Bab 48

Romance Completed 57621

"Kau ni, dah tahu aku tak boleh cuti lama-lama nak juga ajak aku pergi percutian makan hati kau ni. " bebel Imran.

"Habis semua client aku bising nanti. Confirm, confirm meletup pejabat tu dengan suara Puan Intan kalau aku start kerja balik nanti. " sambung Imran.

"Eh, kau ni bisinglah. Minum minum je lah air tu. Air tu pun meluat dah dengar kau bebel. Sampai cair ais tu, "

Imran mencebik jengkel. Dia kemudian menghirup air tehnya.

"Aku bukan apa. Aku cuma risau je pasal kau. Kalau kau masih sayang kat Nad, kenapa kau tak terus terang je dengan dia? Tengok sekarang, kau juga yang makan hati bawa diri dengan aku aku sekali kau angkut. "

"Naqib, kau suka eh kesilapan sama jadi lagi? " giat Imran.

Naqib pantas mengangkat wajah. Dengan kening yang hampir bertaut, dia merenung lama wajah Imran.

"Maksud kau? "

"Kau ni slow betul lah, "

"Alah, cakap je lah. Tak payah perli-perli, " Naqib merengus.

"Ya, aku cakap lah ni. Kau ni cepat betul sentap. Maksud aku, kau tak ingat yang kau nyaris hilang dia masa dia nak terjun kat sekolah dulu? Masa kau bercerai dengan dia? "

Imran sendiri pun terkejut ketika itu. Nadia yang nampak sangat tenang rupanya punya suicidal thought hingga sanggup terjun dari tingkat atas ke bawah. Dia sendiri banyak-banyak berdoa untuk Nadia.

"Sekarang ni, kau nak hilang dia lagi ke? " giat Imran.

Dia pun buntu. Entah apa cara lagi yang perlu dia lakukan untuk menyedarkan Naqib. Menyedarkan Naqib bahawa hakikatnya lelaki itu masih sayang dan cintakan Nadia. Kali ini, biar dia basuh otak Naqib sikit.

Naqib tersentak. Kata-kata Imran benar-benar menusuk. Menusuk jauh ke dalam hatinya lalu meninggalkan satu perasaan. Kekesalan yang tak berpenghujung.

"Aku.. aku tak tahu lah, Im. Entah-entah sekarang dia dah kahwin dah pun dengan Saiful. "

"Haa, tu lah kau. Masa ada depan mata, tak berahi. Bila dah ada orang lain kebas, mula lah makan hati. "

Naqib mencebik.

"Diam lah. Aku stapler juga mulut kau tu nanti, "

Telefonnya tiba-tiba berdering. Nama Mummy terpapar di skrin. Panggilan dijawab.

"Hm, wa'alaikumussalam. "

"Okay, Naqib okay je kat sini. "

Imran mendengar hanya mencebik jengkel. Dasar Mummy's boy.

"Hah? Nad ada kat sini?! "

***

"Eh, masuk masuk. " pelawa Puan Masyitah.

"Sabar ya Kak pasal apa yang jadi kat Nadia tu. Mesti ada hikmahnya, "

"Tak apa. Benda nak jadi kan? Eh, duduk lah. "

Puan Faiza duduk di sofa putih sebelah tempat Puan Masyitah duduk. Dia mengerling sekilas Encik Fairuz yang sedang berbual dengan suami Puan Masyitah.

"Za nak minta maaf sebab tak dapat datang majlis Nadia semalam. Semalam abang Fairuz dengan Za pergi hantar Naqib ke airport, "

Puan Masyitah tercengang seketika. Airport?

"Airport? "

"Ha'ah, airport. Pagi semalam Naqib dengan Imran awal-awal dah gerak ke KLIA. Dia orang kata nak ke Kundasang sama-sama, "

"Ku... Kundasang? "

Kali ini Puan Masyitah sudah terkejut besar. Biar betul?

"Kenapa, Kak Mas? "

"Nad pun pergi Kundasang pagi tadi, "

"Ya Allah, ya ke? Panjang sungguh jodoh dia orang tu, "

"Nampaknya macam tu lah. Lepas ni, Za kena rajin-rajin datang rumah akak ya? Kita bincang pasal majlis Nad dengan Naqib. " seloroh Puan Masyitah.

"Wah! Ibu dengan Abah nak kahwin? "

Puan Faiza dan Puan Masyitah lantas menoleh ke belakang. Senyuman terus terlakar di bibir tua mereka.

"Mari sini, Zifah. Nenek datang ni, " ajak Puan Masyitah.

Nazifah berlari anak ke arah Puan Faiza dengan anak patung beruang di tangan.
Tangan wanita separuh abad itu dikucup lembut.

"Nenek, Tok Ma. Betul ke Ibu dengan Abah nak kahwin? " soal anak kecil itu.

Puan Masyitah dan Puan Faiza berpandangan sesama sendiri. Tak lama kemudian mereka ketawa sekaligus mengundang keliru kepada Nazifah.

"Kenapa Nenek dengan Tok Ma ketawa? "

"Ya lah, Ibu dengan Abah kan nak kahwin? Mestilah kena gembira, " ujar Puan Faiza.

"Oh, macam tu. Maknanya nanti Zifah ada Abah? "

Puan Masyitah mengangguk.

"Yeay! "

***

"Nad dah sampai dah? "

"Dah, Mama. Ni Nad baru lepas check in bilik. Lepastu nak jalan-jalan sekejap. "

"Nad jaga diri baik-baik kat sana. Mama tahu Nad kuat. Mama tahu Nad mampu. "

"Thanks, Ma. "

"You're welcome. Nad dah makan ke tu? " soal Puan Masyitah di hujung talian.

"Tengah makan, "

"Hm, baguslah. Eh, Nad. "

"Ya?"

"Lepas Nad gerak ke KLIA pagi tadi, Mak Cik Faiza datang waktu tengah hari lepas Zohor macam tu. "

"Hah? Kenapa Mak Cik Faiza datang? "

Terbeliak biji mata Nadia dek terkejut. Orang sekelilingnya sudah memandang serong. Mungkin menganggu ketenteraman mereka.

"Dia datang nak minta maaf sebab tak pergi semalam. Lepastu dia nak jumpa Zifah. "

"Jadi, Mama bagi? " soal Nadia.

"Mama bagi aje lah. Nazifah tu kan cucu dia juga. Satu-satunya cucu dia. Lain lah Mama ni, ada Hana, Zifah dengan Raihan. " seloroh Puan Masyitah.

"Oh, ya Nad. "

"Ada apa, Ma? "

Nadia garu kepala yang tidak gatal. Lepas satu, satu lagi kejutan. Ibunya ini kalau tak ada kejutan, tak sah. Mujur dia tiada penyakit jantung.

"Dengar cerita Naqib pun ada kat sana, "

Nadia yang sedang mengunyah sandwic terus tersedak. Tercungap-cungap dia membuka penutup botol air mineral lalu diteguk rakus. Arghh... kan dah cakap?

"Eh, Nad! Okay tak tu? "

"Okay, okay. Nad okay, "

"Nad ada jumpa dia tak? " soal Puan Masyitah busy body.

"Eh tak, tak ada. "

Nadia memerhati sekeliling. Risau juga kalau terjumpa Naqib di sini. Sandwic dihabiskan secepat mungkin. Plastiknya dirongok lalu dibuang ke dalam tong sampahkan sebelah bangku tempat dia duduk tadi. Dia cepat-cepat melangkah pergi bersama tas tangan dan botol air mineral.

"Alah, mesti Naqib kat tempat lain tu. " omel Puan Masyitah.

"Mama ni, jangan sebut-sebut. Nanti mulut masin, Nad jugak yang susah. "

Puan Masyitah lantas ketawa di hujung talian. Nadia memicit dahi. Aduh... nasib dia lah punya ibu seperti Puan Masyitah ini.

"Nad, "

Nadia pantas memandang hadapan. Matanya terus terbeliak besar.

"Ma, Nad end call dulu. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience