Bab 1

Romance Completed 57827

Puan Masyitah menolak pintu bilik anaknya. Sebelum dia bertandang ke sini, sempat dia mengerling jam dinding. 12 tengah hari. Namun, anak daranya itu masih lagi diulit mimpi.

"Ya Allah, Nadia! Bangun! Dah tengah hari dah ni! Berapa kali Mama nak pesan, jangan tidur lepas Subuh! " marah Puan Masyitah sebaik saja dia membuka pintu.

Wah, bukan main terbungkang lagi anak dara ni tidur ya? Tak senonoh betul. Dengan air liur basi menjejeh tu lagi. Apa nak jadi anak aku ni?

"5 minit, Ma. "

"5 minit apa? Tiga jam lepas Mama dah suruh bangun, 5 minit jugak. Sekarang bukan lagi 5 minit! Dah tiga jam dah. Bangun! " cepat saja tangan Puan Masyitah menampar kuat bahu Nadia.

"Bangun! "

Nadia terkocoh-kocoh bangkit dari tidur biarpun wajahnya sangatlah sembap akibat terlebih tidur. Tuala pantas disambar dari tempat sangkutan lalu dia masuk ke dalam tandas.

"Lepas mandi nanti jemurkan sarung bantal kusyen tu. Baru siap basuh tadi. " pesan Puan Masyitah.

"Ya! " kedengaran suara Nadia menyahut dari dalam.

Puan Masyitah menggeleng perlahan. Sungguh kebudak-budakan.

***

"Nadia, Nadia. Rumah orang lain dah makan tengah hari dah. Kamu baru nak sarapan. "

"Nasiblah abang kamu tak sebegini rupa. Kalau semua anak Mama macam ini perangainya, memang darah tinggi Mama gamaknya. "

Tergeleng-geleng kepala Puan Masyitah membebel. Mujur Abang Nadia, Nadwir Mustaqim lebih matang dari usianya. Kalau tidak, pening dibuatnya.

Abang Nadia jarang sekali pulang ke tanah air. Ya lah, anak sulungnya itu kini bekerja di Australia. Kerjanya menimbun. Sukar untuk mencuri masa pulang menjenguk keluarga tercinta.

"Hee, " Nadia sekadar senyum sumbing.

"Cepat makan. Tengok jam tu, dah pukul berapa dah ni. Jemur sarung-sarung bantal tu cepat. " pesan Puan Masyitah.

Nadia menganggukkan kepala lalu melajukan suapan nasi gorengnya.

"Eh, jangan makan gelojoh sangat. Tercekik nanti. "

Nadia mengangguk sambil meneguk air teh suam. Puan Masyitah geleng kepala. Tak senonoh !

"Papa mana? "

"Ada dalam bilik. Baca surat khabar. " Puan Masyitah kemudian duduk di atas karpet bersama sebuah bakul sederhana kecil berisi pakaian. Mungkin ingin melipat pakaian barangkali.

"Eh, cepat lah. Matahari tinggi dah tu. "

"Ha ya ya. " Nadia cepat-cepat membawa pinggan yang kosong ke dapur kemudian dicuci.

Selepas selesai dia lekas-lekas menyarung tudung sarung on the go kemudian mengambil selipar dari rak kasut.

"Eh, kotor lah selipar tu! Keluar pintu depan lah kalau nak pergi laman belakang tu. " marah Puan Masyitah.

Nadia senyum sumbing.

"Dah terambil, "

"Ada je menjawab. "

Bakul pakaian yang diambil tadi diletakkan di atas lantai. Mesin basuh dibuka. Satu persatu sarung bantal dan cadar dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam bakul pakaian.

Bakul diangkat lalu dibawa keluar ke laman belakang. Dia mengeluh tatkala cahaya matahari yang tadi terlindung di sebalik awan kembali memancar terik.

Satu sarung bantal diambil lalu dikebas-kebas sebelum disangkut ke atas tali jemuran. Dua penyepit baju diambil lalu disepit di kedua-dua kanan dan kiri cadar itu.

"Hui, "

Nadia menjulingkan mata ke atas. Dia kemudian merengus. Gangguan sudah bermula!

"Hui, "

Suara itu memanggil lagi. Nadia sudah hilang sabar. Sarung bantal yang ada di tangan dilempar masuk ke dalam bakul. Pantas dia mendongak ke atas sebelah kiri.

"Apahal? "

Wajahnya yang tadi sugul berubah masam dan bengis. Dia kalau boleh mahu menyumbat cili-cili yang ditanam Puan Masyitah ke dalam mulut lelaki itu.

"Morning, "

Lelaki itu senyum sinis sambil menyandarkan tubuh ke pagar balkoni biliknya yang kebetulan boleh ternampak laman belakang rumah keluarga Nadia.

Nadia mengerling sekilas lelaki berbaju T yang kebetulan sama warna dengan baju T kuning yang dipakainya. Entah sel otak mana yang tidak berhubung dalam otak lelaki itu hinggakan hari-hari ada saja akalnya yang menyakitkan hati.

"Dah tengah hari lah, " Nadia mendengus.

Tangannya kembali bergerak menjemur sarung-sarung bantal dan cadar yang ada. Wajahnya semakin masam.

"Owhh, tengah hari? Awal jugak eh kau jemur sarung bantal tu semua? " sindir lelaki itu.

"Diam ah. Bukan kau yang jemur. " Nadia kembali menyambung aktiviti menjemurnya yang tergendala tadi.

"Tak baik marah-marah tau. Nanti tu haa.. muka berkedut nenek kebayan. "

"Kau kan! "

Lelaki itu bermain kening. Sekejap sebelah kanan ke atas, sekejap sebelah kiri ke atas. Sengaja ingin mengapi-apikan Nadia.

"Ergh.... ! "

Nadia merengus geram. Bakul diambil lalu dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Pintu belakang rumah itu dihempas kuat.

Naqib senyum puas. Sempat dia membuat wajah jelek kepada Nadia sebelum gadis itu masuk ke dalam rumah. Akibatnya, gadis itu bertambah marah.

"Nadia, Nadia. "

"Memang tak berubah, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience