Bab 33

Romance Completed 57827

Nadia membuang pandangan jauh ke panorama bandar Damansara ini. Dia yang sedang duduk di beranda rumah hanya bertemankan kardigan nipis.

"Nad, dah nak maghrib ni. Masuklah, tak elok kat luar tu. "

Nadia menoleh. Dia tersenyum nipis. Biarpun dia keseorangan tanpa Naqib, namun Kak Asma masih setia menemani. Penat otaknya memproses segala maklumat, petua dan pantang larang yang diucap Kak Asma. Terlalu banyak!

"Sekejap lagi, Nad nak ambil angin sikit. "

"Nad, dah lama sangat Nadia kat luar tu. Tak elok untuk baby, "

Dengar saja perkataan 'baby' keluar dari mulut Kak Asma, Nadia mahu tak mahu terpaksa juga mengalah.

Dia bangkit dari buaian kecil di balkoni rumah lalu berjalan masuk ke ruang tamu. Kelihatan Kak Asma sedang menggaul sesuatu di dalam periuk.

"Kak Asma masak apa tu? "

Nadia kemudian membawa langkah untuk duduk di sofa. Tidak larat mahu berdiri lama-lama. Sejak kebelakangan ini, kualiti tenaganya makin berkurang. Ya lah, pembawakan budak bak kata Mama.

"Akak masak gulai. Nak masak pedas-pedas tak boleh. Kesian nanti baby, " Kak Asma tersenyum sambil menggaul.

"Nad nak bagi nama anak nanti apa? " soal Kak Asma.

"Eh, awal lagi lah, Kak. Baru dua bulan lebih, " bidas Nadia.

"Dua bulan lebih pun kena fikir juga. Sampai bila asyik nak panggil baby je? Akak nak lah juga panggil baby Nadia tu Mardiah ke Nadirah ke, " seloroh Kak Asma.

"Jantina pun tak tahu lagi, akak. Macam mana nak bagi nama? "

"Alah, fikir aje dua-dua. Apa susah, bagi je nama yang sesuai untuk lelaki dengan perempuan. Macam Fitri ke? Syakirin ke? " cadang Kak Asma.

Wah, bagus juga kalau dipanggil Fitri. Tapi, itukan nama Fitri? Nanti dikata pula aku ni ciplak nama dia pula buat nama anak.

"Tak apa lah, Akak. Kalau pasal nama ni, saya nak bincang dengan Naqib. Mungkin dia ada nama yang lagi bagus? "

"Hmm, suka hati Nadia lah. Jom makan, akak dah siap masak ni. "

"Jom! "

***

"Naqib! "

Naqib yang sedang berjalan terus terhenti langkahnya. Dahinya berkerut memandang Anisa.

"Ya? Ada apa? "

"Malam nanti You free tak? I nak ajak You dinner kalau You nak, "

Naqib terus garu kepala yang tidak gatal. Aduh, kalau tak pergi nanti Anisa terasa. Kalau pergi, nanti Nadia pula double triple terasa. Ah, dia tersepit!

"I'm not sure about that ....."

"But, please? " pinta Anisa.

"I tak ada kawan pun nak teman I makan tiap malam, You know? I selalu makan sorang-sorang. Can you please company me this night? "

"Er.... "

"Malam ni aje. I promise, "

Makin tak keruan Naqib dibuatnya. Anisa tampak begitu bersungguh-sungguh. Pun begitu, bagaimana Nadia di rumah?

"So, how? Could you make it? " soal Anisa.

"Er.... "

***

Nadia mengetap gigi. Dia mengenggam penumbuk. Dahinya berkerut menahan marah.

"Nad, kau okay? "

Mujur saja dia meminta Atirah menemaninya sementelah Kak Asma perlu menjaga anak-anaknya di rumah. Fikirnya Naqib akan pulang awal hari ini. Hari ini ian hari Jumaat. Kebiasaannya, Naqib akan pulang awal . Tetapi tidak malam ini. Baru saja tadi Naqib menelefon. Lelaki itu mengatakan bahawa dia perlu makan malam bersama Anisa. Dengar saja nama Anisa, berdesing terus telinga. Siapa yang janji haritu tak mahu sebut nama Anisa?

"Aku okay, " jawab Nadia.

Puas dia menenangkan diri. Mengingatkan diri sendiri agar jangan terlau beremosi. Itulah nasihat doktor, emosi perlu stabil.

"Tapi, nampak tak okay. Naqib kata apa? "

"Nothing, " Nadia senyum menayang gigi.

"You're lying, Nadia. I saw it just now. Tell me, what's wrong? "

Nadia tidak mampu mengawal perasaan. Akhirnya air mata yang dari tadi ditahan gugur juga. Seraya itu Atirah terus memeluknya.

"Calm down, I'm here. " Atirah mengusap belakang Nadia.

"Aku tak kuat, Ati. Aku tak kuat, "

"Jangan cakap macam tu. Kau ada aku, ada Fit. Kami akan selalu tolong kau. "

"Aku selalu pujuk hati aku untuk terima Naqib seadanya. Tapi kali ni aku tak mampu, Ati. " Nadia menangis teresak-esak.

"Kau kena tabah. Ini ujian, Nad. Ujian untuk kukuhkan hubungan kau dan Naqib. Jangan cakap macam tu, tak baik. "

"Tapi, aku dah tak tahan, Ati. Sejak sebulan ni, dia asyik-asyik balik lewat. Imran selalu kata Naqib hari-hari balik awal. Tapi, mana dia, Ati? "

"Dia curang dengan aku, Ati. " raung Nadia.

"Nad, sabar. Jangan ikutkan emosi. Think about your baby. Kalau Naqib curang sekalipun, jangan biar anak kau terabai. "

Nadia memejam matanya yang terasa pedih .

Ya Allah,

Bantu aku hadapi ujian-Mu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience