Bab 29

Romance Completed 57621

"When can I get the drawing? " soal Anisa sambil menggoyang kaki di bawah meja.

"Em, another three days boleh? "

"Naqib, lamanya. Wht not tomorrow, since I have nothing to do? " cadang Nisa.

Naqib mengetap bibir. Eh, dia yang tanya. Aku jawab je lah. Dah bagitahu tahu tiga hari lagi, nak esok pulak. Baik cakap je nak esok, tak payah tanya-tanya.

Birthday Nadia macam mana?

Esok adalah hari lahir Nadia. Kalau boleh, mahu lah sambut gilang-gemilang tanpa sebarang gangguan. Dai sudah merancang segalanya dengan rapi. Kalau Nisa ni mengganggu rancangannya, habis lah nanti.

"Esok birthday my wife. I have to get home early. Kalau another two days boleh? "

"Wow, your wife's birthday? Okay, if you said so, another two day should be goo enough, right? "

"Boleh, boleh. Boleh, Cik Nisa. " Naqib mengagguk laju. Sempat dia menarik nafas lega.

"Oh, don't forget to wish her birthday for me. "

Anisa bangkit lalu mencapai beg tangannya. Dress merah delima yang tersarung di tubuh langsingnya dibetulkan.

"I have a meeting after this. I got to go. See the drawing two days later! "

Anisa menutup pintu kaca pejabatnya meninggalkan Naqib keseorangan. Naqib sekadar memandang sebelum matanya jatuh melihat kertas proposal di tangan.

"Dua hari lagi, " keluhnya.

***

"Kenapa tak makan? Tak sedap eh? " giat Atirah.

Gatal saja tangannya mencapai pinggan Fish n Chip milik Nadia. Pantas tangan Fitri menampar.

"Adui..! "

"Kau ni, macam tong taik. Tak pernah kenyang! Makanan orang pun kau nak rembat. Pelahap! " marah Fitri.

"Aku nak rasa sikit je. Tengok Nad tak nak makan menduga iman aku betul. Sikit je, boleh? Hm? Hm? " Atirah mengerdipkan mata memandang Nadia dengan wajah simpati.

Nadia menolak pinggannya ke arah Atirah. Dia sudah hilang selera makan. Entah apa puncanya. Daripada dibazir dan langsung tidak dijamah, baik diberi kepada Atirah si kaki sumbat ini.

"Yes! Thank you, Nad! " sorak Atirah. Pisau dan garpu cepat saja diambil lalu dia mula menjamu selera.

"Hm, "

"Nad kau okay ke ni? Muka kau nampak pucat lah. " Fitri menegur.

Atirah yang sedang mengunyah makanan turut mengerling ke arah Nadia. Wajah Nadia pucat lesi. Sungguh tak bermaya. Serupa mayat hidup pun ada juga.

"Kau okay ke, Nad? " soal Atirah. Dia kemudian menyisip jus tembikainya.

"Entahlah, aku rasa pening kepala sekarang ni. " jawab Nadia. Lantas dia mengurut pelipis.

Atirah dan Fitri berpandangan sesama sendiri. Masing-masing kerut dahi sambil mengangkat bahu. Entah bagaimana mereka harus tangani situasi ini.

"Semalam kau tidur tak? " soal Fitri.

Nadia menggeleng.

"Makan? " soal Atirah pula.

Geleng lagi.

"Kau buat apa sampai tak tidur semalam? " soal Fitri. Nada suaranya seakan ingin naik angin.

"Aku teman Naqib buat kerja dia. "

"Dah tu, tidurlah. Kau ke yang buat kerja dia? " celah Atirah.

"Memang lah bukan aku, tapi takkan nak biar dia buat kerja sorang-sorang. Lagipun, lately dia macam rapat dengan senior architect baru dia. "

Terbeliak mata Atirah dan Fitri yang mendengar. Mulut mereka ternganga tidak percaya.

"Kau jealous eh? " giat Atirah.

"Mana ada, " bidas Nadia.

Aku? Jealous?

Muka ni jealous?

Tolonglah.

"Ei.. mengaku aje lah. Cemburu tu tanda sayang, Nad. " Fitri tersengih-sengih.

"Korang dah habis makan kan? Jom, bayar. Aku nak balik rumah. " Nadia bangkit dari duduknya.

"Eh, sabarlah. Aku tengah nak habiskan air ni, " Atirah cepat-cepat meneguk air yang berbaki di dalam gelas lantas mendapatkan Nadia dan Fitri yang sudah ke kaunter.

Fitri menghulur sekeping not RM50 bersama dua keping not RM10 kepada juruwang wanita itu. Bakinya diambil lalu disimpan ke dalam beg duit.

"Jom, " ajaknya.

Mereka beriringan keluar dari restoran makan western itu. Nadia memicit dahinya yang terasa berdenyut. Sakitnya sungguh tak mampu ditahan.

"Fit, " lengan tegap Fitri dicengkam kuat.

"Eh, kau okay tak ni? " Terus Atirah memegang bahu Nadia menghalang gadis itu dari rebah.

"Kita pergi klinik lah. Dah teruk ni, " cadang Fitri.

"Jom! "

***

Razif dari tadi asyik tersengih-sengih sambil mencuri pandang ke arah Najwa. Entah apa punca dia tersenyum miang begitu, dia juga tidak tahu.

"Kau apahal? Aku tampar kau, kau nak? " marah Najwa.

Dia sedar dirinya memang dari tadi asyik diperhatikan Razif. Mahu dikata ada benda yang lucu, langsung tiada. Lelaki itu gila?Silakan upah peguam terlebih dahulu.

"Uu.. garangnya. That's what I like! "

"Razif! "

"Apa? "

Najwa merengus geram. Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada buku yang dibaca tadi. Kalau dilayan Razif tu, silap-silap tujuh keturunan pun belum tentu habis.

"I'm waiting for your answer Najwa. " suara Razif meleret.

Najwa ketap bibir. Dia menyorokkan wajah dengan buku. Sejak dia memberitahu hal sebenar kepads Razif, lelaki itu makin menjadi-jadi pula mengusik Najwa.

Dia kini jadi bahan umpatan pelajar universiti. Dia dikatakan sebagai perempuan murahan yang mengambil kesempatan ke atas Razif. Ya lah, keluarga yang Razif keturunannya baik-baik, golongan berada. Kiranya, hampir semua dengki dengan Najwa.

Mujur saja ada Rubayah dan Siti sebagai penyokong. Tidaklah dia menghadap cemuhan dan kecaman bersendirian. Razif pula satu hal. Asyik mengacau saja. Mana tidak orang memfitnahnya?

"Razif, kau boleh balik tak? "

"Nope. Untuk apa aku nak balik? Balik rumah bosan lah. Bukan buat apa pun. Thesis aku baru halfway. " bidas Razif.

Lelaki itu menongkat dagu memandang Najwa dengan senyuman manisnya. Najwa mengetap bibir. Biarpun di perpustakaan, masih boleh kedengaran suara-suara sumbang yang mengherdiknya.

"Razif, balik please. Aku merayu sangat. " rayu Najwa. Dia benar-benar tidak tahan. Mahu saja menjerit kingkong.

"Boleh. But with one condition, " Razif senyum menayang gigi.

"Ya lah, apa dia? "

Asalkan Razif ni lesap, aku sanggup!

"Jadi girlfriend aku and try to ignore what people say. They know nothing, "

Tiba-tiba hati Najwa rasa terpujuk. Lagi-lagi part 'They know nothing' itu. Dia perlahan-lahan memandang Razif.

"Kalau aku tak jadi girlfriend kau, tak boleh ke? "

Dia sebenarnya risau. Bukan takutkan cemuhan orang lain, tapi itu juga salah satu sebabnya. Dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada pengajian. Soal cinta, selepas habis pengajian juga boleh.

"Hmm, kau nak aku balik ke tak? " Razif senyum senget.

Najwa merengus perlahan. Razif ni!

"Ya lah, asalkan kau balik. "

"Good! "

"See you tomorrow, babe. " bisik Razif.

Lelaki itu mencapai beg sandangnya lalu berjalan keluar dari perpustakaan. Najwa menarik nafas lega lantas memegang pipinya. Tiba-tiba terasa berbahang.

Malunya!

***

"Tahniah, Puan. Puan mengandung. Dah dua bulan, " doktor berkot putih bertudung merah jambu lembut itu tersenyum.

Atirah dan Fitri berpandangan sesama sendiri dengan wajah gembira dan mulut yang sedikit ternganga.

"Wah, lepas ni Iman dah ada geng nak main sama! " sorak Fitri.

Nadia senyum nipis. Anak Aidil dan Fitri, Iman sungguh tembam dan comel. Geram saja mahu mencubit pipi gebu itu. Bayi yang berusia dua tahun itulah permata hati Fitri.

"Tu lah. Lepas ni kena beli barang baby ni. " ujar Atirah pula.

"Boleh, Cik. " doktor wanita itu ketawa.

"Memandangkan ini trimester pertama, saya sarankan Puan supaya lebih berhati-hati. Kena jaga pemakanan, jangan buat kerja terlalu berat, banyakkan berehat dan kurangkan tekanan. Semua ni puan kena ambil berat kalau tak jadi macam tadilah, puan hampir pitam. Simptom muntah-muntah dan loya memang kebiasaan. Saya harap puan banyak-banyak bersabar ya? " sambung doktor wanita itu.

"Baik, doktor. " Nadia mengangguk.

"Puan bawa form ni ke mana-mana hospital berdekatan tempat tinggal. Daftar untuk buat check up bulanan. " doktor wanita itu kemudian menyerahkan dua helai kertas kepada Nadia.

"Lepas ni, puan ke kaunter farmasi untuk ambil ubat ya? Banyak-banyak rehat, " pesan doktor itu lagi.

"Baik, doktor. Terima kasih, "

"Sama-sama, "

"Jom, "

Nadia dibantu keluar oleh Fitri dan Atirah. Mujur saja mereka ada, kalau tiada?

"Duduk dulu, aku ambilkan ubat. " ujar Atirah.

"Amboi, action betul kau ni. Energy berlebihan. " seloroh Fitri.

Atirah sekadar menyentuh bahu dengan hujung jari tangan kirinya.

"So, kau nak bagitahu Naqib? " soal Fitri.

"Nanti dulu lah. Aku nak buat suprise untuk birthday aku esok. " Nadia senyum panjang.

"Wah, birthday kau, kau pulak bagi dia hadiah. " usik Fitri.

"Sekali sekala, "

Suprise!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience