C 28

Romance Series 50533

Ring.. Ring..

Kali pertama dibiarkan sepi tanpa berjawab. Tapi untuk panggilan yang ke dua dia terpaksa menjawab panggilan tersebut. Itu pun atas arahan Datuk Khahar.
Kalau bukan kerana Datuk Khahar tu gunakan kuasa vetonya memang tidak ingin sekali pun dia menjawab panggilan tidak penting itu.

“Emm.. waalaikumussalam. Ye ada apa call saya malam-malam ni?” Tanya datin Aminah acuh tak acuh.

“Maaf la Minah sebab menggangu malam-malam ni. Ni,esok Mar ingat nak datang rumah. Nak bincangkan hal Risya dengan Khai ni la. Jadi agak-agak Minah busy tak esok?” Tanya Hajah Mariani mesra.

‘Herm,dasar keluarga tak tahu malu. Anak yang buat hal dia pulak sibuk nak datang rumah. Benda dah putus,putus je la nak bincang apa lagi. Ke nak datang nak salahkan anak aku pulak. Aku rasa mak bapak Risya ni mesti tak tahu perangai sebenar anak dia ni. Tak tahu yang Risya tu ada jantan lain dekat luar. Perempuan miang macam tu nak jadi menantu aku? Tak payah! Aku tak hingin.!’

‘Depan aku bukan main lagi baik. Pijak semut pun tak mati ni. Belakang...Ee..’

Berlaga-laga gigi Datin Aminah menahan amarah. Sakit hatinya bila teringatkan cerita dari Khai semalam.

“Macam ni la Hajah Mariani. Awak tak payah la nak susah-susah datang rumah kami lagi. Benda dah putus pun kan so biar je la dia putus. Tak payah la nak sambung balik ke apa ke ok. Lagi pun si Risya tu tak layak la nak jadi menantu saya. Jadi Hajah Mariani tak payah la nak bazirkan masa tu untuk datang jumpa saya lagi.”- Datin Aminah

“Lagi satu,lepas ni please call me DATIN AMINAH dan bukannya MINAH!” Ujar Datin Aminah dengan bongkak. Serta-merta juga panggilan itu di matikan.

Angkuh sekali percakapan Datin Aminah dengan Hajah Mariani. Sifat baik Datin Aminah terhadap keluarga Batrisya selama ini hilang,lenyap entah kemana.

Semua ini berlaku selepas Khai berjaya mempengaruhi kepercayaan Ibunya dengan cerita-cerita palsu yang direkanya tentang Batrisya.

..............................

Khai yang duduk bertongkatkan kedua sikunya di peha mula gelisah bila Datin Aminah memandangnya tajam seolah-olah mata helang yang sedangkan aimkan musuhnya.

“Hey Khai! Ibu tanya ni kenapa kamu putuskan pertunangan kamu tu dengan Risya?! Ibu tunggu ni sebab Ibu nakkan jawapan bukan nak tengok muka kamu tu.!” Tegas sekali Datin Aminah.

Hilang sudah kesabarannya selama ini pada Khai. Baru sahaja minggu lepas mintak tangguhkan tarikh kawin alih-alih hari ni bagi tahu dah putus tunang. Macam mana tak marah.

“Khai terserempak Risya tu dengan jantan lain dekat mall. Siap peluk lengan jantan tu lagi. Ibu rasa layak ke dia tu jadi menantu Ibu? Selama ni Khai sendiri pun jarang dapat pegang tangan dia Bu,tapi dengan jantan tu dia bukan main lagi. Siapa yang tak marah Bu. Khai tak nak memperisterikan perempuan murah macam tu. Jadi sebab tu Khai putuskan je pertunangan ni Bu.”- Khai

“Dari perempuan murah macam si Risya tu jadikan isteri Khai,baik Khai pilih Amelia. Walaupun dia seksi tapi dia tak pernah tipu Khai. Dia setia lagi dengan Khai.” Tipu Khai. Sengaja dia menyelitkan nama Amelia dalam perbincangan itu. Dan dalam masa yang sama dia berharap agar Ibunya itu akan menerima Amelia sebagai menantunya.

Dalam diam Khai mula mengukirkan senyuman sinisnya.

‘Padan muka kau Risya. Cari pasal dengan aku lagi kan. Sekarang aku akan buat Ibu aku bencikan kau! Senang sikit aku nak buat Ibu aku tu terima cinta hati aku tu. Herm.’

Macam nak percaya ada,tak nak percaya pun ada dengan apa yang diceritakan oleh Khai.

‘betul ke? Atau pun Khai yang memang sengaja nak mereka cerita? Ye la,sebab aku kan tak terima perempuan tak cukup kain tu jadi menantu aku. Tapi tak mungkin la sampai nak reka cerita bagai.'

Terangkat kening Datin Aminah memandang Khai. Riak wajahnya kini menunjukkan yang dia sikit pun tidak percayakan dengan apa yang diperkatakan oleh Khai sebentar tadi. Tangannya kini disilangkan di dada.

“Ada bukti ke yang boleh buat Ibu percayakan dengan kata-kata Khai ni? Ye la,mana la tahu kan Khai saje buat cerita ke?” Soal Datin Aminah dengan nada yang berbaur sedikit menuduh.

Badannya disandarkan pada sofa lalu tangannya mencapai Iphone yang berada di sebelahnya. Jari jemarinya mula menari di skrin lalu photo dibuka.

‘Kan aku dah agak,Ibu mesti tak percaya punya. Tapi nasib baik la aku ada yang sekeping ni. Herm,padan muka kau Risya. Kalau dulu Ibu aku selalu je sebelahkan Kau kan. But now tak lagi. Aku akan buat Ibu bencikan kau sehabis-habisnya!’

Satu gambar di klik untuk open. Dan gambar itu adalah gambar Batrisya memeluk lengan Harris semasa Batrisya ingin meninggalkan Khai dengan kekasih hatinya itu.

“Nah,Ibu tengok la sendiri. Gambar Risya dengan mamat tu. Gambar ni sekeping je yang Khai sempat ambik. Tu pun sebab nak tunjuk dekat Ibu. Kalau tak,tak ada maknanya Khai nak ambik gambar si Risya tu.”

“Cuba Ibu tengok Risya peluk lengan jantan tu. Perempuan macam tu ke Ibu nak jadikan menantu? Depan kita bukan main lagi Bu,belakang perangai macam apa dah.” Tambah Khai. Sengaja dia menokok tambahkan cerita supaya Ibunya itu bencikan gadis yang bernama Diana Batrisya itu.

Semakin lama Datin Aminah mula termakan dengan cerita yang di putar belitkan oleh Khai.

Tergeleng-geleng Datin Aminah saat melihat gambar Batrisya yang di tunjukkan oleh Khai tadi. Sungguh dia tidak menyangka gadis yang selama ini dianggapnya baik rupa-rupanya seorang wanita yang bertalamkan dua muka.

Satu keluhan berat dilepaskan. “Tak sangka Ibu Risya perangai macam ni. Lepas ni kalau dia ada muncul depan Ibu tahu la Ibu nak ajar dia macam mana. Berani dia perbodohkan Ibu dengan perangai dia tu.” Marah Datin Aminah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience