Bab 7

Romance Completed 57621

Dia berhati-hati mengekori langkah gadis itu dengan sedaya-upaya cuba mengawal bunyi derapan kasut kanvas putih bertali yang tersarung di kaki.

Gadis itu berjalan ke blok J, blok kelasnya iaitu 5 Amanah. Setiap derapan tapak kasut Nadia yang mendaki tangga semua sudah ditekap oleh kasut Naqib. Hilang kesan dalam diam.

Gadis itu pelajar kelas aliran sains di sekolah menengah kebangsaan agama ini. Kebetulan yang terasa seperti takdir, dia dan gadis itu sudah lima tahun sekelas sejak tingkatan satu.

Nadia Maisera cukup terkenal dengan kepandaiannya dan kecantikannya. Isu dia dibuli hanya diketahui oleh rakan-rakan sekelas yang sememangnya gerun dengan Naqib. Mereka sudah ditegah agar tidak menghebohkan hal ini ke seluruh sekolah. Biar mereka sekelas saja yang tahu.

Dahi Naqib tiba-tiba berkerut. Sepatutnya gadis itu berhenti mendaki tangga tatkala sudah tiba di tingkat dua. Mengapa Nadia meneruskan langkahnya hingga ke tingkat empat?

Hatinya tiba-tiba diserang rasa tidak enak. Semacam ada sesuatu yang akan berlaku.

Dia cuba mengejar langkah Nadia namun gadis itu lebih laju melangkah.

Setibanya dia di tingkat empat, matanya terus membulat. Jantung tiba-tiba berdegup laju. Mengepam darah lebih laju dari kebiasaan kerana dia kini dilanda resah.

Perlahan-lahan dia mendekati Nadia yang sudah berdiri di atas kerusi yang disandar di koridor hadapan kelas kosong itu. Kasut hitam dan stokin tebal juga warna hitam kelihatan dicampak merata di belakang.

Nadia nak terjun bangunan?!

Tingkat empat?!

Sekarang!!!

Naqib jadi panik. Dia mencengkam rambut. Dia menarik nafas. Ya, dia perlu relaks.

"Nadia! "

Nadia yang baru saja ingin memijak benteng koridor itu pantas menoleh ke arah Naqib. Dia terkejut.

"Naqib? Buat apa kat sini? Pergi rehatlah. "

Naqib mencebik. Di waktu begini pun Nadia masih kisahkan tanggungjawabnya sebagai pengawas.

"Nad, turun lah. Kau nak buat apa ni? "

"Pergi, Naqib. Jangan kacau aku. " halau Nadia.

"Bahaya lah weh. Turun! " tegah Naqib.

"Biar! Kalau dengan cara ini saja mampu tamatkan semua kekusutan yang aku alami ni, aku sanggup! " tekan Nadia.

Naqib terpanar seketika. Apa yang sudah merasuki Nadia hingga gadis itu ingin terjun dari sini?

"Nad, mana iman kau? Kau tahu apa balasannya bunuh diri, Nadia. " Naqib memberi peringatan.

Nadia mencebik kemudian senyum sinis. Naqib sudah meremang bulu roma. Melihat senyuman sinis Nadia bagaikan menonton filem seram.

"Kau tak faham situasi aku, Naqib. Kau bukan mangsa. Kau pembuli. Aku mangsa. " luah Nadia.

Naqib mengeluh. Dia sedar salahnya pada Nadia.

"Nad, aku minta maaf sangat. Aku tahu aku selalu buli kau. Tapi tolong lah, jangan terjun. "

Nadia sekadar senyum hambar. Dia perlahan- lahan menapak ke atas benteng batu itu. Matanya mulai melilau memandang persekitaran kawasan sekolah.

Dia cukup bijak memilih waktu. Sekarang hanya kawasan kantin di hujung kawasan sekolah saja yang padat manakala kawasan lain tampak lenggang dengan hanya ada beberapa orang pengawas sekolah berlegar-legar yang bisa dikira dengan jari.

Sekurang-kurangnya tiada siapa yang menghalangnya. Dia cukup pasti, jika dia tamatkan segalanya hari ini, waktu ini, hidupnya akan kembali aman. Segala penderitaan akan berlalu pergi. Namun, kini muncul pula Naqib yang menghalang rencananya.

"Aku tak perlu maaf kau. " Nadia kemudian terus merebahkan dirinya ke bawah.

"Nadia! "

Naqib pantas mencengkam tangan Nadia. Ketika ini, batas halal dan haram terpaksa dilanggar demi menyelamatkan sebuah nyawa yang bernilai.

"Nad, pegang tangan aku! "

Naqib mengerahkan segala tenaganya untuk menarik Nadia naik ke atas. Wajah Nadia tampak sugul malah pucat. Gadis itu seolah tidak mempedulikan langsung nyawanya yang kini dalam bahaya malah membiarkan saja Naqib berhempas pulas.

"Lepaskan tangan aku, Naqib. Biar aku jatuh. "

Naqib merengus geram. Geram dengan sikap gadis ini. Ingin sekali dia menjerit tetapi kini bangunan paling hujung di sekolah ini sungguh sunyi. Hanya mereka berdua.

"Nad, kalau kau rasa ini boleh selesaikan segalanya, think about it twice ! Kau boleh mula balik semula. Mati bukan satu-satunya cara! "

Hati Nadia tiba-tiba terdetik sesuatu. Wajah Papa dan Mama silih berganti muncul di layar minda. Allahu Akbar!

Apa reaksi ibu bapanya jika mereka tahu yang anaknya mati akibat membunuh diri. Terjun dari tingkat empat sekolah yang disebabkan oleh tekanan pelajaran. Betapa sedihnya ibu bapanya nanti.

"Ergh...! "

Naqib pantas mengalihkan pandangan ke arah Nadia yang dilihat berusaha mencapai tangan kanannya yang mencengkam kuat tangan kiri gadis itu.

"Tarik aku, Naqib! " arah Nadia.

Naqib menarik Nadia ke atas dengan sekuat tenaga. Usahanya sungguh membuahkan hasil. Dia terbaring di atas lantai simen koridor itu. Termengah-mengah nafasnya .

Dia bingkas bangkit. Nadia sudah tidak sedarkan diri. Dia menarik nafas lega dengan senyuman terlakar di bibir.

"Alhamdulillah, "

***

Nadia dari tadi sibuk menilik cincin emas kosong di jari manis tangan kanannya. Sudah hampir tiga minggu dia dan Naqib bertunang namun lelaki itu langsung tidak menghubungi sejak dua minggu lepas.

"Oi, ingat siapa tu?" sapa Fitri.

Pantas Nadia menoleh. Dia mencebik.

"Sibuk lah kau. "

"Tanya je. Maklumlah, Ustazah Nadia kita ni dah nak kahwin. "

"Fit, aku baru tunang lah. Bukan macam kau dengan Aidil. Dah kahwin. "

Fitri tiba-tiba senyum. Dahi Nadia terus berkerut.

"Kau kenapa? "

"Kau tak cakap kat Saiful kan yang kau dah bertunang? " teka Fitri.

Nadia lambat-lambat mengangguk. Dia sungguh mengkagumi wanita bernama Fitri Sufiyyah itu. Sentiasa positif dan penuh dengan nasihat berguna. Terkadang bisa meramal masalah yang dihadapi orang lain.

"Nad, kau dah tunang? "

Mata Nadia membulat. Dia perlahan-lahan menoleh.

"Sa... Saiful? "

***

"Mama suka tengok Nad sekarang ni. Macam makin happy. " tegur Puan Masyitah.

Nadia senyum hambar. Happy kebendanya? Fairul Naqib secara rasminya langsung tidak menghubunginya atau menghantar pesanan ringkas.

Puas dia memerah otak. Adakah dia sudah membuat lelaki itu berkecil hati? Apa salahnya ? Mengapa dia perlu diberi silent treatment yang menyakitkan ini?

"Erm, Ma. "

"Ya? "

"Nad nak tanya ni. "

"Tanyalah. Nak tanya apa? "

"Er..... Naqib tu kerja apa? "

"Naqib? "

Nadia mengangguk.

"Maknya kata dia graphic designer dekat satu syarikat architecture ni. "

Nadia menangguk faham.

"Esok Nad cuti kan? "

"Ha'ah. Esok pun tak ada apa-apa kelas tambahan. Nadia free. Kenapa? "

Lama Puan Masyitah senyum sebelum meneruskan bicara. Sengaja membuat Nadia tertunggu-tunggu.

"Esok pergi pilih baju dengan Naqib. "

"Esok? "

Tidak terlalu awalkah? Apa ibunya ingin dia berkahwin lusa?

"Ye lah. Esok. Alang-alang Naqib esok pun cuti. "

Nadia mengangguk akur. Dia kemudian menguap dengan menutup mulut dengan tapak tangan. Matanya terasa ingin tertutup.

"Nad naik dulu lah, Ma. Dah mengantuk ni. "

Puan Masyitah mengangguk. Nadia kemudian menyalami tangan ibunya.

Pintu bilik ditutup lalu dia merebahkan diri ke atas katil. Telefon di meja kecil bersebelahan katil dicapai.

Dahinya naik berkerut membaca mesej-mesej yang masuk di aplikasi Whatsapp.

'Assalamualikum. Sorry lama tak contact. Lately aku sibuk. Banyak projek masuk. Harap-harap kau tak terasa. ' -Naqib-

Serta-merta terbit senyum di bibir. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berbunga.

Mesej Naqib lantas dibalas. Laju saja. jarinya menaip perkataan.

'Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, rezeki masuk. Aku tak terasa pun. '

Beberapa minit kemudian ada balasan dari Naqib.

'Good. Esok jangan lupa tau. Kita pergi pilih baju. ' -Naqib-

Nadia senyum lagi. Dia membalas mesej Naqib.

'Mama dah bagitau lah. Esok naik kereta kau? '

'Ha'ah. Jangan lewat pulak. Nanti baju habis. '

Nadia tiba-tiba ketawa. Entahlah. Geli hatinya membaca mesej Naqib.

'Baju tak ada kaki lah. Dah lah, aku mengantuk. Nak tido. '

'Hm, ye lah. Good night. Assalamualikum. '

Kali teruja Nadia lain macam. Dia terguling-guling di atas katil ke kiri dan ke kanan.

'Good night too! Wa'alaikumussalam. '

Ah, malam ini dia pasti mimpi indah-indah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience