Bab 27

Romance Completed 57621

"Amacam honeymoon kau minggu lepas? " giat Imran.

Lelaki itu meletakkan secawan kopi panas yang baru dibancuh di atas mejanya. Kerusi pejabat ditarik sedikit lalu lelaki itu duduk.

"Okay, " jawab Naqib acuh tak acuh.

Tangannya yang bergerak di sekitar skrin tablet masih setia menggenggam pen digital sedari tadi. Lukisan grafik ini perlu dihantar kepada majikannya hari ini. Dia cuma perlu membuat sedikit perubahan. Namun perubahan yang sedikit itulah yang menyebabkan otaknya naik tepu. Tiada idea.

"Okay je? Selalu kalau orang balik honeymoon ni bukan main lagi senyum sampai ke telinga. Yang sampai ke otak pun ada jugak, " seloroh Imran.

"Hm, okay. "

Terus Imran mengerut dahi. Amboi, balik honeymoon macam dah hilang separuh jiwa. Ni pergi honeymoon ke pergi funurel?

"Kau ni, okay okay. Cuba bagi jawapan yang boleh diterima akal sikit. Lemau je aku tengok. Padahal baru balik bercuti. Kau tengok si Jalil tu, dah dekat tiga bulan dia balik dari honeymoon dengan bini dia. Tapi, menyengih sampai ke sudah tak habis-habis. "

Imran menjuihkan bibir ke satu arah. Ke arah Jalil, salah seorang consultant officer yang sedang tekun menaip di komputer meja. Mungkin sedang menaip e-mel barangkali.

"Im, "

"Ya? "

"Mana Nisa dapat number aku? " soal Naqib.

Pen di tangan diletak ke atas meja. Dia mengubah posisi menghadap Imran.

"Takkan kau tak tahu? Dia kan replace senior architect. So, of course dia kena ada number semua orang. Besides, dia kan ada project yang discuss sekali dengan kau. " selamba saja Imran berkata-kata sambil menatap skrin komputer ribanya.

Eh, ayat Imran ini semacam membela Nisa pula. Tapi, bukankah itu melanggar hak privasi orang lain? Menyimpan nombor telefon seseorang tanpa kebenaran tuannya.

"Dua hari lepas dia ada call aku, " ujar Naqib.

"Wow, " Imran semacam terkejut.

"Unfortunately, Nadia yang angkat. "

"Serius ah?! Lepas tu, apa jadi? "

"Aku dengan dia gaduh,"

"Uish, sebab call dari perempuan lain pun boleh gaduh kau dua orang ni? Hebat, hebat. " Imran sengaja menepuk tangan.

"Thanks for the compliment. But, you're not helping. " sindir Naqib.

"Helping apa dengar masalah kau. Kan? " giat Imran. Lelaki itu sengaja menaik-turun kedua keningnya.

Naqib merengus geram. Ikutkan hati, mahu saja dicabut kasutnya ini lalu diketuk-ketuk kepala Imran dengannya. Biar jadi waras sikit .

"Lepas dia siap makan breakfast je, dia terus masuk bilik. Nak tidur pun siap letak bantal dua biji jadikan divider. Weh, terseksa hidup aku! " keluh Naqib.

"Chill, bro. Aku kan ada? Kawan kau ni confirm boleh tolong punya, " jamin Imran.

"Nak tolong apa? Diri kau pun tak tertolong. Nak tolong aku, ceh. "

"Oh, kau pandang rendah dekat aku eh? Kau tunggu kau, "

"We'll see. "

"Encik Naqib, "

Naqib dan Imran terus menoleh tatkala mendengar ada suara memanggil nama Naqib.

"Kenapa, Min? " soal Naqib.

Dahinya berkerut melihat Amin, seorang intern datang ke mejanya. Selalunya lelaki itu hanya duduk di meja membantu Muna, project manager memandangkan Amin dalam proses praktikal sebelum menjadi seorang project manager bulan hadapan.

"Cik Nisa panggil, dia suruh masuk pejabat dia. "

Imran dan Naqib terus berpandangan sesama sendiri.

Panjang umur!

***

"Jadi, kau tak dengar langsung explanation dia? " soal Fitri.

Nadia menggeleng perlahan. Jus epal disisip perlahan.

"Ish, tak boleh macam tu. " celah Atirah pula.

"Kau kena dengar explanation dia. Macam mana korang nak bincang kalau kau sendiri awal-awal dah tutup jalan untuk dia? " Fitri bersuara.

Nadia mengeluh. Dia buntu.

"Aku tak tahu. Aku confused masa tu. Serius, aku tak fikir panjang masa tu. " Nadia menundukkan wajah memandang lantai.

"Then, kau kena bagi dia ruang untuk betulkan salah dia. Cara kau yang tak nak dengar explanation dia tu making the things getting worse, Nadia. " nasihat Atirah.

"Betul tu. Aku setuju dengan Ati. Seteruk-teruk dia tu, Nadia.. dia tetap suami kau. " sokong Fitri.

"Bincang elok-elok. Boleh? " pujuk Atirah.

Nadia akhirnya termenung sendiri. Mindanya mula memikirkan kata-kata Atirah dan Fitri.

*******

Razif mengerling sekilas Najwa di sebelahnya. Bagaimana harus dia memulakan perbincangan?

"Pandang apa? " Najwa tiba-tiba bersuara.

"Eh, mana ada. Aku pandang pokok tu haa. " Razif cepat-cepat menuding jari ke arah pokok bunga raya yang kekurangan daun tidak jauh dari tempat mereka duduk kini.

"Pokok tak cukup daun bunga macam tu kau nak tenung? Pelik betul taste kau ni, " komen Najwa.

Razif mencebik. Kalau tidak kerana pensyarah mereka yang menyuruh agar mereka melakukan tugasan secara berpasangan, memang tidaklah dia mahu duduk di pondok panas ini bersama Najwa. Kebetulan pula, dia dan Najwa perlu berpasangan untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Puas dia merayu dengan pensyarahnya namun ditolak mentah-mentah. Mahu tak mahu terpaksa jugalah dia belajar untuk berkompromi dengan Najwa.

"Ada kena mengena ke dengan kau? " giat Razif.

"Takde, " Najwa menjeling tajam.

"So, tajuk apa kau nak pilih untuk assignment ni? " soal Razif.

Gatal saja tangannya mengusik alat tulis kepunyaan Najwa. Najwa pantas menepis.

"Don't touch my things. Kalau kau nak bincang, buat cara bincang. Jangan buat benda lain, " ujar Najwa memberi amaran.

"Fine then, "

Suasana tegang bertukar menjadi suara kekok. Sunyinya hanya dipecahkan dengan bunyi hiruk-pikuk pelajar lain yang lalu lalang di taman mini itu berserta dengan bunyi kenderaan di jalan besar sana. Najwa yang sedang mencari idea dari buku rujukan miliknya jadi hilang fokus. Dia mengerling Razif.

"Er.. Razif, " panggil Najwa.

"Yes? "

"Aku nak minta maaf pasal hal haritu. Aku betul-betul tak sangka Nadwir akan buat macam tu. "

"It's okay, " jawab Razif tenang. Lelaki awal 20-an itu cuma tersenyum nipis kepada Najwa, menampakkan lekuk lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Biar betul? Serius kau okay? " Najwa terus menutup bukunya lalu memandang Razif yang kelihatan tenang saja.

"Of course. Kalau dah abang kau tak suka aku, buat apa aku nak rumitkan keadaan? Ada nanti aku pulak masuk hospital sebab kena belasah, " sempat Razif bergurau.

Najwa ketawa kecil. Ya, memang awal dulu Nadwir kurang berkenan dengan Razif. Iyalah, nama Razif saja sudah buat orang jadi segan. Syed Muhammad Razif Al Aydrus. Persoalannya kini, patut atau tidak dia memberitahu Razif hal sebenar?

"Actually, Razif. Aku ada something nak cakap kat kau. "

"Something? Sounds interesting. Cakaplah, "

"Sebenarnya, haritu Nadwir cuma bergu.. "

"Najwa, aku kena gerak dulu ni. Ada hal. " potong Razif.

Lelaki itu terus bangkit lalu membetulkan kemeja-T Tom Tailor yang tersarung di tubuhnya. Beg sandang diambil lalu diletak di bahu.

"Pergi dulu, "

Najwa hanya mampu mengangguk melihat Razif yang berlalu pergi. Kelibat Razif kemudian hilang di sebalik lautan manusia yang lalu-lalang di sekitar kawasan kafetaria universiti itu.

"Melepas lagi lah aku nampaknya,"

***

"So, how? " soal Nadwir.

Cawan putih berisi kopi hitam pekat itu diambil lalu dibawa mulut. Dia menyisip kopi itu. Nadwir sememangnya kurang menggemari kopi yang manis. Dia lebih suka yang pahit.

"No improvement at all. Hati dia keras macam batu! Tak lut langsung! " keluh wanita berbaju blouse ungu lembut itu yang sedang duduk setentang dengan Nadwir.

Wanita itu kemudian merengus kecil lalu menyisip caramel latte. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya.

"You know what, I think I want to quit. You can find someone else to do this job. I don't want to risk my carrier, Mr. Nadwir. " luahnya.

"Then, You have to give me back the whole money that I gave you. " Nadwir senyum sinis.

"For your information, Mr. Nadwir, duit tu sikit pun tak luak. So, You don't have to worry so much since I will give back the money in with the full amount. " jamin wanita itu.

"Good, but I still want You to do this job. I promise that You'll get double payment if You do this job. " janji Nadwir.

"This is not about money, Mr. Nadwir. You tak kesian ke dengan dorang? You as a brother, want to wreck your own sister's marriage? I really can't believe this. "

"Well, Cik Nisa. You should think it wisely. Kalau You tolak tawaran I, I really sure that You're the one who going to regret it. I pasti You mesti tengah cari duit untuk bayar bil hospital mak You kan? " teka Nadwir. Dia tersenyum sinis.

Anisa mengeluh perlahan. Dia sudah terjerat. Benar, dia memang memerlukan duit untuk bil perubatan ibunya. Namun, perlukah dengan cara menghancurkan rumah tangga orang lain?

"So, You still want to quit? " soal Nadwir.

Anisa angkat wajah memandang mata pincing Nadwir. Mahu tak mahu dia terpaksa tanggung risikonya.

"I akan buat, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience