Bab 24

Romance Completed 57827

"Sejuk tak? "

"Nak tambah selimut? "

"Ke nak tutup air cond? "

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Nadia sambil tangan wanita itu mengelap dahi Naqib dengan tuala basah. Lelaki itu semalaman bergelut kesejukan.

Naqib sekadar menggeleng lemah. Mahu senyum pun tak mampu. Wajahnya pucat lesi tidak bermaya. Bibir seakan hilang warna merahnya.

Alangkah terkejutnya Nadia tatkala ketika dia ingin mengejut Naqib bangun untuk solat Subuh berjemaah, suhu badan lelaki itu naik mendadak. Sekujur tubuh menggigil melawan kesejukan yang mencengkam.

"Jangan tutup, nanti awak panas. " tegah Naqib.

Nadia mengeluh kecil. Wajah lelaki itu dipandang dalam-dalam. Sweater dan stokin sudah dipakai. Selimut jangan dikata lah, sudah tiga lapis. Pun begitu masih juga Naqib menggigil.

"Awak ni, saya panas peluh berbaldi pun tak apa. Asalkan awak tak demam lagi dah. "

Lelaki itu cuba senyum. Namun masih tampak lemah.

"Sayangnya Nadia dekat Naqib ni eh? "

Nadia mencebik. Tak padan dengan demam. Sudah dinasihatkan jangan diving terlalu lama sangat, tak mahu dengar. Lelaki itu tetap degil. Lihatlah sekarang, terbaring di atas katil menahan kesejukan.

Mahu dikata padan muka, macam jahat sangat. Mahu simpati, macam kena aje dengan balasannya. Aduh, bingung!

"Mestilah. Awak kan suami saya. Takkan nak biar je? Lepas ni kita pergi klinik eh? Saya pinjam kereta Husna. "

Lelaki itu menggeleng lemah.

"Tak nak, "

Nadia mengeluh kecil.

"Awak ni, macam mana demam nak kebah kalau tak nak pergi klinik? I don't care. Lepas ni, pergi mandi. Then kita pergi klinik. " tegas Nadia.

"Nad, "

Baru saja Nadia ingin bangkit, Naqib meraih tangannya. Boleh terasa sejuknya tangan Naqib kerana lelaki itu menggenggam kuat tangan Nadia.

"Kenapa ni? "

Nadia tidak jadi bangun. Dia duduk semula. Wajah suaminya ditatap dalam-dalam.

"If one day I lose you, I'll going to regret it so much. " ucap Naqib.

"Naqib, jangan macam ni. Don't make me scared. Saya jadi risau. "

Naqib senyum nipis.

"You better go take a bath. Then, kita pergi klinik. Okay? " pujuk Nadia.

Naqib mengangguk lemah.

"Good,"

***

"Lepas demam dia kebah ni, baik kau pergi balik sana. Aku bukan nak halau. Tapi, apa-apa tak adalah susah kau nak cari kereta teksi apa semua. " cadang Husna.

Nadia tidak menjawab. Sebaliknya dia memandang Naqib yang sedang lena setelah diberi ubat tadi. Alhamdulillah, suhu badannya turun.

"Thanks tau Hus, bagi aku pinjam kereta. Kalau kau tak ada dekat sini, rasanya terkapai lah aku dengan Naqib. "

"It's okay. Lagipun, kita kan cousin? Tak salah bantu satu sama lain kan? "

Nadia mengangguk setuju. Husna Erina, sepupu Nadia yang menetap di negeri di bawah bayu ini bersama suaminya. Walaupun terpisah ke seberang Laut China Selatan, mereka tetap rapat.

"Mirza mana? " soal Nadia. Matanya melilau sekeliling mencari figura suami Husna itu.

"Dia ada hal sikit. Petang nanti balik lah tu. "

"Oo.. "

"Abang Nadwir masih marah ke dengan Naqib ni? " soal Husna.

Nadia mengangguk.

"Entah apa salah Naqib dekat dia. Bukannya dia yang kahwin dengan Naqib. Aku yang kahwin dengan Naqib, aku tahu lah nak settle sendiri. Ini dia pula yang lebih-lebih sampai nak belasah Naqib haritu. " omel Nadia.

"Macam kau tak tahu Abang Nadwir tu macam mana, Nad. Kalau sekali dia tak berkenan, sampai bila pun takkan. " ujar Husna menyokong kenyataan Nadia.

"Aku tak faham betul dengan Nadwir tu. Dari awal aku kahwin lagi, asyik-asyik nak sibuk hal rumah tangga aku. Semua benda nak lebih-lebih, nak besar-besarkan walaupun hal kecil. "

"Dia abang sulung, Nad. Tanggungjawab dia besar. Dia kena jaga kau dengan Najwa sebaiknya. Dia harapan Mama dan Papa kau, Nad. Aku faham sebab aku pun anak sulung. "

Nadia menunduk. Dia mengerti andai apa yang Nadwir lakukan selama ini adalah untuk kebaikan mereka adik-beradik juga. Dia tidak boleh penting diri. Namun begitu Nadwir tetap melampau.

"Eh, aku dah lewat ni nak pergi jumpa kawan. Pergi dulu eh? Hawa ada beli barang dapur tadi. Kalau lapar, masaklah. "

Nadia mengangguk.

"Elok-elok drive, "

"Hm, assalamualikum. "

"Wa'alaikumussalam, "

***

Razif dari tadi menunduk memandang meja. Tangan di peha digosok-gosok pada seluar slack yang dipakai. Harapnya segala kebimbangan akan beransur hilang.

Niatnya hanya untuk mengenakan Najwa yang minggu lepas meletakkan lada hitam ke dalam minumannya dek marah kerana Razif sebelum itu sengaja menumpahkan air ke atas buku Najwa. Lain pula yang jadi tatkala ketika dia ingin menegur Najwa di kafetaria, muncul pula abang Najwa.

Dia tarik balik kata-katanya. Najwa memang tak sesuai dijadikan teman wanita sesiapa pun. Hati batu! Digertak bagaimana sekalipun tetap kental. Sudahnya Razif sendiri makan hati.

Sesi sindir-menyindir yang sepatutnya berjalan lancar, bertukar menjadi sesi soal siasat yang serius. Dia kini bagai seorang pesalah yang sedang dibicarakan.

"Lama ke kau kenal Najwa? " soal Nadwir setelah lama mendiamkan diri.

Razif yang sedang menghirup teh ais limau terus tersedak. Adeh, ais seketul masuk ke dalam tekak. Perit!

"Dah.. dah lama, Bang. "

"Sejak bila? " suara tegas Nadwir sekali lagi menyoal.

"Sejak first semester lagi. Saya dengan Najwa satu batch, " Razif sengih.

Nadwir sekadar mengangguk. Lelaki itu kemudian menyisip sirap bandung dari dalam gelas.

"Kalau Najwa dah ada boyfriend, kau nak buat apa? " soal Nadwir, sengaja menduga Razif.

Spontan mata Razif terbeliak besar lalu memandang Najwa. Najwa sekadar mengetap bibir. Mungkin gadis itu juga mati akal.

"Er.. kalau Najwa dah ada boyfriend, takkan lah saya nak kacau daun? Mestilah cari yang lain. " jawab Razif takut-takut.

Nadwir tiba-tiba menjeling tajam ke arahnya. Terus Razif menelan air liur lalu menunduk kembali.

Menyesalnya cakap!

"Cari orang lain eh? " giat Nadwir.

Razif tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menundukkan kepala dan mendengar.

"Apa kau nak buat kalau aku tak bagi kau kawan dengan Najwa? "

"Abang...! " spontan Najwa menyiku Nadwir.

Razif sudah terkejut beruk. Wajahnya jangan dikata. Pucat lesi.

"Macam ni lah, "

Razif mengangkat wajah memandang wajah serius Nadwir. Ini baru abang dia, dah taiko macam ni. Kalau bapak dia nanti macam mana? Silap-silap mati katak aku nanti.

"Kalau kau ikhlas dengan Najwa, apa kata kau stop contact dengan dia. " ujar Nadwir.

Terus Najwa dan Razif memandang Nadwir dengan mata terbeliak.

Nadwir ni dah gila ke apa? getus Najwa.

"Maksudnya? " soal Razif.

"Aku tak nak kau jumpa dia lagi. Kalau jumpa pun, buat-buat tak kenal. Jangan tegur langsung. Kalau aku tahu kau still jumpa atau contact dengan Najwa lagi, siap kau. " ugut Nadwir.

Razif terkedu. Dia tidak menyangka sepantas ini segalanya berlaku. Najwa yang matanya sudah berkaca dipandang sekilas.

"Kita balik sekarang, "

Nadwir kemudian bangkit lalu menarik lengan Najwa agar mengikutinya. Najwa kelihatan masih terpanar. Wajah Razif yang sugul dipandang serba salah.

Maafkan aku, Razif!

"Abang, tunggu! "

"Cepat, Najwa! "

"Abang..! "

Razif tak mampu menghalang. Dengan ada pelajar lain yang memandang, dia tak sampai hati ingin membuat drama KL Gangster. Dia dapat susah, Najwa pun dapar susah.

Razif mengeluh panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience