C 4

Romance Series 50533

Jam di dinding restoran itu dikerling sekilas oleh Batrisya.

‘eh,dah pukul 2.45pm la. Alamak mati aku,dah kejap lagi aku ada meeting dengan client ni.’ Bisik hatinya sedikit cemas. Tangannya mencapai Iphone yang terletak di atas meja lalu dimasukkan dalam handbag.

Kring.. kring..

Iphone Batrisya mula berdering. Tangannya meraba kembali ke dalam handbag Gucci mencari Iphonenya yang baru disimpan sebentar tadi.

Nama Kak Bella tertera di skrin Iphonenya. Tanpa berlengah lagi,panggilan itu dijawab.

“Hello,yes Kak Bella?” Sapa Batrisya sebaik sahaja panggilan mereka disambungkan.

“oh tak.. ni akak nak ingatkan Risya tentang meeting Risya dengan client sekejap lagi. Akak takut Risya lupa,tu yang Akak call.” Terang Kak Bella.

Terbit rasa serba salah dalam hati kecilnya kerana mengganggu masa rehat Batrisya. Tapi apakan daya sudah memang menjadi tanggungjawabnya sebagai PA Batrisya dalam mengingatan Batrisya tentang kerja dalam jadual sehariannya.

Senyuman manis mula terukir di bibir Batrisya bila anak telinganya menangkap pesanan ringkas Kak Bella akan hal meetingnya dengan clientnya sebentar lagi.
“ye Kak Bella,Risya ingat. Lagi pun sekarang ni Risya baru nak on the way balik office ni. Tq Kak Bella ingatkan Risya. Sekejap lagi kita jumpa ok. Bye Kak Bella.” Lantas panggilan itu ditamatkan.

Suara lunak Batrisya menusuk masuk ke gegendang telinga kiri harris.

‘bila la suara ni nak menghiasi hari-hari aku.’ Berangan Harris.

Macam mana nak menghiasi,sedangkan setiap kali Batrisya cuba untuk berbaik dengan dia pun dia tak nak. Ego. Sebab ego ni satu la Batrisya menggelarkan diri dia mamat poyo.

“so korang,Risya gerak dulu la. Sorry tau sebab tak boleh nak join korang lama-lama. Kejap lagi Risya ada meeting dengan client dekat office. Emm..next time la kita jumpa lagi ok.” Dialog Batrisya sambil tangannya ligat membuka wallet untuk keluarkan beberapa not Rm untuk bayarkan makan mereka.”

Ternampak sahaja not Rm yang dieluarkan Batrisya,dengan pantas Farid menolak untuk Batrisya membayar bil makan mereka.

“eh Risya,ak apa. Makan kali ni biar Abang Farid bayarkan. Ok.” Tutur Farid sambil menghadiakan senyuman manis kepada Barisya.
“siyes ni?” soal Batrisya inginkan kepastian walaupun dia tahu Farid memang maksudkannya.

Anggukkan dengan senyuman diberikan sebagai jawapan untuk pertanyaan batrisya.

“hihi. Em..ok la kalau macam tu. Farah nanti apa-apa em..ko whatsap aku je la ok? Abang Farid thanks sebab sudi belanja Risya makan hari ni tau. Tapi esok jangan lupa belanja Risya lagi ok.” Dia kini berdiri sambil ketawa kecil dengan gurauannya sendiri. Tanggannya mencapai handbag yang terletak di atas meja.

“ha,ok. Apa-apa nanti aku whatsap ko.” Balas Farah sambil berdiri lalu berlaga pipi dengan teman baikknya itu.

Sebelum Batrisya berlalu pergi meninggalkan mereka semua,sempat dia menghadiahkan senyuman manis pada Farid dan juga Farah sebelum kakinya melangkah keluar dari Restoran tersebut.

Harris dibiarkan sepi dalam keadaan terpinga-pinga.

‘ah,kisah pulak aku dengan kau. Now memang tak la aku ak tegur kau dah. Pergi mampos la dengan ego kau tu. Dasar mamat poyo!!’
Batrisya sempat memandang Harris dengan ekor matanya sebelum dia meninggalkan restoran tersebut.
Jauh di sudut hatinya,teringin sekali dia mahu bersembang dengan lelaki itu seperti mana dia selalu bersama dengan Farid.
Tapi apakan daya,ego lelaki itu membuatkan dia rasa menyampah untuk berhadapan atau pun bertegur sapa dengan lelaki itu.
‘Harris Danial Bin Tan Sri Jamalluddin! Aku nekad,selagi bukan kau yang mulakan dulu perbualan antara kita,selagi tu kita akan tetap dengan perang dingin yang aku letakkan pada kau. Aku nekad Harris !’ Bentak hati kecilnya.
Ekor matanya hanya mengikuti setiap langkah Batrisya. Dalam diam,dia berharap sangat agar Batrisya mengatakan sesuatu kepadanya. Tapi semua itu hanya la impian palsu. Batrisya terus berlalu pergi meninggalkan Restoran itu.

‘Eh,minah ni boleh pulak dia buat tak tahu je dengan aku. Macam aku ni tak wujud pulak dekat sini. Kurang asam. Dekat Farid dengan Farah ni,boleh pulak kau tersenyum manis kan. Dekat aku ni sikit pun kau tak senyum. Ee..! Tak apa Harris sabar ok. Tunggu next time.’ Harris cuba memujuk hatinya sendiri.
Harris menyikat rambut dengan jemarinya ke belakang.
“Weh,minah tu Diana Batrisya ke?” Sengaja dia bertanya soalan yang memang dah bocor jawapannya.
Terangkat sebelah kening Farah apabila soalan itu meluncur laju keluar dari mulut Harris.
‘Aik, Abang Harris ni biar betul. Tadi kan Abang aku ada sebut nama Risya. Tak kan tak dapat tangkap kot.’
Tanpa menunggu lama,Farah menjawab pertanyaan Harris sebentar tadi.
“Yes, Diana Batrisya Binti Haji Damhuri. CEO kepada Cars Auto Sdn Bhd.”- Farah

“Abang Harris ni dah kenapa ni? Memang lupa atau pun saje buat-buat lupa dekat Risya ni? Herm?” Farah sengaja kedepankan wajahnya Dan menyengetkan sedikit hujung mulutnya tanda dia menganjing dengan soalan yang diajukan Harris sebentar tadi.
Tertawa kecil Farid melihat telatah adiknya menyakat sahabat sahabat baiknya itu.
‘Padan muka kau Harris,Tanya lagi soalan ‘B' dekat adik aku. Kan dah mendapat' Tutur Farid dalam hati sambil tertawa kecil.

******

‘Alhamdullillah..meeting tadi semua ok.’ Batrisya mengucapkan rasa syukur sambil menghenyekkan punggungnya di kerusi untuk menghilangkan rasa penatnya buat seketika.
Dia mengeluarkan IPhone dari handbagnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience