Bab 3

Romance Completed 57621

Entah mengapa,

Entah kenapa,

Entah bagaimana,

Mengapa hari ini hari Isnin?

Ah, sungguh dia tidak menyukai hari Isnin. Sebabnya? Dia juga tidak pasti.

Nadia dari tadi asyik menguap. Selesai mandi, menguap. Menyeterika pakaian, menguap. Turun tangga, menguap. Sarapan, menguap. Segala yang dibuat, pasti diselit dengan menguap.

"Ai, mengantuk benar kamu ni Nadia? " tegur Encik Daud.

"Biasalah tu. Hari ni kan hari Isnin. " celah Najwa yang sedang menyuap nasi goreng buatan Puan Masyitah.

Nadia yang sedang melilit kain shawl di kepala sengaja buat-buat tidak mendengar. Perli aku lah tu!

Encik Daud mengerling sekilas jam di dinding.

"Dah lambat ni, "

"Abang, nanti Abang balik pukul berapa? " soal Puan Masyitah.

"Sekejap je tu kat KWSP tu. Mungkin tengah hari balik kut, " ujar Encik Daud.

"Kalau macam tu, okaylah. "

Awal tahun ini Encik Daud baru bersara wajib dari bekerja sebagai seorang pensyarah. Jadi, selalu lah dia keluar untuk mengurus segala urusan persaraannya.

"Najwa pergi universiti ni, siapa hantar? " soal Encik Daud yang sedang menyarungkan kasut.

"Nadia, "

Automatik dahi Encik Daud berkerut. Biar betul?

"Nadia, dah sarapan ke? " soal Encik Daud kepada Nadia.

"Dah, Nadia sarapan awal lagi. "

"Papa gerak dulu. Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam, "

"Dah pukul 6.30 ni. Tak gerak lagi, Nadia? " soal Puan Masyitah.

"Tunggu tu haa.. Puteri Gunung Tendang tu, "

Najwa mencebik.

"Cepat, Najwa. Nanti lambat. " pesan Puan Masyitah.

"Jap, Najwa cuci pinggan dulu. "

"Aku tungggu dalam kereta eh? "

Najwa sekadar mengangguk. Nadia kemudian membuka pintu rumah. Dia mula mengangkut beg-beg berisi dokumen. Ah, beratnya!

"Selamat pagi, " tiba-tiba kepala Naqib terjegul di pagar pengantara rumah keluarga Nadia dan rumah keluarga Naqib.

"Wa'alaikumussalam, " perli Nadia. Dia senyum sinis.

"Oh, main kasar eh kau? "

Nadia buat tak tahu. Kemudian dia menghidupkan enjin kereta Perodua Axia kuning kepunyaannya.

"Nad, "

Nadia mengetap bibir. Dia cuba sedaya upaya untuk mengendahkan panggilan lelaki itu.

"Nad, "

Makin tidak dilayan, makin meleret pula suaranya seakan merengek. Nadia merengus geram. Dia langsung tidak berkenan dengan sikap lelaki itu. Macam penganggur terhormat. Entah kenapa, tiap kali lelaki itu menyebut namanya, Nadia bunyinya jadi pelik. Dia tak suka!

"Kau ni kenapa hah? Jangan sebut-sebut nama aku boleh tak? Nad, Nad. Apa masalah kau ni? " marah Nadia.

Naqib tahan ketawa. Entah kenapa dia suka mengusik gadis itu. Melihat wajah gadis itu yang cemberut memang mampu menghiburkan hatinya.

"Biarlah. Biar special and exclusive sikit. "

"Exclusive kepala otak kau, " desis Nadia.

Naqib terpanar seketika. Kepala otak aku kau kata?

"Kau ni kerja apa sebenarnya sampai banyak beg-beg isi kertas tu? " soal Naqib.

Dia juga ingin tahu. Setiap pagi jika dia ingin keluar berjoging pasti dia akan terlihat gadis itu mengangkut dua tiga beg yang pastinya terkandung kertas.

"Kerja kerajaan, " jawab Nadia ringkas.

"Oh, kerja kerajaan? Kementerian mana? " soal Naqib lagi.

Nadia memejam mata kemudian mengetap bibir. Busy body betul!

"Kementerian pendidikan, "

"Oh, gitu? Awalnya kau nak gerak? Mesti nanti jammed kan? " teka Naqib.

"Nadia cikgu lah! " tiba-tiba kedengaran suara Najwa yang sedang memakai kasut sarung di muka pintu melaung.

Naqib senyum nakal. Oh, cikgu?

"Wah, Cikgu Nadia? "

"Diam lah! " marah Nadia.

Nadia merengus geram. Lelaki ini sungguh tidak faham bahasa. Suara lelaki itu sungguh menjengkelkan! Orang lain kalau menyebut namanya sedap saja bunyinya. Tapi kalau Naqib, bunyinya macam 'nut'!

"Najwa, cepat! "

"Haa, okay okay. " Najwa terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta.

Naqib sempat melambai kecil ke arah Nadia tatkala kereta Axia kuning itu mula keluar dari garaj rumah keluarga Nadia. Nadia kelihatan mencebik.

"Naqib cakap apa kat kau? " soal Najwa.

"Diam! "

Najwa kemam bibir. Alamak, ada gunung berapi hampir meletus!

***

Nadia mengeluh perlahan. Bonet kereta dibuka. Beg-beg woven berisi dokumen dikeluarkan satu persatu.

"Morning, Ustazah Nad! "

Nadia menoleh. Serta-merta ada senyuman terbit.

"Akmal? Awalnya awak sampai? "

"Come on, Ustazah. Hari ni hari Isnin. Mesti lah kena datang awal. Tengok, saya siap pakai tie lagi, " Akmal menayang-nayang tali leher hijau tua di kolar bajunya dengan wajah bangga.

"Bagus. Ini yang kita nak. Now, tolong bawak beg ni semua pergi bilik guru. "

"Alah... "

"Nak tolong ke tak? " giat Nadia.

"Ya lah, saya tolong. "

Akmal kemudian mengangkat dua beg woven lalu mula melangkah.

"Beratnya ! Batu ke ni? " soal Akmal. Sesekali dia mendengus kerana kepenatan.

"Tu semua kertas soalan exam. "

"Wah, exam? Soalan bocor! " sorak Akmal.

"Tu bukan sains. Ustazah buat paper chemistry untuk form five. " tegah Nadia.

"Alah... baru nak minta soalan bocor. " Akmal mengeluh kemudian meletakkan beg-beg woven itu di sisi meja Nadia.

"Bahasa Arab tingkatan tiga siapa yang buat? " soal Akmal.

"Ustazah Fitri yang buat, " jawab Nadia.

Mata Akmal membulat.

"Habislah ! "

Nadia ketawa kecil. Ada-ada je.

"Banyaklah awak. Dah, pergi dewan cepat. " arah Nadia.

"Ya, jumpa Ustazah dalam kelas nanti! "

"Cepat! "

"Nad? "

Nadia berpaling. Dia senyum menayang gigi.

"Awalnya kau datang? " soal lelaki segak berbaju kemeja biru laut itu.

"Mestilah, harini AJK peperiksaan nak kertas exam chemistry. Nak stapler pastu nak susun ikut kelas. " terang Nadia.

Saiful mengangguk faham.

"Kau tak pergi perhimpunan? " soal Nadia.

"Pergi. Minggu ni aku bertugas. Kena bagi ucapan. "

"Wuu... good luck! Aku pergi bawah dulu. Nak ambil attendance students aku. "

Saiful mengangguk. Dia sekadar melihat gadis itu berjalan keluar dari bilik guru.

Nadia Maisera,

Bila agaknya kau akan melihat keikhlasan hati aku?

***

Naqib dari tadi sibuk mengelap motosikal kawasaki Z800 kepunyaannya sambil bernyanyi kecil.

"Naqib, buat apa tu? "

Naqib berpaling.

"Eh, Mummy. Tengah lap motor ni haa. "

"Em, Naqib. Mummy ada something nak discuss ni, "

"Discuss? Pasal apa? "

"Ada anak kawan Mummy ni baru balik dari oversea... "

Naqib mengeluh. Ah, pasal ni lagi ke?

"So Mummy nak Naqib jumpa dia? Kenal kenal? "

"Haa, pandai pun! "

"Pukul berapa? Kat mana? " soal Naqib.

"Bagus anak Mummy ni. Nanti Mummy whatsapp semua details. Jangan lupa pakai kemas-kemas. "

Puan Faiza kemudian masuk ke dalam rumah sambil bersenandung.

Naqib mengeluh perlahan lalu menggeleng kepala.

"Apalah nasib aku ni? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience