Bab 41

Romance Completed 57827

EMPAT TAHUN KEMUDIAN.

"Ibu! "

"Ibu! "

Nadia yang sedang memasak di dapur pantas menoleh. Dia tersenyum ke arah Nazifah yang sedang menarik tangan Hana.

"Ibu, ibu. " panggil Nazifah.

"Ya? "

"Nazifah nak ikut Kak Hana dengan Uncle Nadwir pergi sekolah, boleh? " pinta Nazifah.

Hana yang lengkap berseragam sekolah dipandang. Sudah tentu anaknya itu bosan di rumah. Ya lah, tidak buat apa-apa. Keluar pun hanya jika ada orang yang mahu membawanya keluar.

"Tanya Uncle Nadwir dulu, "

"Dah, Uncle kata boleh kalau Ibu kata boleh. "

Nadia ketap bibir. Aish, abangnya ini. Suka benar memberi ayat perangkap begitu kepada Nazifah.

"Hmm, kalau Ibu bagi Nazifah pergi, boleh tak janji dengan Ibu jangan nakal? "

Nazifah mengangguk laju.

"Janji! "

"Laju je dia eh? "

"Nad jangan risau. Nanti akak tengok-tengokkan dia, " jamin Rahayu.

"Eh, akak. Akak ikut sekali? "

"Ha'ah. Sebab lepas Hana habis orientasi, abang Nadwir kata nak pergi beli barang. Alang-alang bawak lah Nazifah jalan-jalan sekali sekala, "

"Dia pun lama tak keluar jalan-jalan, "

"Oh, Nad. "

"Ya? "

"Petang ni Najwa dengan Razif nak balik sini. Dia orang bagitahu Mama pagi tadi. "

Nadia senyum. Dia mengangguk faham. Alhamdulillah, Najwa dan Razif selamat disatukan dalam satu majlis ijab kabul yang amat ringkas. Najwa kini jarang pulang ke rumah keluarga Nadia memandangkan dia sudah menjadi kegemaran keluarga mertuanya.

"Nad ada buat apa-apa tak petang ni? " soal Rahayu.

"Tak ada, kenapa? "

"Akak nak ajak pergi shopping lah, "

"Boleh, akak. "

***

Telefon yang dari tadi berdering minta diangkat dikeluarkan dari dalam saku seluar slack rona khaki yang dipakai. Skrin telefon dilekapkan pada telinga.

"Wa'alaikumussalam, "

"Mana kereta kau ni? Tak nampak pun, "

"Dari tadi on the way, bila nak sampai? Dah lama sangat aku tunggu ni, "

Pin! Pin!

Dia mengalihkan pandangan ke arah bunyi hon yang kuat itu. Seraya itu dia tersenyum lebar.

"Lama tak jumpa! "

"Eleh, lama tak jumpa konon. On the phone kau marah-marah aku, " lelaki yang duduk di tempat duduk pemandu itu mencebik.

"Sorry lah, Im. Dah dua jam aku tunggu kau. Memanglah marah, "

"Masuklah, " ajak Imran.

"Beg aku? "

"Ish, " Imran mendengus.

Imran mengundurkan tempat duduknya lalu menarik picu di sebelah kanan bahagian bawah untuk membuka bonet kereta.

"Dah, "

Lelaki itu senyum lebar lalu membawa beg bagasi masuk ke dalam bonet kereta Imran. Seraya itu dia membuka pintu kereta sebelah tempat duduk pemandu.

"Jom, " Imran menukar gear lalu menekan pedal minyak.

Imran mengerling sekilas ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

"Naqib, "

"Hm, "

"Kau balik sini ni, Mummy dengan Abah kau tahu tak? " soal Imran.

"Mestilah tak. Aku nak buat suprise, " seloroh Naqib.

"Dah dua tahun kau kat UK, lain dah rupa kau. Tadi pun sikit lagi aku tak dapat cam kau. "

"Kau puji ke kau perli tu? "

"Anggap je aku puji, " Imran sengih.

"So, kau mimpi apa tiba-tiba nak balik Malaysia? Selalu masa raya je, "

Naqib pantas menoleh memandang Imran. Dahinya berkerut dengan wajah tidak puas hati.

"Salahkah aku balik? "

"Eh, tak. Tak salah. Aku tanya je. "

"Kau betul nak tahu? " soal Naqib.

"Mestilah. Kau cakap cepat, kalau tak aku tinggal kau tepi jalan. " ugut Imran.

"Eleh, konon. "

"Cepat cakap, "

Naqib senyum lebar.

"Aku nak jumpa Nad dengan Nazifah, "

Pantas Imran mengalihkan pandangan memandang Naqib. Matanya terbeliak besar.

"Serius lah?! "

***

"Ibu, Ibu, Ibu. "

"Ya, Sayang? Nak apa? "

Nadia mengelap titisan peluh yang mula memunculkan diri di tepi dahi. Dia yang tidak ada penyakit sesak nafas pun boleh ada penyakit sesak nafas kerana Nazifah yang lincah ini.

Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Hingga Nadia sendiri pun mahu tercabut kaki mengejar. Mujur anak kecil itu sudah menginjak usia empat tahun.

Jika dahulu ketika Nazifah baru belajar berjalan.. fuh.. Fitri pun jadi kurus akibat mengejar Nazifah ke sana sini. Sudah semacam atlet ragamnya.

Sekejap sekejap, ibu.
Sekejap sekejap, ibu.
Kenapa bukan Abah?
Oh, lupa. Anak kecil itu tiada seorang ayah di sampingnya.

"Ibu, ibu, "

"Ya? Nak apa? "

"Nazifah nak ais krim tu, "

Comel saja anak kecil itu menjuih bibir ke arah satu figura lelaki yang sedang mengeluarkan beberapa pek ais krim dari dalam kotak besi di bahagian belakang motosikal.

"Nazifah, tak elok budak kecil asyik makan ais krim. Nanti gigi rongak macam Kak Hana, tak cantik. Nanti tak ada siapa nak kawan Nazifah. "

Nazifah terus terdiam. Dia memandang wajah ibunya dalam-dalam.

"Betul ke, Ibu? "

Nadia mengangguk.

"Tapi, Uncle Saiful selalu belikan Nazifah ais krim orange. Nazifah nak ais krim orange, "

Nadia ketap bibir. Aish, Saiful ni!
Sudah berbuih mulutnya menasihati tiga orang sahabat baiknya yang bertuah itu. Pun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Atirah jadi tukang seludup mainan, pensel warna dan colouring book. Fitri pula tukang seludup getah rambut fancy, sepit rambut blink blink dan baju-baju feminin. Saiful pun tak ketinggilan sama. Lelaki itu jadi tukang seludup makanan dan minuman manis dan jelas-jelas mereka bertiga terlampau memanjakan Nazifah!

Dia faham jika Fitri tidak mempunyai anak perempuan. Dia juga faham kalau Saiful dan Atirah masih belum berkahwin. Kot iya pun tak perlu sampai jadikan anak dia mangsa! Dia tak mahu anaknya ada kencing manis, asyik dalam dunia fantasi dan bergigi rongak. Tak mahu!

"Tu Uncle Saiful, ni Ibu. "

"Ala... nak ais krim orange, " rengek Nazifah.

"Jom, Ibu. Jom! "

Banyak pula kudrat Nazifah menarik Nadia ke arah lelaki di motosikal ais krim itu. Tersengih-sengih anak kecil itu tatkala ditegur oleh lelaki penjual ais krim itu.

"Adik comel ni nak ais kirim apa? "

"Oh! Oh! Nazifah nak ais krim orange. Ada tak, Pak Cik? "

Nadia garu leher. Waduh, waduh. Terlebih vitamin C nanti anak aku ni!

"Nah, adik. " lelaki itu menghulur satu pek ais krim oren yang sudah dibuka pembungkusannya.

"Terima kasih, Pak Cik! "

"Sama-sama, "

"Er, bang. Saya pun nak ais krim oren jugak. "

Mata Nadia terus terbeliak. Pantas dia menoleh ke kanan.

"Naqib? "

Lelaki itu juga turut sama menoleh. Juga dengan wajah terkejut.

"Nadia? "

---------------------

Hye guys!

So, saya ingat nak end-kan story ni sebab.. adalah sebabnya... hehehe...

My question is... korang nak ending yang macam mana?

Give your answers through the comment!

From,

Zhw.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience