Bab 39

Romance Completed 57827

"Saya harap awak jaga Nazifah baik-baik untuk saya, "

Nadia mencebik. Dia memandang lelaki itu dengan wajah jengkel.

Naqib yang berbaju kemeja putih dengan seluar slack hitam itu tersenyum dengan songkok yang terletak elok di kepala. Hari ini cuma Imran seorang saja yang menemaninya. Mummy dan Abah tidak sanggup datang apatah lagi melihat dia dan Nadia bercerai.

"Selama ni, saya tak reti jaga ke? " sindir Nadia.

"Nad, " tegur Puan Masyitah. Anaknya yang seorang ini sudah keterlaluan.

Naqib senyum ke arah Puan Masyitah memberi isyarat agar jangan risau. Dia sudah agak dengan reaksi Nadia.

"No, saya tak cakap pun awak tak pandai jaga. Just... I want to say... take care and good bye. Have a nice day, " ucap Naqib.

Lelaki itu kemudian melangkah menghampiri keretanya. Nadia hanya memandang saja kereta itu hingga hilang setelah kereta itu memasuki jalan besar. Entah mengapa hatinya tiba-tiba merasa sebak. Matanya juga terasa ingin mengalirkan air mata.

"Wah, aku amazed sangat dengan Naqib. "

Nadia pantas menoleh. Dahinya berkerut memandang Atirah.

"Amazed about what? "

"Ya lah, dia dah bercerai kan dengan kau. Tapi, nampak tenang je. Aku ada chance lah lepas ni, " gadis itu tersengih-sengih.

"Eh, kau ni! Gatal betul. Laki orang pun nak hambat, " Fitri menyiku Atirah.

"Adeh.. " Atirah mengaduh.

"Padan muka, "

"Alaa.. Nad dengan Naqib dah cerai, kan? Aku ada peluang lah kiranya, " seloroh Atirah.

"Aku nak balik. Rasa tak sedap badan, " ujar Nadia tiba-tiba.

"Haa? Ouh, okay okay. Jom, "

Fitri lekas-lekas memimpin Nadia masuk ke dalam kereta. Manakala Atirah pula mengambil tugas untuk memandu kereta. Takkan mahu dibiar Puan Masyitah yang memandu?

"Nad, nak singgah mana-mana tak? " soal Atirah.

"Oi, edah lah! " Fitri di sebelah cepat saja menampar lengannya.

"Ouh, sorry sorry. Kita balik rumah terus eh? "

"Ya! " Fitri merengus

"Jom! "

***

Razif dan Najwa berpandangan sesama sendiri. Masing-masing seolah kagum namun mereka sebenarnya terkejut.

Mendengar kata-kata ustaz ini tadi, maka benarlah sangkaan mereka selama ini.

"Ustaz, biar betul? " soal Najwa.

Lelaki berjanggut nipis yang berpakaian serba putih itu mengangguk lemah. Seolah kecewa pun ada juga.

"Ya Allah, "

Tak sangka, ada rupanya yang dengki dengan kakaknya dan Nadwir hingga sanggup berbuat demikian. Hatinya beristighfar berkali-kali.

"Macam mana nak sembuhkan, ustaz? " soal Razif.

"Kalau kes kakak Cik ni, dia hanya jampikan saja. Tak guna apa-apa perantara pun. Jadi kita kena sembuhkan kakak Cik dulu. "

"Nadia? "

"Ya, Puan Nadia. "

Najwa dan Razif lantas mengangguk.

"Jangan risau. Saya dan yang lain-lain akan bantu Cik sekeluarga. "

"Terima kasih ya, Ustaz. " ucap Razif.

"Sama-sama, "

***

Nadia melihat sekeliling. Putih. Langsung tiada perabot, bangunan mahupun hidupan.

Kakinya terasa seperti sedang memijak rumput. Namun lantainya kelihatan hanya seperti lantai simen biasa.

Keadaan sekeliling yang berkabus menyukarkan penglihatan. Nadia cuba melangkah.

Dari jauh kelihatan samar-samar sebuah figura lelaki yang berpakaian serba putih. Hatinya terdetik.

Naqib!

Dia pantas berlari menghampiri figura itu lalu memeluknya dari belakang. Jelas Naqib terkejut.

"Nadia? " soal Naqib.

"Em, saya. Awak, saya rindu sangat dekat awak. "

"Saya pun, "

"Tapi, saya tak boleh. " tiba-tiba Naqib merentap tangan Nadia.

Nadia terkedu. Wajah sugul Naqib dipandang dengan penuh rasa gelisah.

"Kenapa? "

"Kita dah cerai, Nadia. "

"Tapi, kita boleh rujuk balik. " bidas Nadia.

Naqib menggeleng. Menambahkan lagi kegusaran hati Nadia.

"Tak boleh, Nad. "

Nadia kerut dahi. Mengapa tidak boleh?

"Tapi kenapa? "

"Saya kena pergi ke satu tempat. Tempat yang jauh. " ujar Naqib.

"Mana? Saya ikut, boleh? "

Naqib menggeleng lagi.

"Saya kena pergi sendiri. Tanpa awak, tanpa Nazifah. Jaga diri, Nad. "

Naqib mula melangkah meninggalkan Nadia setelah lelaki itu tersenyum kepadanya. Nadia pantas mengejar.

"Naqib, tunggu! "

"Naqib! "

Lelaki itu terus melangkah tanpa mempedulikan panggilan dari Nadia. Semakin lama Nadia terasa lemah lantas dia terduduk. Dia hanya mampu melihat Naqib melangkah pergi hingga lelaki itu hilang di sebalik kabus tebal.

"Naqib! "

"Naqib! "

"Naqib! "

"Naqib! "

Nadia tersedar dari mimpinya. Tercungap-cungap dia mencuri nafas. Dia mengurut dadanya bagi menghilangkan segala rasa resah di hati.

Botol air di meja kecil sebelah katilnya diambil lalu diteguk perlahan. Peluh yang merintik di dahi diseka.

"Astaghfirullah, "

"Astaghfirullah, "

"Astaghfirullah, "

Entah mengapa hatinya diserang rasa kurang senang ini. Tiba-tiba dia risau terhadap Naqib.

"Ya Allah, Naqib. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience