Bab 47

Romance Completed 57621

Nadia memandang sekeliling. Orang ramai sudah memenuhi ruang masjid ini namun kelibat Saiful langsung tak kelihatan.

"Don't worry, Saiful will come. " pujuk Atirah.

Nadia senyum nipis. Saiful sudah lambat tiga puluh minit. Ke mana perginya lelaki itu? Ingat lagikah lelaki itu akan hari penting ini?

Dia memandang sekeliling. Naqib yang dijemput pun tidak hadirkan diri. Kalau tidak... hehehehe. Nadia senyum sendiri.

Iyalah, masakan lelaki itu kuat melihat bekas isteri sendiri nikah di depan mata? Walau apa pun jadi, lelaki itu tetap punya hati dan perasaan.

"Fit, Ati. I don't think Saiful will come, "

"Eh, jangan cakap macam tu. Mungkin tengah stuck dalam trafic jam ke? Kita tak tahu, " pujuk Fitri.

Nadia mengangguk akur. Dia harus bersangka baik juga. Mana lah tahu jikalau Saiful ada sebab tertentu mengapa lelaki itu lambat hadir.

"Eh, dah lewat sangat ni, Encik. Saya nak pergi ke tempat lain pulak, " Tok Kadi yang berpakaian serba putih itu terkejut tatkala melihat jam tangan sendiri.

"Tunggu dulu, Tok. Mungkin pengantin lelaki ada masalah apa-apa ke, kita tak tahu. Boleh Tok tunggu lagi seminit dua? " pujuk Encik Daud.

"Tak boleh, Encik. Saya dah lewat sangat ni. Majlisnya nak mula tak lama lagi, "

"Tapi majlis anak saya? " soal Encik Daud.

"Macam ni lah, saya pergi dulu. Nanti bila pengantin lelakinya dah sanpai, Encik telefon saya. Insha Allah, saya datang. " cadang Tok Kadi itu.

"Hm, ya lah. Kalau Tok dah kata begitu, "

Encik Daud kemudian bangkit dari duduknya untuk mengiringi Tok Kadi dan pembantunya keluar. Lelaki separuh abad itu mengeluh perlahan.

Telefon Nadia tiba-tiba berdering. Dahinya berkerut tatkala terlihat nama Saiful terpapar di skrin. Panggilan diangkat.

"Saiful, where are you? Everyone are waiting for you here, "

Mahu saja dia mengamuk di sini. Sepatutnya dari awal lagi lelaki itu menelefonnya jika berlaku sebarang masalah.

"Nad, I'm sorry. Saya tak boleh kahwin dengan awak. Saya tak boleh tipu diri saya. Assalamualikum, "

Panggilan ditamatkan begitu saja. Nadia terkesima. Dia memandang Fitri dan Atirah di sampingnya.

"Kenapa? " soal Fitri. Dia nampak riak wajah Nadia berubah.

"Saiful... " Air mata Nadia mula mengalir.

"Hah? " Atirah tercengang.

"Panggil Mama, Ati. " arah Fitri.

Atirah hanya mengangguk. Gadis itu menghampiri Puan Masyitah yang sedang berbual bersama ibu saudara Nadia.

"Mama, Nad. "

"Kenapa dengan Nad? " soal Puan Masyitah risau.

Atirah angkat bahu. Terus Puan Masyitah mengikuti langkah gadis itu ke tempat Nadia duduk tak jauh dari tempat sepatutnya pengantin lelaki duduk.

"Nad, " panggil Puan Masyitah.

"Ma...! " Nadia terus memeluk erat ibunya dengan air mata yang mengalir.

"Kenapa ni, sayang? Kenapa? " soal Puan Masyitah sambil mengusap belakang anaknya.

"Saiful.. "

"Saiful kenapa? " soal Fitri.

"Dia takkan datang. Dia kata dia tak nak kahwin dengan Nad, "

"Ya Allah, "

***

"Ada apa nak jumpa aku ni? " soal Atirah sambil menyilang kedua tangan. Lagaknya semacam mahu marah saja.

"Listen to me first, "

"What should I listen to you? Kau tak kasihankan Nadia ke? Sampai hati kau buat dia macam tu. Aku tak sangka kau macam ni, " luah Atirah kesal.

Kalau benar pun tak mahu berkahwin dengan Nadia, sekurangnya beritahulah awal-awal. Tidaklah memalukan keluarga Nadia. Ikut hatinya ini, mahu saja dia menghentam lelaki ini.

"Aku.. aku ada sebab aku sendiri. " bidas Saiful.

"Sebab? Sebab apa? "

"Aku tak boleh tipu diri aku. Aku tak boleh tipu hati aku, Ati. "

"What do you mean? "

"Aku tahu kau suka aku. Sejak dari awal lagi. Aku ingat itu cuma firasat aku. Tapi bila aku tengok kau menangis masa aku bagi kad haritu, aku sedar. Aku sedar yang ada orang boleh sayang aku jauh lebih baik dari Nad. "

"Aku sendiri nampak yang Nad tu masih sayang dekat Naqib macam mana Naqib masih sayang dekat dia. "

"Kau... kau tahu? " soal Atirah tidak percaya.

Jadi, selama ini lelaki ini tahu tentang perasaannya? Ah, malunya!

"Ati, "

"Hm? "

"Kahwin dengan aku, please? "

***

"Nad, Nad kemas-kemas ni nak pergi mana? " soal Puan Masyitah lalu melangkah masuk menghampiri Nadia yang sedang ligat mengemas pakaian.

"Nad nak pergi bercuti. Tenangkan diri, "

"Hmm, baguslah. Bila nak pergi ni? "

"Esok, "

"Esok? Cepatnya? "

"Nad nak release tension. Nad dah bagitahu Puan Rahimah yang Nad nak guna cuti ni untuk pergi bercuti. "

"Hm, bagus lah tu. Lagipun tak elok lah kalau Nad asyik fikir sangat pasal hal ni. "

"Nad bawa Nazifah sekali? "

Nadia menggeleng. Dia senyum nipis.

"Mama tolong jaga Nazifah untuk Nadia, boleh? " pinta Nadia.

"Boleh, sayang. Nanti jaga diri elok-elok tau, makan minum jaga. Jangan tinggal solat, rajin berzikir. Hm? " pesan Puan Masyitah.

"Baik, Ma. "

"Sini, Mama nak peluk. "

Puan Masyitah lantas memeluk anak perempuannya itu. Belakangnya diusap lembut. Moga hilang segala gundah anaknya itu. Dia sendiri pun tak mampu menanggung beban seperti yang anaknya tanggung kini.

"Mama tahu Nad kuat, "

Nadia mengangguk. Air mata dibiar saja mengalir. Puan Masyitah dipeluk erat. Wanita ini sajalah yang mampu menenangkan dirinya tatkala dia bergundah.

Aku kuat.

Ya, aku kuat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience