Bab 23

Romance Completed 57621

Atirah dari tadi mencuri pandang ke arah Saiful.

Aduh. Makin pendam, makin perit!

Mahu saja dia menjerit kingkong, meluahkan segala rasa yang terbuku di hati. Mengingatkan mereka ini profesional, ditanam saja niat itu ke dalam hati.

Kalau dia tak ada jodoh dengan Saiful. Dia terima. Tapi, hatinya bagaimana? Sekurang-kurangnya, kalau diluah mampu meringankan beban di jiwa.

Kata-kata Nadia terngiang-ngiang di telinga. Ada betulnya juga. Tapi, lelaki itu kan bakal bertunang? Kalau dia masuk jarum, macam mana hubungan lelaki itu nanti dengan bakal tunangnya?

Dia tak mahu jadi perampas. Jauh sekali perosak hubungan. Tapi selagi lelaki bukan ham milik mutlak sesiapa, tak salah jika dia mencuba nasib bukan?

Astaghfirullah.

Apa kena kau ni, Ati?

"Ati, "

Pantas Atirah mengangkat kepala. Dia menoleh. Matanya terbeliak besar.

"Saiful, "

"Aku nak minta tolong kau ni sikit. " ujar Saiful.

"Tolong? Tolong apa? "

"Some of this words aku tak tahu nak translate ke English. Ya lah, since next week aku kena ajar kelas DLP. "

Atirah mengambil kertas di tangan Saiful. Dia membelek-belek kertas itu sebelum mula membaca.

"Oh, yang ini namanya equation form. "

"La ya ke? Thanks tau, Ati. "

"Welcome, "

"Nanti lepas habis sekolah, I'll treat you lunch. "

"Sure, "

***

"Jadi ke kita pergi honeymoon tu? " soal Nadia.

"Eh, mestilah. Takkan tak jadi? Saya dah plan lama kot. " terus Naqib gelabah.

Nadia ketawa kecil. Kebudak-budakan.

"Awak, " panggil Naqib.

"Hm? "

"Awak rasa kan kenapa Nadwir benci saya eh? " soal Naqib.

Nadia terus mengubah posisi memghadap wajah Naqib yang duduk di sebelahnya. Menjadi rutin baru untuk mereka menonton televisyen lewat malam sebelum masuk tidur.

"Kenapa cakap macam tu? Abang Ir bukan tak suka awak. Dia cuma masih marah je. "

"Are you sure? Habis tu haritu masa kita pergi rumah Mama, kenapa dia macam nak sangat kita cepat-cepat pergi rumah Mummy? " soal Naqib.

Nadia mengeluh perlahan. Naqib ni suka betul fikir negatif!

Gigit kang!

"Naqib, please. Don't talk about Nadwir. Walau dia benci awak sekalipun, saya akan tetap sayang awak. "

Naqib senyum panjang. Lantas lelaki itu menguncup pipi kanan Nadia. Nadia terkedu.

"Eh! "

Naqib senyum lagi. Dia menutup televisyen.

"Kenapa tutup? " soal Nadia.

Makin lebar senyuman lelaki itu. Tiba-tiba dia mencempung tubuh Nadia lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Nadia diturunkan perlahan-lahan ke atas katil. Berkerut dahi wanita itu merenung Naqib. Macam marah juga ada.

"Cerita tu tak habis lagi, " omelnya.

"Saya tak suka awak tengok cerita tu. Obviously not. Pastu nanti mula lah, cakap lelaki tu handsome, lelaki ni handsome. " Naqib mengungkit. Dia menyilang tangan dengan wajah masam.

"Ya Allah, Naqib. Awak jealous dengan cerita tv? " Tergeleng-geleng kepala Nadia sambil ketawa.

Tak logik langsung!

"So..... " tiba-tiba Naqib duduk di sebelah Nadia yang sedang berbaring.

Nadia panik. Senyuman lelaki itu sukar ditafsir. Entah apa bermain dalam fikirannya.

"Why not we spend this night wisely? Making love? " giat Naqib.

Nadia senyum kelat. Tahu benar makna making love itu.

"Naqib, saya rasa... "

Naqib tiba-tiba menghampirinya. Nadia mulai berundur ke belakang.

"Naqib.. bawak istighfar, Naqib. "

Terhenjut bahunya tatkala terasa dirinya sudah tersandar ke dinding. Dia tidak boleh lari lagi.

"Naqib, I'm not sure about this. "

Nadia menoleh kiri dan kanan silih berganti. Makin haru jadinya tatkala Naqib tiba-tiba melekapkan kedua tangan ke dinding. Semacam mengepung Nadia.

Nadia telan air liur. Dia merenung mata wajah Naqib yang hanya dua inci dari wajahnya.

"I'm not forcing you. But, the way you react now really turn me on. "

"Er... I'm not denying your rights. But, can we do it tomorrow? "

"Esok? Dah seminggu kita postpone, Nadia. Malam ni, " tegas Naqib.

Nadia mengeluh. Ya, mahu tak mahu dia kena juga mengalah. Ini kemahuan suaminya.

"Shall we? " soalnya membalas senyuman Naqib.

"Sure! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience