Bab 44

Romance Completed 57621

"Nazifah nak pergi mana lepas ni? "

"Pergi beli mainan lah. Nazifah nak mainan make-up make-up macam Kak Hana tu, "

"Amboi, pandai make-up eh Nazifah sekarang? " Fitri mencuit pipi Nazifah.

"Mestilah, Aunty Atirah kata kita sebagai wanita kena selalu nampak cantik. "

Fitri dan Nadia berpandangan sesama sendiri kemudian pantas mencerlung ke arah Atirah yang sedang mendukung Nazifah. Pelik, tiba-tiba saja Nazifah pandai berfalsafah begitu. Ayatnya semacam ayat Atirah pula bunyinya.

"Eh, bila masa Aunty cakap macam tu? Eh, tak. Tak ada. Pandai pandai je Nazifah ni, " Atirah panik.

"Betul lah. Hari tu Aunty cakap kat Nazifah. Aunty kata kalau Nazifah tak beli mainan make-up make-up, tak ada siapa nak kawan dengan Nazifah sebab tak fedules (fabulous). Iman pun tak nak, "

Atirah mengetap bibir lalu menepuk dahi. Anak kecil ini sungguh tidak pandai berahsia. Bocor segalanya.

"Kau ajar anak aku benda pelik-pelik eh? " Nadia memincingkan mata merenung Atirah.

"Sorry lah, Nad. Aku saja je cakap. Tak sangka dia jadikan kata-kata aku tu pedoman, "

"Budak kan, Ati. Kau kata kau anak Sultan pun dia percaya, " perli Fitri.

"Eh, perli aku pulak. Macam aku tak tahu, anak kau syok kat anak Nad. Nazifah main masak-masak dengan Hana pun sibuk-sibuk nak main sama, " Atirah mencebik.

"Huh, kau kalau tak puas hati dengan aku, ada je nak ungkit. Mengata anak aku pulak, "

"Eh, dah lah. Korang nak ikut aku jalan-jalan ke nak gaduh? "

"Mestilah nak jalan-jalan! " ujar Fitri dan Atirah serentak.

"Hm, tahu pun. "

"Nad, "

Nadia pantas mengalihkan pandangan. Matanya terbeliak besar.

"Naqib, "

"Awak buat apa kat sini? " soal Naqib.

"Jalan-jalan dengan dia orang ni, " Nadia menjuih ke arah Fitri dan Atirah.

"Eh, Nad. Kau borak lah dulu dengan Naqib. Kita orang dengan Nazifah pergi cari toys. Jom, Zifah. " ajak Atirah.

"Jom, cepat-cepat. " Fitri menarik tangan Atirah yang sedang mendukung Nazifah.

Nadia mengeluh perlahan.

"So, you want to have some tea? " soal Naqib.

***

"How about your wedding preparation? "

Mendengar saja Naqib menanyakan tentang persiapan perkahwinan, terus Nadia tersedak.

"Ah.. panas panas! " Nadia cepat meletakkan cawannya ke atas meja.

"Nad, okay tak ni? Nak saya minta ais? "

"No no no. It's okay. I'm okay, " Nadia menolak.

"Have my tea, " Naqib menghulur gelas ice lemon tea-nya kepada Nadia.

Nadia pantas memandang wajah Naqib dengan dahi berkerut. Biar betul lelaki ni? Nak suruh minum dia pulak?

"You don't want it? " soal Naqib.

Nadia menggeleng sambil tersenyum kelat.

"It's okay. Tak ada lah melecur mana, "

"Kalau macam tu, iya lah. " Naqib senyum nipis lalu menarik kembali gelas ke arahnya.

"So, awak nak bincang apa? " soal Nadia.

"I just want to ask, awak dengan Saiful dah buat ke kad kahwin? Kalau belum, saya boleh tolong design-kan. " tawar Naqib.

Gulp!

Haa sudah, apa kes pula Naqib mahu buat kad undangan perkahwinan bekas isteri sendiri? Sasaukah?

"Er, saya bukan tak nak. Tapi, tak apa ke? "

"Yes, yes! It's okay, I'm okay with that. Saya cuma nak yang terbaik untuk awak je, Nadia. "

Nadia senyum kelat. Makin bersalah pula rasanya dia kini. Sudahlah lelaki itu mahu mereka grafik kad perkahwinannya, sekarang mahu yang terbaik pula untuk dia? Aduh, ini bikin hati jadi tisu ni.

"Naqib, look. Saya bukan tak nak awak design kad kahwin saya, tapi saya tak nak awak yang suffer sebab hal ni. " luah Nadia.

"Nad, saya serius bila saya cakap saya nak awak bahagia. Kalau sebab saya sekalipun, saya tetap nak awak bahagia dengan Saiful. "

Nadia mengangguk. Dia senyum nipis.

***

"Awak nak design yang macam mana? " soal Saiful.

"Nad? "

"Hah? " Nadia tercengang seolah baru tersedar dari lamunan.

"I'm asking you, but you're miles away. " ujar Saiful.

"Ada yang tak kena ke, Nad? " soal lelaki itu lagi.

Nadia geleng kepala dengan senyuman nipis di bibir.

"Nothing, "

"Kalau ada apa-apa yang tak kena, bagitahu saya. Jangan diam macam ni. I'm worried about you. Sejak dua menjak ni awak asyik-asyik mengelamun. " luah Saiful.

"Awak ada masalah ke dengan perkahwinan ni? "

"Eh, tak! Mesti lah tak. Saya okay, saya okay. " bidas Nadia.

"Then, kenapa awak macam tak fokus dengan preparation wedding ni? "

"Saiful, saya okay. Mungkin sebab terlebih kerja kot. " telah Nadia.

"You're always like that. Keep yourself busy and didn't care about yourself. You're making me worried, Nad. "

"Saiful, tak ada apa nak dirisaukan. Betul, saya okay. "

"Hm, kalau macam tu awak tengok-tengok lah dulu design mana yang awak suka. "

Nadia mengangguk lantas dia bangkit menghampiri pekerja butik itu. Beberapa minit dia membelek-belek rekaan baju pengantin itu.

"Yang ni okay? " soal Nadia samb menayang sepersalinan baju kurung pesak gantung rona putih gading yang digantung pada penyangkut baju.

"Okay, cantik. "

Saiful senyum nipis tatkala Nadia sudah teruja ingin mencuba busana itu. Namun hatinya masih belum tenang.

Macam ada sesuatu yang tak kena!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience