C 44

Romance Series 50533

Harris dan Batrisya kini masing-masing sedang mengambil tempat melabuhkan punggung sambil menanti waiter untuk mengambil pesanan makanan. Sengaja Harris memilih meja yang terletak agak jauh daripada yang lain. Biasa la nak ambik feel romantic cinta-cinta gitu. Hihi.. Cuma Batrisya je yang tak tahu depan dia sekarang ni siapa.

Melihat Batrisya yang dengan rajuknya,Harris membuat keputusan untuk memesan beberapa jenis makanan. Paling penting semua makanan yang dipesan oleh Harris semuanya makanan kegemaran Batrisya.

Macam mana Harris boleh bagi tahu semua makanan kegemaran Batrisya? Ni la orang tua-tua cakap nak seribu daya,tak nak seribu dalih. Tekadnya dulu untuk memikat hati Batrisya membuatkan dia belajar semua benda tentang Batrisya. Apa yang Batrisya suka dan tak suka. Makanan kegemaran. Senang cerita semua la. Apa yang penting tentang Batrisya semua dia tahu.

Membulat mata Batrisya melihat satu persatu makanan yang terhidang didepan matanya kini. Mana taknya,semua makanan tu semua favorite dia lagi-lagi chicken grill. Telan air liur Batrisya dibuatnya.

Telatah Batrisya yang seakan-akan kebudak-budakkan itu membuatkan Harris tersenyum sendiri.

“Emm.. Harris..aku nak makan chicken grill ni boleh tak?” Minta Batrisya. Pandangannya masih lagi tertumpu kemas pada chicken grill tersebut. Sikit pun tidak dialih pandangannya. Bersinar-sinar anak mata Batrisya memandang chicken grill tersebut. Nampak sangat tu macam peminat tegar chicken grill.

“Makan la,memang aku oderkan untuk kau pun.”

Tanpa berlengah lagi Batrisya terus sahaja menghiris isi ayam tersebut dan memasukkan hirisan ayam tersebut kedalam mulutnya.

Ya Allah.. sedapnya!!

“Sedap?” Soal Harris apabila melihat Batrisya memasukkan suapan keduanya tanpa mempedulikan kehadiran dirinya. Amboi.. dengan chicken grill pun nak jeles ke? Hihi

“Sedap! Sangat sedap! Perfect gila. Aku tak pernah lagi makan Chicken Grill sesedap ni. Sumpah!” Puji Batrisya sambil memandang wajah tampan Harris.

Kelazatan chicken grill di Hotel tersebut memang tak dapat dinafikan lagi ini kerana rata-rata pengingap yang menginap di Hotel tersebut memuji kelazatan menu chicken grill di hotel tersebut. Dan secara kebetulan pula Batrisya memang penggemar tegar chicken grill jadi Harris mengambil peluang ini untuk dengar sendiri pendapat Batrisya tentang menu tersebut.

“Aku rasa kan lepas ni memang aku always la datang sini sebab nak makan chicken grill dia ni je.” Ujar Batrisya tersenyum manis sambil menyuapkan saki baki isi chicken grill tersebut ke dalam mulutnya.

“Herm,ye..lepas ni memang aku akan always bawak kau datang sini selalu pun.” Balas Harris perlahan.

“Ha,apa Ris? Kau cakap apa tadi aku tak dengar la.”

“Eh,tak,tak ada pape la. Sya,lepas makan ni kau ikut aku pergi Club House dekat sana tu yer.”

“Club House? Tak nak la aku.”

“Ala..jom la. Bukan ada pape pun. Saja nak lepak-lepak je. Jangan takut la. Club dekat Hard Hotel ni dia lain daripada yang lain tau. Bukan lain sikit tapi lain banyak.” Terang Harris panjang lebar menyakinkan Batrisya.

...............

Bunyi deringan dari Iphonenya yang berkali-kali itu cukup mengganggu tidur nyenyak Khai. Dua tiga hari ni dia terlalu sibuk dengan kerja yang bertimbun di pejabat. Lebih-lebih lagi sejak dapat handle projek dari Hard Building.

“Hello.” Sapa Khai dalam mamai dengan sura serak basahnya itu. Suara orang baru bangun tidur biasa la.

“Hello.. Sayang..kenapa U lama tak call I ni.. U tak rindu I ke? I tunggu U call tapi U tak call pun. I ada buat salah dengan U ke sayang...herm?” Bicara Amelia dengan nada gedikknya serta lenggang lenggok badannya. Walaupun Khai tak nampak tubuh badanny yang seperti sotong kurita itu tapi bila saja suara gedikknya terkeluar automatik badannya akan menggeletis begitu rupa.
“Oh..Lia,herm kenapa call I ni? Sorry la..lately ni I busy sikit,sampai nak call U pun tak sempat.” Balas Khai acuh tak acuh. Sungguh dia tak ada mood sekarang ni nak melayan perangai gedik si Amelia tu. Apa yang ada dalam benak fikirannya kini dia nak tidur.!

“Ala U ni! U tak rindu I ke sayang?! I rindu U tau. Sayang..esok kita keluar lunch nak? Lepas lunch U temankan I shopping sekejap. Please... Sekejap pun tak apa. Lepas tu I janji I tak kacau U dah. Please...”

Keluar date tak semestinya bercinta. Nagi Khai yes dia memang sedang bercinta dengan Amelia tapi untuk Amelia tidak sama sekali. Niat sebenarnya lebih kepada nak paw duit Khai masa shopping tu nanti. Sebab masa tu dia boleh ambik apa sahaja yang dia inginkan termasuk lah hand bag Guess yang Limited Editon tu.

“Eemm..tengok la kalau I free esok kita jumpa ok. Tapi kan,U bukan ramai kawan ke? Kawan lelaki ada,kawan perempuan pun ada kan? So why not U ajak dorang tu semua lepak dengan U.” Tembak Khai. Saja la dia nak korek rahsia Amelia tu.

“Kawan lelaki? Mana ada sayang. Sejak bila pulak la yang I ni ada kawan lelaki selain daripada U. U la kawan lelaki I. U la boyfriend dan jugak bakal suami I tau.” Tutur Amelia dengan suara lemah gemalainya.

Tak pernah-pernah dia ni sebut pasal kawan lelaki. Kenapa hari ni tiba-tiba boleh sebut pulak. Pelik ni. Ni kalau kantoi ni habis aku. Dah la dia je yang paling kaya kalau nak dibandingkan dengan si Adam dan Yus tu. Ngomel Amelia sendiri sambil otaknya ligat berfikir tentang hal tersebut.

“Tak apa la kalau U busy, I boleh je jalan sorang-sorang tak apa I ok je..” Rajuk Amelia. Sengaja dia meleretkan suaranya menandakan yang dia mula ingin merajuk.

Adoi..lemah la dia ni..nak merajuk bagai. Aku dah la kalah dengan merajuk-merajuk ni. Yang si Jack ni pun satu hal la. Tak dapat info pape lagi ke pasal minah ni. Tak kan nak kumpul data tu seminggu then baru nak bagi tahu aku! Eee!! Marah Khai dalam hati.

Khai menelentangkan dirinya supaya lebih lebih selesa. “Emm..ok sayang. Esok I temankan U makan and shopping ok. I nak tido ni,badan and otak I penat sangat.” Ujar Khai ingin menamatkan panggilan tersebut.

Dengar je Khai setuju untuk temannya shopping,apa lag senyum sampai ke telinga la. Rasanya kalau tak ada had tu mesti senyum dia tu bercantum sampai ke belakang.

Yes!! Akhirnya aku berjaya jugak pujuk mamat sengal ni shopping! Tunggu kau handbag,esok aku akan pinang kau! Yeaahh!! Sorak Amelia dalam hati.

“Ok sayang..sayang take care tau. Tidur elok-elok. Esok lunch I datang dekat office U. Ok sayang. Bye sayang..love you. Muaahh!!”

Buaya betina sangat!!

Khai tersenyum segaris lalu mematikan panggilan tersebut dan kembali menyambung tidur lenanya.

Amelia berjalan mundar mandir dalam rumahnya. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Tak senang duduk dibuatnya memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya daripada terkantoi dengan Khai.

“Emm..macam mana ek aku nak buat ni. Adam,baru naik offshore jadi dah lepas dah untuk sebulan. Yang si Yus ni pulak,dua hari lepas dia fly ke London,so maksudnya esok dia ada dekat sini la. Adoi.. alasan apa ek aku nak bagi kalau dia ajak aku keluar.” Bebel Amelia menyusun jadual playgirlnya. Busy kalah menteri.!

Amelia memicit-micit dahinya yang terasa sedikit berdenyut. Satu keluhan dilepaskan. “Ok tak apa Lia. Just releks ok. Kau boleh handle semua..bukan susah pun..Cuma jangan bagi kantoi je.”

yeay!! update lagi. ^_^ enjoy guys.. love u all ^.^ nak lagi ke? ≧∇≦

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience