Bab 16

Romance Completed 57827

"Nadia! "

"Shh..! Senyap sikit! "

Cepat-cepat Nadia menolak Atirah dan Fitri masuk ke dalam rumah. Saiful tenang saja. Tidak kecoh-kecoh seperti minah dua orang ni.

Nadia menjegulkan kepala di pintu. Menoleh kanan dan kiri. Risaunya andai ada jiran yang mendengar.

Sudah lah berjanji pukul 3 petang. Sampainya pukul 6. Cair dibuatnya ais dalam jag minuman yang disediakan khas untuk menyambut tetamu-tetamu ini. Sudah tu teruja macam tidak pernah masuk dalam rumah. Jakun sungguh!

"Luasnya, Nad. Nak bagi anak-anak kau main ke apa nanti? " giat Fitri.

Beg woven warna perang gelap diletakkan di atas bar hadapan dapur. Selamba saja wanita itu bersama Atirah duduk bersandar di sofa. Siap buka tv lagi.

Amboi.. buat rumah orang macam rumah sendiri!

"Cantik wallpaper rumah kau, Nad. " puji Saiful.

Saiful memandang lama kertas dinding corak tropika di dinding utama rumah. Lelaki itu lebih selesa duduk di kerusi tinggi di meja bar.

"Thanks, "

Nadia senyum nipis lalu meletakkan secawan jus mangga kordial di hadapan Saiful. Lelaki itu mengangguk tanda terima kasih lalu menyisip sedikit minuman itu.

Nadia kemudian menatang dulang berisi jag jus mangga serta dua biji cawan. Hendak dihidang kepada Atirah dan Fitri.

"Ni je? " soal Atirah.

"Ati, aku tampar kau nanti kang. Dah lah buat rumah aku macam rumah kau, pastu mengeluh pulak. " bebel Nadia.

"Kami kan tetamu. Tak ada ke teh strawberi Cameron Highlands ke black tea ke? " celah Fitri pula.

Wanita itu sengaja menjongket keningnya turun naik. Sengaja ingin membangkitkan kemarahan Nadia.

"Minum, kalau tak aku bagi air lubang jamban. " ugut Nadia.

Cepat-cepat cawan yang sudah diisi jus mangga oleh Nadia diambil lalu disisip.

"Sedap, tapi rasa tak fresh. "

Nadia menjeling tajam ke arah Fitri. Ada je nak komen!

"Aku bancuh guna kordial Naqib beli. Bukannya aku petik mangga tiga biji aku perah keluar air bagi korang minum. Ada jugak aku humban jatuh nanti. "

Kebetulan ketika dia memberitahu Naqib tentang kedatangan Fitri dan Atirah hari ini Naqib memberitahunya ada sebotol kordial mangga dalam almari. Malas mahu meminta lebih-lebih, dia turutkan saja. Cuma dia belum memberitahu lelaki itu tentang Saiful yang turut sama datang. Harapnya tidak meletus gunung berapi nanti.

Fitri dan Atirah ketap bibir. Sedar mereka sudah menaikkan kemarahan Nadia.

Saiful di meja bar sekadar menahan ketawa. Lelaki itu kemudian bangkit lalu pergi ke ruang balkoni.

"Naqib balik kerja selalu pukul berapa? " soalnya.

"Oh, dia balik lewat sikit. Dalam pukul 8 atau 9 macam tu, sampai lah. "

"Huish! Lama gila. Pergi kerja ke pergi dating? " getus Atirah.

"Ati.. ! "

Laju saja Fitri menyiku Atirah. Cakap itu sedap mulut saja. Langsung tak fikir perasaan Nadia.

"Kerja banyak, iyalah balik lewat. Urus projek. Lately pun banyak projek baru. " terang Nadia.

Dia menatang dulang berisi cawan-cawan kosong itu lalu dibawa ke sinki. Dia menyinsing sedikit lengan baju untuk mencuci cawan dan jag tadi.

Fitri berjalan menghampiri Nadia yang sudah membuka pili air. Niatnya untuk menolong Nadia. Dahinya tiba-tiba berkerut tatkala matanya terarah pada pergelangan tangan Nadia.

"Nad, kenapa tangan kau tu? "

Nadia yang kaget terus menarik sedikit lengan baju. Cuba menutupi lebam yang mulai membiru di pergelangan tangannya.

Atirah dan Saiful yang mendengar pantas menoleh memandang Nadia. Pandangan yang penuh dengan persoalan.

"Sekejap, Meh sini tangan kau, Nad. "

Kedua tangan Fitri kemudian meraih tangan Nadia. Pantas Nadia menepis.

"Eh, takde apalah. Biasa je ni. Kan aku buat kerja rumah. " dalih Nadia.

Makin berkerut dahi Fitri. Bukan dia tidak mendengar tadi Nadia berdesis menahan sakit.

"Something's fishy here, " ujar Atirah.

Wanita itu pula melangkah memghampiri Nadia. Saiful masih saja mengambil peranan sebagai pendengar.

"Nad, Naqib pukul kau ke? " soal Fitri.

Hatinya dari tadi diserang rasa kurang enak. Bukan saja lebam di pergelangan tangan, malah di seluruh lengan. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Naqib pukul kau? " giliran Atirah pula terkejut.

"Biar betul, Nad? " Saiful sudah melangkah ke dapur.

Nadia menunduk memandang lantai dapur. Hatinya berbelah bahagi. Baginya, hal ini tidak sepatutnya diperbesarkan.

"Haritu, "

"Haritu apa, Nad? " ulang Fitri.

"Aku ada terjumpa Saiful dekat satu restoran ni masa kita orang keluar makan, "

Saiful angkat wajah. Memandang Nadia. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Masa tu ke? " soalnya.

Nadia menganggukkan kepalanya.

"Naqib buat apa kat kau? " soal Saiful lagi.

"Tak payah tahu. Ini hal antara aku dengan dia. Korang tak payah lah risau. "

"Nad, kau ni suka betul back up dia. Kalau satu hari nanti patah riuk badan kau ni dia kerjakan, masih nak back up dia lagi ke? " Fitri bersuara.

Nadia mengeluh panjang.

"Aku rasa elok korang balik je. Dah lewat ni. Nanti jammed pulak, "

"Hm, ye lah. "

Nadia mengiringi tiga sahabatnya itu berjalan ke muka pintu. Terbuka saja pintu, dia tergamam.

"Na.. Naqib? "

Wajah Naqib yang tadi tampak lesu cepat saja berubah bengis tatkala aku terlihat Saiful berdiri di belakangnya. Segera dia menerpa masuk.

"Naqib, dah balik? Kita orang memang nak keluar dah ni. " sapa Fitri.

Cepat-cepat Fitri dan Atirah melangkah keluar diikuti dengan Saiful.

"Jumpa lagi, Nad! "

Nadia mengangguk sambil tersenyum kelat. Pintu pantas ditutup oleh Naqib. Laju saja dia menjeling tajam kepada Nadia.

"Kau bawak lelaki lain masuk rumah aku masa aku tak ada? " soalnya.

"Kau tak cakap pun dekat aku yang Saiful datang! "

"Naqib... sakit.. " rayu Nadia.

Tangan yang sudah sedia berdenyut bertambah sakit tatkala Naqib menggenggam kuat pergelangan tangannya.

"Sakit? Kau tak fikir aku ni sakit hati? Berani kau bawak Saiful masuk rumah aku! "

Fitri kerut dahi. Dia seperti terdengar sesuatu tadi.

"Ati, kau dengar tak? "

"Dengar. Bunyi apa tu? "

Terus mereka berpaling memandang pintu rumah Naqib. Mereka lantas mengetuk pintu itu bertubi-tubi.

"Nad, bukak pintu ni! "

Naqib menjeling tajam Nadia.

"Kau ni memang nak kena. Aku dah bagi kau tempat tinggal, aku bagi kau makan. Ini kau balas aku?! "

Lantas tangannya hinggap menampar wajah mulus Nadia. Nadia terduduk di lantai lalu menyentuh pipinya yang terasa perit.

"Macam mana ni? " soal Fitri.

Dia resah. Suara Naqib yang melengking tinggi benar-benar merisaukan.

"Kita pergi rumah mak ayah Nadia! " cadang Saiful.

"Jom! "

***

Saiful menarik brek tangan. Laju saja Atirah dan Fitri membuka tali pinggang keledar.

Mereka melangkah menghampiri pintu rumah keluarga Nadia. Pintu diketuk bertubi-tubi.

Beberapa minit kemudian Najwa datang membuka pintu. Berkerut dahi gadis awal 20-an itu.

"Kak Fitri? " soalnya.

"Najwa, Mama ada? " soal Fitri.

Dia sudah biasa memanggil Puan Masyitah sebagai Mama. Memandangkan ibunya sudah lama menghadap Ilahi sejak dia berusia 15 tahun.

Najwa mengangguk terpinga-pinga.

"Masuklah, "

"Eh, Fitri? " sapa Puan Masyitah.

Wanita separuh abad itu sedang duduk di atas sofa sambil mengait sesuatu.

"Mama, "

"Kenapa ni, Fit? Ada sesuatu tak kena ke? "

"Pasal Nadia, "

"Nadia? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience