C 13

Romance Series 50533

Pappp!!

Untuk pertama kalinya penampar sulung Batrisya menyinggah di pipi kanan Harris.

‘rasakan. Aku memang dah lama sakit hati dengan kau tau. Tapi hari ni kau betul-betul too much Harris!’

Harris menahan rasa perit di pipi kanannya.

“Mr. Harris Danial Bin Tan Sri Jamalluddin. Macam mana? Best tak penampar sulung aku? Nak lagi ke? Kau kalau sekadar nak menyampuk tujuan nak tambahkan lagi sakit dekat hati aku ni baik tak payah ek. Aku tak perlukan pun khidmat kau tu. Kau ni kan harap muka je handsome tapi perangai..DAMN!!” Marah Batrisya.

Sakit di hatinya kini memang tak dapat dibendung lagi. Pandanganya kini tajam memandang wajah Harris.

‘makin lama aku duduk sini makin serabut kepala aku.’
Lantas tangannya panjang mencapai kunci kereta yang berada di atas meja dan terus berlari laju membawa diri menuju ke kereta.

Farah cuba untuk merampas kunci kereta tersebut dari Batrisya namun gagal. Hatinya mula tak keruan dengan keadaan Batrisya. Dia takut kalau-kalau Batrisya memandu mengikut emosinya saat ini. Disebabkan benda ni pernah terjadi la Farah lebih berjaga. Dia tidah ingin pisang berbuah dua kali.

“Abang! Cepat kejar Risya. Ambik kunci kereta dia. Kalau tak nanti dia drive ikut marah dia. Bahaya!”Arah Farah dengan nada menjerit.

..........

“Assalamualaikum Farah.” Sapa Hajah Mariani tergesa-gesa sebaik sahaja panggilannya terjawab.

“Waalaikummusalam.. ye Ibu. Kenapa ni Bu?” Soal Farah dengan penuh debar. Nada suara Ibu angkatnya itu sangat jelas kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang terjadi.

“Risya Farah,Risya.”- Hajah Mariani

“Kenapa dengan Risya Bu?” dia yang tadi terbaring kini bangun.

“Risya accident masa otw nak ke rumah Farah tadi.” – Hajah Mariani

Berdiri tercegat Farah terkejut dek khabar berita yang disampaikan oleh Ibu angkatnya itu.

“kenapa sampai boleh jadi macam ni Bu? Sekarang dekat mana? Farah on the way dengan Abang Farid.”

Berlari Farah mendapatkan Farid. Risau di hati bukan kepalang.

‘Risya..’

“Ibu ada dekat hospital dah ni. Tadi Khai datang rumah mintak tangguhkan lagi tarikh kawin mereka. Tak apa la Farah, nanti Farah sampai Ibu cerita semua dekat Farah ok. Hati-hati drive.” Pesan Hajah Mariani sebelum menamatkan panggilan tersebut.

“ok Ibu.” - Farah

‘Kau Khai kalau jadi apa-apa dekat Risya,aku tak akan sesekali maafkan Kau. Dasar JANTAN TAK GUNA!’ Marah Farah.

..........

‘Aku benci kau Harris! Aku benci kau!! Jerit Batrisya dalam hati. Air matanya kini mula mengalir.

Dia menangis kerana jiwa dan fikirannya tertekan. Sangat tertekan. Dia dah mula rasa penat untuk melalui semua ini. Kakinya melangkah laju menuju ke kereta.

“ish,ni la salah satu masalah rumah orang kaya. Dah la rumah memang besar,tak kan la laman pun nak sebesar rumah jugak. Aku rasa aku ni lari laju dah tapi taknya sampai-sampai dekat kereta ni. Ee..” Sempat lagi tu dia membebel.

Melihat keadaan Batrisya yang sebegitu,timbul rasa kesal dalam dirinya.

‘Sya,maafkan aku sebab aku dah tambah rasa marah dalam hati kau. Aku tak sengaja Sya. Please Sya jangan buat perkara yang boleh sakitkan badan kau. Aku sayang kau Sya,Aku sayang kau. Aku janji mulai dari saat ini aku akan usaha untuk dapatkan hati kau dan aku akan jaga kau. Aku akan jaga kau!’ Jerit Harris dalam hati.

Akhirnya kata-kata sayang itu terungkap juga walaupun sekadar dalam hati. Bukan senang nak jatuhkan ego Harris yang tinggi menggunung itu.

Perasaan sayangnya terhadap Batrisya timbul sejak dulu lagi. Sewaktu mereka berdua pertama kali bersua. Tapi entah kenapa dia sangat suka kenakan dan sakitkan hati gadis itu.

Dari jauh jemarinya menekan button remote kereta Audi milik Haji Damhuri. Baru sahaja tangannya membuka pintu kereta untuk melolostkan dari,tiba-tiba Harris memeluk pinggangnya dari belakang.

Terkejut. Batrisya mula meronta minta dilepaskan. Wajah lelaki itu benar-benar menyakitkan hatinya ketika ini.

“aaarrgghh!! Lepaskan aku la! Lepas! Aku benci kau!!” suara lantang Batrisya diiringi dengan tangisan. Makin deras air matanya mengalir membasahi wajahnya yang mula memucat.

Permintaan Batrisya tidak diendahkan oleh Harris malah Harris mengeratkan lagi rangkulannya di pinggang ramping Batrisya. sedaya upaya dia cuba untuk berbisik sesuatu pada Batrisya.

“Sya,aku mintak maaf aku janji lepas ni aku tak akan buat kau marah lagi Sya. Aku janji.” Tutur Harris. Buat pertama kalinya Batrisya mendengar nada gemersik Harris.

Batrisya memandang Harris dengan pandangan tajam. Dia sebenarnya terkejut dengan setiap ucapan yang terlahir dari bibir lelaki itu dan paling mengejutkan jantungnya adalah perbuatan lelaki tersebut terhadap dirinya,namun disebabkan perasaan marah melebihi segalanya jadi perasaan terkejut itu diabaikan sahaja.

“lepaskan aku la!” bentak Batrisya. serta merta lilitan tangan Harris di pinggangnya terlerai.

Sebenarnya hatinya sedikit terpujuk dengan kata-kata Harris namun hatinya juga turut kembali sakit mengenangkan kata-lata Harris sebentar tadi.

Papp!!

Sekali lagi pipinya di tampar Batrisya. Perit,pedih namun Harris hanya membiarkan sahaja. Apa sahaja yang diperlakukan Batrisya terhadap dirinya,dia rela. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap Batrisya.
“kau tak ada hak untuk peluk aku!!” marah Batrisya.

Tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Pandanganya semakin lama semakin kabur. Dunia ini seakan berpusing.

“Sya please,aku betul-betul mintak maaf. Aku janji yang aku tak akan buat kau sakit lagi Sya.” Tutur Harris. Lembut saja nada suaranya. Dia berharap agar gadis kesayangannya itu memaafkan dirinya.

Tubuhnya kini mula rasa terhuyung hayang.Kepalanya terasa semakin memberat. Pandangannya mulai gelap.

“Ha..,Harris” Sahut Batrisya lemah dan serta merta tubuhnya rebah namun sempat disambut Harris.

Ha.. macam ala-ala cerita korea gitu. Hahaha.

“Ya Allah.” Harris mula cemas melihat keadaan Batrisya. Wajahnya pucat.
Pandangannya jatuh kepada Farid dan Farah silih berganti.

“Farid call Docter. Now!” Arah Harris dengan nada meninggi. Dia kini mencempung tubuh lemah Batrisya.

“Risya!” Jerit Farah. Berlari dia mendapatkan Batrisya. Farid yang baru sahaja mematikan taliannya memandang.

‘ya Allah..Sya..aku betul-betul mintak maaf dengan kau Sya. Aku janji Sya. Lepas ni aku akan jaga kau.’ Sayu saja pandanganya terhadap Batrisya tika ini.

‘Risya..kau ni memang suka kan buat aku tak tentu arah macam ni.’ Sungguh dia risaukan keadaan teman baikknya itu tika ini. Langkahnya di atur membontoti Harris dan Farid.

Terkejut Datin Zarina dan Datuk Jamil melihat susuk tubuh yang dicempung Harris.

Keadaannya kini sangat lemah. Wajahnya pucat seolah-olah tidak berdarah. Niat sebenar turun ke bawah kerana terdengar bunyi riuh rendah tapi tak sangka pula keadaan itu disebabkan oleh Batrisya.

C 12 memang saja Ecah Pendekkan. ^o^. Sorry. hihi. Happy reading girls ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience