Bab 20

Romance Completed 57621

Buk!

Belum sempat dia menyapa Encik Daud, abang Nadia iaitu Nadwir lebih dahulu menghadiahkan penumbuk ke pipi kanannya. Dia jatuh terduduk.

"Ya Allah, Naqib! " Nadia cepat-cepat mendapatkan Naqib. Wajah lelaki itu dibelek-belek.

"Awak okay? "

Naqib mengangguk. Darah yang mengalir di celah bibir diseka kasar. Dia merenung Nadwir yang seakan tidak berpuas hati dengannya sekarang.

Memang patut Nadwir marah dengannya. Dia layak ditumbuk. Semuanya berkat kebodohannya sendiri. Redha sajalah.

"Apa masalah kau ni? Tiba-tiba nak tumbuk orang! " marah Nadia.

"Apa masalah aku? Kau masalah aku! " bentak Nadwir. Dia menuding jari telunjuknya ke wajah Nadia.

"Masalah apa? Kau ni apahal? Naqib tak buat apa-apa pun dekat kau. Tiba-tiba kau tumbuk dia kenapa? " marah Nadia lagi.

"Memang dia tak buat apa-apa kat aku. Tapi dia buat apa-apa kat kau! "

Nadia terkedu memandang Nadwir yang dari tadi menahan amarah. Dia patut sudah menjangka hal ini. Takkan selamanya dia mahu berahsia. Satu hari nanti mereka pasti tahu juga. Dan hari itu, hari ini.

"Jadi, Fit dah bagitahu kau? " teka Nadia.

Naqib dibawa duduk di kerusi ruang legar hospital. Dia berani melawan tatapan anak mata tajam Nadwir.

Kau ingat kau abang sulung, aku takut ?

"Kalau Fit tak bagitahu aku, agaknya sampai bila pun aku tak tahu. Sampai bila pun kami tak tahu Naqib ni pukul kau! "

Automatik Naqib memandang Nadwir. Dia terkedu. Nadia di sisinya dipandang. Gadis itu senyum nipis sambil mengenggam tangannya. Memberi kekuatan. Anak mata Nadia seolah mengatakan biar gadis itu saja uruskan semua ini.

"Apa? Terkejut? Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat adik aku? Kau ingat aku bodoh? " sinis Nadwir.

"Dulu aku anggap kau macam malaikat. Mampu jaga adik aku. Rupanya aku salah. Kau ni macam syaitan bertopengkan manusia. Seteruk-teruk aku pun, belum pernah lagi aku tangankan bini aku. Baru berapa bulan kahwin, dah berani nak buat perangai. Ikutkan aku yang tengah angin ni dah lama arwah dah kau ni. " sambungnya lagi.

"Ir, kau tak tahu cerita sebenar. " tegas Nadia.

"Cerita sebenar apa? Cerita sebenar yang laki kau ni memang cemburu buta, dayus? "

"Nadwir! "

"Apa! "

Suara mereka bergema di seluruh ruang hospital.

"Eh, apa kamu dua orang ni? Ni hospital, bukan tempat gaduh. Ir, kamu jangan nak burukkan keadaan. Kalau nak cari gaduh kat sini, baik pergi balik rumah. " tegas Encik Daud.

Nadwir merengus. Lelaki itu kemudian duduk di kerusi sambil memeluk tubuh. Sesekali kedengaran dia merengus kasar.

"Nad masuk dulu, Pa. " pinta Nadia.

Encik Daud sekadar mengangguk.

Daun pintu ditolak. Kelihatan kakak iparnya, Rahayu bersama Najwa sedang duduk di samping Puan Masyitah. Ibunya kelihatan memeluk tubuh sambil melemparkan pandangan keluar tingkap.

Najwa dan Rahayu pula tak sudah-sudah memujuknya untuk makan. Namun Puan Masyitah tetap enggan.

"Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam, "

Seraya itu mereka menoleh. Senyuman lebar jelas terukir di bibir Puan Masyitah.

"Nadia! "

Nadia membalas senyuman Puan Masyitah. Tangan wanita separuh abad itu disalam diikuti dengan Naqib.

"Rindunya Nad dengan Mama, "

Nadia terus memeluk ibunya. Menghilangkan segala kerinduan yang ditanggung selama ini. Sebaik saja Encik Daud menelefonnya tengah hari tadi, dia dan Naqib terus bergegas ke sini.

"Mama pun rindu Nad, "

Wanita itu memeluk anaknya seerat mungkin. Rindunya bukan kepalang. Dia tahu cerita sebenar. Namun anaknya ini kelihatan tenang saja.

Pelukan dileraikan. Puan Masyitah terus memandang Naqib yang berdiri di belakang Nadia.

"Ayu dengan Najwa keluar dulu, Mama? " pinta Rahayu meminta diri.

Kalau boleh dia mahu dua beranak itu berbual panjang, menghilangkan rindu masing-masing.

Puan Masyitah mengangguk.

Sebaik saja Rahayu dan Najwa keluar dari bilik wad, tiba-tiba Naqib melulut. Puan Masyitah terkesima. Begitu juga Nadia.

"Naqib nak minta maaf, Mama. " ucap lelaki itu.

"Untuk apa? " soal Puan Masyitah seolah tiada apa yang berlaku.

"Untuk semua yang Naqib buat kat Nadia. Naqib tahu Naqib tak layak jadi suami Nadia. "

Lelaki itu menundukkan kepala. Ucapannya kedengaran benar-benar ikhlas dari hati. Puan Masyitah naik sebak. Wajah menantunya itu dipandang dalam-dalam.

"Mama maafkan, "

Pantas Naqib mengangkat wajah. Dia terkedu malah terkejut. Begitu saja?

"Mama maafkan? " soal Naqib mengulang kembali ayat Puan Masyitah.

Puan Masyitah mengangguk.

"Mama tahu cerita sebenar. Fit bagitahu. Tapi, itulah. Nadwir tak nak dengar explanation Fit. Dia terus balik rumah tanpa tahu cerita sebenar. Lepastu tuduh Naqib bukan-bukan, "

Naqib senyum hambar. Tumbukan Nadwir benar-benar berbisa. Sampai sekarang masih terasa sakitnya biarpun darah sudah berhenti mengalir. Dia layak ditumbuk atas kesalahan yang dia lakukan. Memang padan dengan muka dia.

"Mama tak marah apa Naqib buat kat Nadia. Terkilan tu adalah sikit. Tapi Mama tahu Nad kuat. Dugaan mematangkan manusia, "

Nadia mengelus lembut tangan Puan Masyitah sambil tersenyum. Wanita itu membalas senyumannya.

"Dah lah tu. Bangun lah, " arah Puan Masyitah.

Naqib sengih kemudian dia bangkit. Dia menepuk-nepuk pahanya. Uish, kebas kaki!

"Mama harap lepas ni Naqib dengan Nadia tak gaduh-gaduh dah. Apa-apa masalah, bincang. " nasihat Puan Masyitah.

"Insha Allah, "

"Mama tak makan lagi kan? " teka Nadia.

"Mama tak ada selera, " dalih Puan Masyitah.

"Tak apa. Nad suap. Nak? "

"Nak, "

***

"Awak janganlah terasa dengan apa Nadwir cakap. Dia memang macam tu. Kecoh aje lebih. Kadang-kadang annoying sikit, " ujar Nadia memujuk hati Naqib.

Naqib senyum hambar. Dia mengangguk. Nasi ayam air tangan Nadia dikuis tanpa rasa. Hilang pula seleranya memikirkan kata-kata Nadwir.

Biarpun dipujuk dengan kata-kata Nadia dia tetap rasa terpukul. Kata-kata Nadwir asyik bermain di fikirannya hingga dia rasa hilang semangat. Menusuk hingga ke jantung. Tidak hairanlah abang tunggal Nadia itu seorang peguam.

"Lepas ni kita solat Maghrib sama-sama jom? " ajaknya.

Nadia sedang menyuap nasi terus memandangnya wajah terkejut. Dahinya berkerut.

Aku tak rasa aku pekak.

Betul ke apa aku dengar tadi?

"Kenapa pandang macam tu? "

"Tak, saya cuma terkejut. Tiba-tiba je? "

"Kenapa? Berdosa ke? " soal Naqib.

"Eh, tak. Awak jangan fikir macam tu. Bukan tu maksud saya. "

"Hm, kau makan lah dulu. Aku tak ada selera. Aku tunggu kat bilik. "

Lelaki itu bangkit dari kerusi meja makan kemudian berlalu ke biliknya. Nadia naik pelik. Pagi tadi sweet kemain. Ni jadi lemau pulak.

Jin sweet tu dah keluar dari badan dia ke?

Ah, boleh gila kalau difikirkan balik.

Nadia pantas menghabiskan makanan yang berbaki di pinggan kemudian membawa pinggannya ke sinki bersama pinggan Naqib. Usai saja mencuci dia ke bilik mandi untuk mengambil air wudhuk.

.
. .

Selesai saja mengaminkan doa yang dibaca oleh Naqib, Nadia menyalami tangan suaminya.

Sungguh ini apa yang dia mahukan selama ini. Solat diimamkan oleh suaminya. Suaminya, Fairul Naqib.

Hampir menitis air matanya tatkala mendengar bacaan Al-Fatihah Naqib ketika rakaat pertama solat Maghrib tadi. Sejuk saja telinganya. Tenang. Hatinya rasa tenteram.

Belum sempat dia mencium tangan lelaki itu, Naqib lebih dahulu memeluknya erat. Nadia terkesima seketika.

Eh, dah kenapa ni?

Tiba-tiba kedengaran esakan tangis Naqib ditambah pula dengan kain telekungnya yang terasa basah. Nadia jadi risau.

Naqib menangis? Ya, lelaki itu menangis. Itu yang buat Nadia makin risau.

"Naqib, kenapa ni? "

Jujur dia kata, dia bukan rimas dipeluk. Tapi dia terasa lemas. Naqib memeluknya terlalu erat hingga dia tiada ruang untuk bernafas.

"I'm sorry, "

Lelaki itu bersuara juga akhirnya setelah hampir lima minit memeluk erat Nadia. Suaranya serak. Iyalah, menangis kan?

"Ya, janganlah nangis. Lelaki tak macho lah nangis. " pujuk Nadia.

Belakang lelaki itu diusap lembut. Memujuk lelaki itu agar berhenti menangis. Telekung yang basah sudah tidak dipedulikan lagi. Lagipun memang dia mahu mencuci telekung pemberian Puan Faiza itu nanti.

"Saya minta maaf. Saya banyak dosa dengan awak, " Naqib bersuara lagi.

Tangan Nadia mengusap belakang Naqib terhenti. Dia terpanar seketika.

Saya?

Awak?

Ternyata segala usaha dan doanya termakbul malah membuahkan hasil. Ya Allah, terima kasih Ya Allah! Kau dah makbulkan doaku.

"Saya takut hilang awak, Nadia. Saya minta ampun sangat-sangat. "

Tersedu-sedu Naqib berbicara. Mungkin kerana lelaki itu menangis bersungguh tadi.

"Saya maafkan. Dah lah tu. "

Nadia kini mampu tersenyum. Setiap hari dia berdoa agar perkahwinannya lebih harmoni dan mendapat keberkatan. Solat hajat dan solat istikharah tak pernah putus.

"Apakata awak lepaskan saya? "

Sungguh dia terasa lemas sekarang. Naqib ni pun satu. Peluk kuat sangat macam peluk bantal busuk!

Lemas aku!

"Tak nak! Jangan cakap macam tu. Saya tak nak berpisah dengan awak, Nadia. " raung Naqib.

"Eh, eh! Bukan tu maksud saya. Awak peluk saya kuat sangat. Saya rasa lemas, " terang Nadia.

Macam mana lah Naqib boleh berfikiran begitu? Demi Allah, Nadia pun tak mahu berpisah dengan Naqib. Untuk apa dia meminta untuk dilepaskan?

Naqib ni suka over thinking. Macam selalu.

Nadia senyum sendiri. Naqib walau bertahun macam mana pun tetap takkan berubah. Tetap ada sisi istimewanya yang sendiri. Kebudak-budakan.

"Betul ni? "

Naqib meleraikan pelukannya. Wajah Nadia dipandang dalam-dalam. Cuba memastikan kebenaran kata-kata Nadia.

Nadia akhirnya mampu menarik nafas lega. Ah, lemasnya tadi!

"Nad, answer me. You didn't mean it, right? " Naqib cuba memastikan.

"Iya, saya tak maksudkan. Kalau saya nak berpisah dengan awak, agaknya dua bulan lepas lagi saya dah jadi janda. "

"No, don't say that. Saya tak suka, " tegah Naqib.

"Ya, saya tak cakap dah pasal hal ni. "

"Janji? "

"Janji, "

- - - - - - - -
From Author
- - - - - - - -

Hai!

Thanks kepada semua yang sudi baca cerita ni. Thanks juga kepada semua yang sudi support, rate and comment.

Saya akan cuba update new chapter sekurang-kurangnya one chapter sehari or more. If I'm busy maybe one chapter every two days. Hope you guys boleh sabar banyak-banyak.

Keep supporting this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience