C 48

Romance Series 50533

‘Khai? Buat apa dia datang dekat office aku ni? Dia nak apa? Bermonolog Batrisya seorang diri dengan persoalan-persoalan yang tiada jawapan.
Langkah kakinya diatur dengan perlahan sambil cuba mendekati Batrisya. Dan sekarang Khai kini betul-betul berdiri di hadapan gadis yang dia hampakan dulu.
Anak mata mereka saling berperang antara satu sama lain. Tanpa berkelip mata Batrisya memandang lelaki tersebut.
‘kau kena kuat Risya. Kau kena tunjuk dekat dia yang kau bukan Risya lembik yang dia kenal dulu. Pesan Batrisya pada dirinya sendiri.
Kak Bella yang memerhati mula risau dengan suasana yang mulai tegang antara Batrisya dengan bekas tunangnya itu.
“Risya,tunggu. Akak panggilkan security ye?” Baru saja kakinya ingin melangkah Batrisya pula bersuara.
“Tak apa Kak Bella. Kita tengok dia nak buat apa.” Ujar Batrisya tanpa seinci pun mengalihkan pandangannya dari Khai
“Risya.. I nak mintak maaf dengan u. I tahu,I banyak buat salah dengan u. I salah buat pemilihan dalam hidup I. I bodoh sebab I tak tahu nak bezakan yang mana satu permata dan yang mana satu kaca. I.., I mintak maaf Risya.”
Semua kata maaf Khai yang menyinggah masuk ke gegendang telinganya membuatkan hatinya bertambah sakit.
‘herm,maaf. Ee.. aku rasa macam nak meludah atas muka kau je. Kau dah hina aku,fitnah aku, fitnah keluarga aku semudah ni kau nak aku maafkan kau?! Eh! Pergi mampos dengan kata-kata maaf kau tu Khai. Aku tak akan pernah maafkan kau! Sumpah Khai aku mula benci dengan kau! Marah Batrisya dalam hati.
Niat di hati nak je dia semburkan kata-kata tersebut atas muka Khai. Tapi disebabkan dia masih berada di kawasan umum,dan mula banyak mata yang sedang mermerhati jadi dia hanya mampu melepaskan segala amarahnya di dalam hati sahaja. Dia harrus menjaga attitudenya sebagai seorang CEO di syarikat tersebut.
Kedua tangannya disilangkan didada. Setiap kata maaf yang lahir dari mulut Khai bukan sahaja dapat sumpahan dalam hati Batrisya malah kata-kata maaf itu ditemani dengan senyuman sinis di bibir Batrisya.
“Dah habis cakap dah?” Soal Batrisya dengan riak wajah ego yang meninggi. Lantas tangan kirinya menarik lengan Kak Bella supaya membontotinya untuk meninggalkan tempat yang menyakitkan hatinya itu.
Baru saja melangkah 2,3 tapak,pergelangan tangannya dicengkam kasar oleh Khai sehingga terpusing Batrisya dibuatnya. Batrisya cuba meleraikan pegangan tersebut namun tidak berdaya kerana terlalu kemas.

“Lepaskan tangan aku la bodoh! Sakit tahu tak!” Bentak Batrisya.
“Apa kau panggil aku? Bodoh!? Aku mintak maaf dengan kau elok-elok kan tapi kau buat aku macam tunggul!” Marah Khai.
Saat ini semua security sudah berada disekeliling Khai. Hanya menanti arahan daripada Batrisya sahaja.
Sakit hatinya apabila Batrisya hanya buat endah tak endah sahaja dengan kehadirannya di situ.
“Security!” Jerit Batrisya kuat. Sejurus dengan itu,Batrisya cuba mengumpulkan sebanyak tenaga yang boleh lalu terus merentap kuat tangannya apabila terasa pegangan Khai sedikit longgar berbanding dengan tadi.
Sebelah tangan Khai sudah pun dipegang oleh seorang security. Anak mata Khai dengan Btarisya sedang bertarung hebat saat ini. Berlaga-laga gigi Batrisya menahan amarah yang bakal memuntahkan larvanya sebentar lagi.
Papp!!!
Satu tamparan yang maha hebat menyinggah di pipi kiri Khai. “Kau ingat sikit Khai. Lantai yang kau pijak sekarang ni saat ni milik aku! Tempat yang kau berdiri sekarang ni MILIK AKU.! Dan aku CEO dekat sini. Jadi kau jangan nak suka hati sangat datang sini dan nak buat kecoh dekat sini. FAHAM!!!” Tengking Batrisya sebaik sahaja tangannya berjaya dilarikan dari pegangan kemas Khai.
Baru sahaja berpaling untuk melangkah sekali lagi Batrisya memalingkan wajahnya memandang Khai.
“and one more thing Khai. Aku bukan lagi Diana Batrisya yang kau kenal dulu, yang mudah untuk kau perbodohkan. Yang mudah termakan dengan kata maaf palsu kau. Sorry too say aku tak akan pernah terima kata maaf dari kau selagi kau tak ikhlas untuk memohon maaf dari aku. Sebab semua benda yang kau dah buat dekat aku tinggalkan kesan yang dalam pada diri aku. Sangat dalam.” Dengan pantas kakinya diangkat dan melangkah pergi meninggalkan Khai yang masih lagi terpegang kemas oleh security itu.
Semua yang berada disitu masih asyik dengan ‘wayang’ free tersebut. Bergerak pipi Khai menahan marah. Tangannya yang dipegang security direntap kasar oleh Khai. Rambutnya diraup kasar. Lantas kakinya melangkah meninggalkan bangunan tersebut.
Bertambah membara api amarahnya bila mengenagkan tentang perihal semalam.
‘kau saja nak malukan aku depan orang ramai ye Risya. Tak apa. Kau tunggu. Sikit hari lagi aku akan balas!’ Dendam Khai dalam hati.

******

Deringan telefon yang memanggil-manggil minta diangkat itu dicapai Khai. Dia kini melangkah menuju ke balkoni biliknya sambil menjawab panggilan tersebut.
“hello,ye Jack? Apa info kau dapat? Malam-malam baru sibuk nak call aku.” Soal Khai.
“Bos! Cepat datang ke Vista Hotel sekarang. Saya sedang intip Amelia dengan seorang lelaki check in dekat hotel ni bos.”
Berdesing terus telinga Khai dibuatnya. “SIAL LA!!” Marah Khai sambil telapak tangangnnya menampar kuat palang besi balkoni tersebut.
“bagi aku 5 minit! Aku on the way now! Kau tunggu aku dekat situ. Makesure kau tahu nombor bilik yang diaorang check in tu!” Arah Khai.
“sial punya betina! Kau tipu aku hidup-hidup ek. Tak apa Lia. Sekejap lagi kau memang kena dengan aku!” Jerit Khai seorang diri dalam kereta sambil memandu menuju ke Vista Hotel..
Sesampai sahaja di hotel tersebut,Khai dan Jack terus berlari menuju ke bilik yang menempatkan pasangan tersebut. Pintu diketuk kasar oleh Khai. Hampir beberapa minit menunggu baru pintu tersebut dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai bathrobe.
Wajah khai berubah merah. Rasa amarahnya dah meletus dan bakal mengalirkan larvanya. Anak matanya belum dapat menangkap kelibat Amelia kerana dihalang oleh dinding bilik hotel tersebut.
BUUKK!!
Belum pun sempat lelaki itu membuka mulut,dia dah terdorong ke belakang akibat daripada tumbukan padu dari Khai yang singgah di pipi kanannya.
“sayang..!!” Jerit Amelia apabila terpandang Yus yang terbaring di lantai dengan mulut yang berdarah.
Tanpa mencari gerangan yang sedang berbuat kecoh itu,dia yang hanya berkemban terus turun daripada katil yang bersaiz king itu lalu berlari mendapatkan Yus. Teman lelakinya.

Wajahnya berpaling. Terbuntang mata Amelia melihat susuk tubuh lelaki yang berada di hadapan tika ini.
“Khai!” sapa Amelia dengan nada yang agak terkejut. Terus terkunci kemas mulut dibuatnya.
“hurmm,kenapa? Terkejut ke tengok aku ada dekat sini? Sory la aku sampai salah masa. Tak sempat nak buat projek ke? Kesian..”
“hey betina! Kau dengar sini ek,mulai sekarang kau jangan pernah cari aku lagi. Dan aku pun dah tak hinggin nak tengok muka perempuan murahan macam kau. Faham!! Tengking Khai.

Sorry again geng!! Nah lagi 1 Chptr :) Dulu bersayang sayang sekrang panggil betina. Hurm. Dua dua tu padan muka. Kan?? :/

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience