Bab 34

Romance Completed 57621

Hari ini aktivitinya seperti semalam. Termenung memikirkan nasib sendiri. Puas dia menanti Naqib hingga dia sendiri tertidur. Namun, lelaki itu pulang lewat dan pagi-pagi lagi sudah berangkat ke pejabat.

"Nad dah makan? " soal Kak Asma sekaligus melenyapkan segala lamunan Nadia.

"Dah, "

"Dah solat? " soal Kak Asma lagi.

Nadia mengangguk perlahan.

"Harini Naqib balik lewat lagi ke? "

"Tak tahu lah, Akak. Dia tak cakap pulak. Kenapa? "

"Tak ada apa. Cuma saja tanya. Kalau Naqib balik lewat, boleh lah Akak teman. Sekarang ni pun cuti sekolah, anak-anak Akak balik kampung ayah dia orang. Rindu dengan Atuk Nenek katanya, "

"Jadi, Akak tinggal sorang ke? " soal Nadia.

"Tak lah, mak akak datang sini. Bosan duduk kat kampung, adik-beradik akak semua kerja."

"Oh, padan lah akak hari-hari bawak lauk bagi kat saya. "

Kak Asma yang sedang memanaskan lauk hanya tersenyum.

"Nad bila buat check up? " soal Kak Asma.

"Minggu depan rasanya. Yang paling first. Kenapa, Akak? "

"Akak ikut, boleh? "

"Boleh, Akak. "

***

"This is very good! " puji Anisa.

"Even I myself never thought of this kind of idea. You're brilliant, Naqib! "

"Puji-puji ada makna tu, " desis Imran yang berdiri di sebelah Naqib. Sempat lelaki itu membuat wajah jengkel.

Jengkel dengan Anisa. Namanya saja profesional, di pejabat. Pun begitu mahu juga menggoda Naqib. Tidak tahu ataupun buat-buat tak tahu yang Naqib sudah beristeri?

"Eh, apa kau ni? " Naqib menyiku lengan Imran.

"Betul lah! " bisik Imran.

"Er, Naqib. "

"Ya, Cik Nisa? "

"Next week, kita ada business trip ke Perak. Sepatutnya Jalil dan Rizwan yang in charge untuk jumpa dengan wakil syarikat construction untuk rebut tender a new project ni. " terang Anisa.

"Tapi... "

"Tapi? " Naqib angkat sebelah kening.

"But Jalil's taking a leave on that day. Nak kena jumpa cikgu anak dia. About report card. "

"How about Rizwan? "

"Rizwan pula he have company her wife for a check up. So, I'm the one who are going to meet the representive of the construction company. Untuk rundingan. "

"So, saya ingat nak ajak awak sekali pergi sana. Kalau Imran nak ikut sekali pun boleh, " sambung Anisa.

Imran terus saja menyiku lengan Naqib. Sengaja dia menjegilkan mata kepada Naqib.

"Cik Nisa, kalau saya fikir dulu boleh? "

"Boleh boleh. Give me the answer by tomorrow. Can you? "

"Sure, "

***

Makan malam hari ini sungguh sunyi. Sudah tiada lagi bual kosong seperti kebiasaan. Nadia terasa sangat kosong.

Seolah Naqib sudah jauh darinya. Seolah Naqib sudah tidak sedar kewujudannya. Seolah Naqib sudah tidak punya rasa terhadapnya.

Habis saja makan dan selesai membasuh pinggan, Naqib terus saja masuk ke dalam bilik. Nadia ingin menegur. Namun telinganya lebih dahulu menangkap perbualan suaminya dengan Anisa.

Entah di mana silapnya dalam hubungan ini hingga asyik saja diduga. Silapkah dia memilih Naqib menjadi pasangan hidup?

Nadia mengusap perutnya yang semakin menonjol itu. Ada nyawa di dalam rahimnya kini. Di situlah tumpahnya kasih dan sayangnya bersama Naqib.

Dia bangkit dari duduknya. Pintu bilik dibuka. Kelihatan Naqib sedang membaca buku.

"Dah nak tidur ke? How's baby today? " soal Naqib.

Nadia hanya senyum nipis. Ruang kosong di sebelah Naqib menjadi tempat dia melabuhkan duduknya.

"Baby okay. Cuma... "

"Cuma? " ulang Naqib.

Buku diletak di atas dresser katil. Mungkin mahu lebih fokus dengan perbualannya bersama Nadia.

"Saya teringin lah nak makan churros dengan sushi. Boleh? "

Berkerut terus dahi Naqib. Serta merta dia memandang wajah Nadia.

"Mana boleh, churros tu manis lah. You should control the sugar in your blood. Doktor dah cakap kan hari tu? "

"And more thing, did you really can eat sushi? Tak ingat dua bulan lepas yang awak sakit perut sebab makan sushi tuna tu? " Naqib mengungkit.

Nadia menarik muncung. Sungguh dia begitu ingin untuk menjamah churros dan sushi. Lebih-lebih lagi churros yang ditaburi gula cinnamon beserta caramel sebagai dip sauce. Setiap malam dia asyik termimpi makan onigiri. Aduh!

"Tapi saya nak, "

"Hmm, kalau saya kata tak boleh? " giat Naqib.

"Kesian lah baby, " rengek Nadia.

Naqib garu kepala. Aduh, lemah dia jadinya tatkala Nadia membuat wajah kasihan begini.

"Ya lah, ya lah. Esok saya beli. But less sugar and also a cooked one. "

"Yeay! "

"So, next week awak teman saya pergi check up? " soal Nadia.

"Er.. sorry. But, I couldn't make it. Saya ada business trip ke Perak. "

"With Nisa? " teka Nadia.

"Yup, "

Nadia mengeluh perlahan. Dia sudah agak. Boleh dikira dengan jari berapa kali saja Naqib menemaninya membuat pemeriksaan. Selebihnya Fitri dan Atirah bersilih ganti menemani.

"Kenapa? Dua minggu lepas pun awak tak teman saya. Takkan nak suruh Fit teman lagi? "

"Sorry, Nad. Saya betul-betul tak boleh. Project kali ni penting sangat. If we lose it, company akan rugi besar. "

"So, you're going to say that your work is more important than me? "

Emosi Nadia kian bercelaru. Dia sendiri kini sukar untuk mengawal perasaan. Dia cepat terasa, cepat marah, cepat sedih. Hampir segala-galanya terass tidak kena. Kini dia rasa sangat kecewa dan tersisih.

"No, no. That is not what I mean. This is about the company future, Nad. " ujar Naqib cuba menjernihkan keadaan.

"Enough, Naqib. Malam ni saya tidur bilik sana. "

Nadia bangkit lalu berjalan keluar dari bilik. Kedengaran pintu bilik tetamu dibuka.

Naqib meraup wajahnya. Fikirannya sungguh serabut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience