Bab 32

Romance Completed 57621

"Slowly, Sayang. "

Nadia dibawa duduk di atas sofa kemudian Naqib membawa masuk beg pakaian Nadia ke dalam rumah lalu dibawa ke dalam bilik tidur.

"Awak nak apa-apa? " soal Naqib sejurud saja dia keluar dari bilik tidur.

Nadia hanya tersenyum nipis lalu menggeleng.

"Betul ni? "

Kali ini Nadia mengangguk pula.

"Awak tak kerja ke? " soal Nadia.

"Nope, "

Naqib selamba duduk di sebelah Nadia lalu mencapai alat kawalan jauh. TV dihidupkan lalu saluram sedia ada ditukar ke saluran yang menayangkan berita tengah hari.

"Kenapa? "

"Nadia Sayang, saya kan nak jaga awak. Nak jaga baby kita ni. So, saya ambil emergency leave harini. " terang Naqib.

Gatal saja tangan lelaki itu naik mengelus kepala Nadia.

Eh, biarlah!

Bini aku bukan bini kau.

"Saya boleh jaga diri sendiri lah. Awak tak kesian ke dekat Imran? Kesian dia buat kerja sendiri lepas tu asyik-asyik call awak,"

"Biar dia, padan muka. Time saya ada bukan main lagi mengutuk semua idea saya. Time saya tak ada, barulah terhegeh-hegeh nak call. Huh, "

Nadia tahan ketawa. Comel melihat Naqib yang menarik muncung itu. Merajuk dengan Imran lah tu.

"Cik Nisa tak marah ke awak cuti ni? " soal Nadia.

Naqib yang baru saja dirasuk semangat romantik jadi hilang semangat tiba-tiba. Soalan Nadia itu memang wrong place, wrong time.

"Nad, can we stop talking about her? She's the reason we almost lost our child. "

Nadia tiada pilihan lain selain perlu mendiamkan diri. Dia hanya ingin bertanya. Tidak tahu pula Naqib akan jadi marah sebegini.

"Look, from now on, saya tak nak dengar dah awak sebut-sebut nama Nisa. Nanti awak jugak yang stres. Kesian dekat awak, dekat baby. "

"Ya lah, "

Naqib kalau sudah mula membebel, belum tentu tengah hari ini akan habis. Mahu tak mahu segala cakapnya perlu diikuti saja.

"Good girl, "

***

"Abang ada? " soal Najwa.

Kalau tidak kerana amarahnya, memang tak ingin pun dia menjejak kaki ke rumah Nadwir ini. Hari ini dia benar-benar sudah hilang sabar.

"Ada. Kenapa Najwa nak jumpa dia? "

Terbuka saja pintu rumah Nadwir ini, terus terpampang figura Rahayu sedang mendukung Hana yang tertidur.

"Najwa ada sesuatu nak bincang dengan abang, "

"Oh, macam tu. Abang ada kat bilik atas. Pergilah, "

Najwa sekadar menganggukkan kepalanya. Langkahnya disambung untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

Sampai saja di tingkat dua rumah teres semi-d kepunyaan Nadwir ini, terus dia menerpa masuk ke dalam bilik bacaan Nadwir. Di situ lah lelaki itu banyak menghabiskan masanya membuat kerja.

"Eh, Najwa? Tak cakap pun nak datang, "

"Duduklah, "

Najwa mencebik sambil tersenyum sinis. Biar betul abangnya ini?

"Aku tak ada masa nak duduk dalam pejabat kau ni, "

"Kau ni kenapa? Cuba duduk dulu, " ajak Nadwir.

"Macam mana aku boleh duduk lepas apa yang kau dah buat? Abang, kau sedar tak apa kau buat ni? " terjegil biji mata Najwa menahan marah.

Ikut hati aku yang tak berapa nak nurani ni, dah arwah rasanya Nadwir ni aku kerjakan. Nasib kau abang aku. Kalau tak, lunyai dah kau ni.

"Wait wait wait. Buat apa ni? Sedar apa? I don't get it, "

"Buat apa kau tanya? " mata Najwa terbeliak.

Wah, lelaki ini memang syaitan bertopengkan manusia. Dah buat, boleh lupa pula. Hebat! Tak sangka lelaki ini abangnya.

"Ya lah, aku buat apa sampai kau nak angin macam ni? "

"Aku tahu, kau yang plan semua ni kan? "

Riak wajah Nadwir berubah. Hatinya diserang rasa gelisah. Wajah Najwa dipandang. Adakah Najwa sudah mengetahui segala rancangannya?

"Abang jenis apa kau ni Nadwir, sampai nak runtuhkan rumah tangga adik sendiri? Aku tak faham betul lah kau ni, "

"Jap, kau cakap apa ni? Aku tak faham, "

"Oh, tak faham? Kalau aku bagitahu Papa rasanya baru kau nak faham kan? " ugut Najwa.

"Wait wait, okay okay. Memang betul aku yang plan semua ni, tapi yang Nad hampir gugur tu not my fault. "

"Not your fault? Hoi, kau yang plan semua ni kan? Means semua benda buruk yang jadi dekat Nadia ada kaitan dengan kau. "

"Eh, bukan aku yang buat dia jatuh pun! Apa kaitan dengan aku pulak?! "

"Heh, kau jangan bodoh-bodohkan aku. Aku tahu apa aku dengar. Sekali je aku bagitahu Papa, merempat terus kau ni. "

Mendengar kata-kata Najwa, terus Nadwir mencapai tangan Najwa.

"Okay, I'm sorry. Aku cuma nak Nadia happy, tu aje. Aku fikir yang Naqib tu tak sesuai dengan Nadia. "

"Tak sesuai apa, Nadwir? Nadia pregnant, still tak sesuai lagi ? "

"Ya lah, ya lah. Aku minta maaf. "

"Sure. Not to me, but to Nadia. "

***

"Kau dah nak balik, Ati? "

Kebetulan dia ingin ke kantin. Terlihat pula Atirah yang sedang memasukkan barangnya ke dalam kereta, sengaja ingin menegur.

"Ha'ah. Aku nak melawat Nad. Dia baru discharge pagi tadi. Nak pergi dengan Fit. Kau nak ikut ke? "

"Er.. boleh ke? "

"Hey, what kind of question is that? Of course you can. Nadia is also your friend, right? "

Lambat-lambat Saiful mengangguk. Niatnya hanya mahu ingin mengajak Atirah makan tengah hari bersama. Lain pula jadinya.

"Kalau kau nak ikut, cepat lah. Kita gerak sama-sama. Fit dah tunggu kat gate tu dengan Aidil. "

Saiful masih kaku di tempat dia berdiri. Dia sendiri tidak tahu, apa harus dilakukan?

"Eh, tercegat pulak dia. Cepat lah! "

"Ha? "

"Cepat! " tekan Atirah.

"Haa okay okay, "

Terkocoh-kocoh Saiful masuk ke dalam keretanya lantas menghidupkan enjin. Perut yang beru saja tadi berkeroncong minta diisi hanys sekadar disentuh sekejap.

Pin....!

Bunyi hon kereta Atirah menyedarkan Saiful kembali ke alam nyata.

"Cepat lah keluar. Kereta aku tak boleh keluar habis! " laung Atirah.

"Ya! Sabar kejap! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience