Bab 46

Romance Completed 57827

"Ada apa ajak jumpa ni? Tiba-tiba aje, "

Nasi goreng kampung disuap ke dalam mulut dengan bantuan sudu. Setiap suapan diselanhi dengan hirupan air bagi mengurangkan risiko tercekik.

"Ai, nak ajak jumpa pun tak boleh ke? Kau dah jadi single but not available ke? " soal Saiful.

Atirah senyum nipis lalu menggeleng. Dia menyisip iced lemon tea dari gelas.

"Dah tu, kenapa kau nak jumpa aku? Nasib hari ni aku tak ada apa-apa benda penting nak buat. "

Saiful yang sedang menyuap mee goreng ke dalam mulut dikerling. Timbul rasa gelisah di hatinya tatkala lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa.

"Tunggu habis makan dulu, " ujar Saiful.

"Hmm, okay. "

"Dah, "

Pantas Saiful mengangkat wajah memandang Atirah. Matanya terbeliak besar.

"Dah? Cepatnya? Kau makan ke kau sumbat? Kunyah ke tak? " soalnya bertubi-tubi.

"Sedut, " Atirah senyum sumbing.

"Pelik lah kau ni. Makan pun macam vacuum, cepat je habis. "

Atirah senyum bangga.

"Dah, cakap lah apa kau nak cakap. "

"Jap eh? "

Zip beg komputer di kerusi sebelah kanan tempat dia duduk dibuka. Satu sampul putih dikeluarkan dari dalam beg itu lalu diletak di atas meja; di hadapan pinggan nasi goreng Atirah.

"Apa ni? " soal gadis itu terpinga-pinga.

"Buka lah, "

Sampul itu diambil lalu dibuka. Terketar-ketar tangan Atirah tatkala ingin mengeluarkan sekeping kad dari dalam sampul itu. Dia sudah agak sebenarnya. Semasa Saiful mengeluarkan sampul putih ini dari dalam begnya lagi.

Entah mengapa, hatinya rasa sakit. Sakit yang tak mampu digambar dengan kata-kata. Sungguh dia rasa mahu menangis.

"Undangan ke majlis perkahwin Nur Nadia Maisera dan Saiful Amri? Wah, cantiknya kad. " selorohnya.

Saiful senyum nipis. Kemudian lelaki itu tiba-tiba mengerut dahi memandang Atirah.

"Kau nangis ke? " soalnya.

"Hah? " Atirah tercengang.

Cepat-cepat dia menyeka air mata yang sedang mengalir di pipi. Dia sendiri pun tidak sedar yang dia mengangis. Ya Allah.

"Kenapa kau nangis? " soal Saiful lagi.

"Eh, tak ada lah. Aku terharu sangat sebab kau invite aku pergi wedding kau. Tu yang menangis tu. Lagipun ni kan wedding kawan baik aku, " dalih Atirah.

"Macam tu pun ada ya? " giat Saiful.

Atirah ketawa. Tak lama kemudian Saiful juga turut sama ketawa. Namun hatinya merasakan sesuatu.

Ada sesuatu yang tak kena tentang Atirah.

***

"Kad ni Naqib yang design? Biar betul kau ni, Nad? " soal Fitri tidak percaya.

Nadia mengangguk perlahan.

"Ya, dia buat. Dia yang volunteer beria-ria nak buat. Takkan aku bunuh harapan dia pulak? "

"Ya lah, aku faham. Tapi, kuat betul hati dia tu. Buat kad kahwin untuk ex wife sendiri kot? Aku tabik spring kat Naqib, " seloroh Atirah pula.

"Er, dengar cerita, kau nangis masa Saiful bagi kau kad ni? Kau okay ke, Ati? " soal Nadia.

"Hah? Nangis? Kenapa, Ati? Kau ada problem ke? " Fitri yang duduk di sebelah Atirah terus memegang pipi gadis itu lalu meneliti wajahnya.

Risau. Dia risau. Atirah tidak pernah begini. Masakan ada orang yang menangis tatkala diberi kad undangan perkahwinan? Itu sesuatu yang amat ganjil. Dan keganjilan itu mengundang kerisauan.

"Aku okay. Tak ada apa pun, " Atirah kemudian menolak tangan Fitri ke bawah. Tangan wanita itu digenggam untuk menenangkan hatinya.

"Don't worry okay? I'm fine, " ujar Atirah, cuba menenangkan perasaan Nadia dan Fitri.

"Betul ni? " soal Nadia.

Atirah mengangguk.

***

"Serius? "

Naqib menganggukkan kepalanya. Bola boling di tangan kiri dihayun ke belakang lalu dilempar ke hadapan. Dia memerhati bola itu menuju ke pin yang tersusun kemas. Tak lama kemudian dia menggeleng kepala.

"Sikit lagi tu, " ujar Imran.

"Tulah, "

"Jadi kau betul nak pergi wedding dia? " soal Imran.

"Dia dah jemput aku, Im. Nadwir pun suruh aku datang. Mama, Papa, Najwa, semua lah jemput. " jawab Naqib.

"Kau nak ikut sekali pun boleh. Bawa Hani sekali, "

"Eh, tak nak lah. Siapa lah aku ni nak pergi wedding dia? Aku ni kawan kau je, bukan kawan dia. " dalih Imran

"Tak nak sudah, "

"Tapi kan, special jugak kau ni kan? Sampai satu family datang jemput. " Imran menjongket kening.

Naqib mencebik. Perli aku lah tu!

"How come kau boleh come up dengan idea nak buat kad kahwin dia? "

"Aku nak dia happy, Im. "

Aku mahu Nadia bahagia.

- - - - - - - - -
From Author
- - - - - - - - -

Hye!

Makin lama makin complicated pulak cerita ni. Hahaha..

So, saya nak tanya, korang nak Nadia dengan Naqib ke dengan Saiful?

Drop your answer through the comment!

#menujubabakhir

Love,

Zhw

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience