Bab 19

Romance Completed 57621

"Kita buat apa dekat sini? " soal Nadia.

"Beli baju. Shopping, " balas Naqib selamba.

Nadia mengerut dahi. Lain benar Naqib hari ini. Sudah lah pagi tadi lelaki itu yang memasak sarapan. Kini dia membawa Nadia ke pusat membeli-belah Mid Valley pula.

"Maksud saya, kenapa kita pergi sini? Boleh aje kan kita pergi Alamanda? Nak beli barang dapur je, bukan barang hias rumah nak raya. "

Kebiasaan bagi Nadia untuk membeli barangan dapur di Alamanda yang dekat dengan kawasan rumah mereka. Kalau hendak membeli barang dapur, tidak perlulah sampai ke Mid Valley. Dia bukan mak datin sampai nak beli barang dapur high quality.

"Hari ni aku nak belanja kau. Beli baju baru. Jom, " spontan Naqib menarik tangan Nadia agar mengikutinya.

Mereka tiba di sebuah butik. Zara. Naqib mengajak Nadia masuk ke dalam.

"Pilih lah, aku belanja. "

Nadia akur. Dia mula membelek-belek blouse yang ada. Ada satu blouse berwarna emerald yang menarik perhatiannya.

Tag harga baju itu dilihat. RM 59.90. Matanya automatik terbeliak besar.

Gila mahal!

Dia menelan air liur. Niatnya untuk memilih baju itu dimatikan saja. Dia beralih pula ke bahagian lain.

"Kenapa tak ambil yang tu? " soal Naqib.

"Mahal lah, " dalih Nadia.

Sejujurnya, dia bukan lah sejenis kaki kikis. Dia kalau boleh tak mahu pun menggunakan duit Naqib. Inikan pula meminta lelaki itu membelikannya barangan mahal.

"Ambil je. Aku bayar, "

"Eh, tak nak lah. Mahal, " tekan Nadia.

"Ambil je aku kata. " desak Naqib.

"Tak nak, mahal. " bantah Nadia.

"Ambil, " arah Naqib.

"Tak nak, " bantah Nadia lagi.

Naqib meraup wajahnya. Boleh gila jadinya bergaduh mulut dengan Nadia ni. Tak mahu mengalah!

"Aku bayar, "

Naqib pantas mengambil blouse rona emerald itu lalu dibawa ke kaunter. Nadia tak sempat menghalang Naqib tatkala lelaki itu sudah mengeluarkan not RM100 lalu diberi kepada jurujual.

Bakinya diberi kepada Nadia. Nadia kerut dahi.

"Untuk apa ni? "

"Duit belanja. Ambil lah, "

"Er.. bukan tiap-tiap bulan awak ada bank in duit ke? Tak payah lah, " ujar Nadia lalu tangannya menolak lembut tangan Naqib yang menghulur beberapa helai not RM10 itu.

"Ambil aku kata, "

Naqib kemudian meraih tangan Nadia lalu meletakkan duit itu ke dalam tangan Nadia. Tangan wanita itu digenggam lembut.

"Anggap ini hadiah dari aku. Ikhlas, "

Lama mata Nadia bertatapan dengan mata redup Naqib. Uish, tiba-tiba jantung berdegup kencang ni pasal apa pulak?

"Jom, kita pergi beli barang dapur pulak. " ajak Naqib. Lelaki itu tersenyum lebar.

Makin tak keruan Nadia dibuatnya. Apa yang sudah merasuk Naqib hingga lelaki itu tiba-tiba berubah secara drastik begini?

***

"Ubat gigi dalam toilet bilik aku dah habis. Mana ubat gigi yang baru beli tu? " soal Naqib.

Nadia terus menoleh. Tangannya yang sedang menyusun barang di dalam almari juga terhenti.

Lelaki yang sedang berdiri menyendeng ke dinding itu dipandang lama. Entah apa tak kena dirinya hari ini. Walaupun hampir tiga bulan dia berkahwin dengan Naqib, belum pernah hatinya rasa begini ketika memandang wajah Naqib. Lain rasanya.

"Kenapa tengok macam tu? Ubat gigi mana? " soal Naqib sekaligus menyedarkan Nadia ke alam nyata.

"Hah? Oh, jap. "

Cepat-cepat Nadia membuka almari bahagian paling bawah. Tempat khas untuk stok sabun mandi, syampu, ubat gigi dan barang keperluan bilik mandi yang lain.

"Nah, " Tiub ubat gigi berjenama Colgate dihulur.

Naqib tiba-tiba memegang tangan Nadia yang menghulur tiub ubat gigi kepadanya.

"Eh, kenapa ni? Tu ubat gigi. " dalih Nadia.

Hah, betul aku kata. Naqib ni sah kena sampuk. Ya Allah, selamatkan aku Ya Allah.

Mata mereka bertentang sekali lagi. Lama. Naqib seolah mengamati warna coklat gelap iris mata Nadia.

"Er... " spontan Naqib meleraikan pegangannya.

"Saya sambung kemas dulu, "

"Hm, sambunglah. "

Naqib garu kepala yang tidak gatal. Suasana kekok ini benar-benar merimaskan.

Aduh, apa jadi dengan kau ni Naqib?

Macam mana boleh out of control macam tu?

Ish, buat malu je !

Telefon Nadia yang diletak di atas meja tiba-tiba berdering. Pantas Nadia mengangkat panggilan.

"Wa'alaikumussalam, Naj. Ada apa? "

"Mama pengsan?! "

Pantas Naqib menoleh memandang Nadia yang kaku dek terkejut.

"Mama pengsan? " Naqib pula terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience