faham. Kerja kan? "

"Bagusnya my wife ni. Thanks for understand me well, "

"Most welcome, "

Baju kemeja yang sudah siap digosok digantung pada penyangkut baju lalu disangkut pada tempat penyangkut di dalam bilik. Dia menggosok pula seluar slack dark grey yang ingin dipadankan bersama kemeja itu.

"Esok saya nak lepak dengan Fit and Ati masa lunch. Boleh? "

Naqib yang sedang menonton televisyen mengangguk. Takkan mahu biar Nadia sendirian di rumah? Takkan Nadia mahu ke rumah Kak Asma hari-hari? Malu lah.

"Boleh, pergilah. Esok pun saya tak balik lunch. Ada meeting. "

"Oh, kalau macam tu, jangan lupa makan pulak. Nanti gastrik, " pesan Nadia.

"Ya, baiklah doktor. "

Nadia senyum panjang. Dia tahu Naqib tak suka dileteri. Lihat saja bagaimana dia dengan Puan Faiza. Wajahnya jelas terpamer segalanya.

Telefon Naqib tiba-tiba berdering. Lantas lelaki itu mengangkat panggilan.

"Hello? "

"Wa'alaikumussalam. Ada apa ya, Cik Nisa? "

Senyuman di bibir Nadia mati begitu saja. Wajahnya bertukar masam. Entah mengapa tiap kali nama Nisa kedengaran, dia cepat melenting.

"Oh, boleh boleh. Cik nak saya letak atas meja Cik esok? "

"Sure, can. Insha Allah, sempat. "

Mahu saja dia menerkam Naqib. Lihat saja senyuman lelaki itu tatkala berbual dengan Nisa di talian. Ikut hati dia yang tidaklah berapa nurani ni, sudah lama agaknya Naqib ni dijadikan sambal cili giling.

Sabar, Nadia. Inikan dugaan?

Sabar.

Seluar dan tali leher yang sudah siap digosok dan diikat digantung pada penyangkut baju lalu disangkut pada tempat penyangkut sebelah papan menggosok itu. Suis ditutup.

"Saya masuk tidur dulu, "

Dia berjalan masuk ke dalam bilik tanpa sedikit pun menoleh memandang Naqib. Pintu bilik ditutup rapat.

Naqib yang baru menamatkan panggilan jadi terkejut. Segera dia menepuk dahi lalu meraup wajahnya.

"Aduh, seminggu lagi! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience