C 38

Romance Series 50533

Sesampai sahaja di hadapan rumah Batrisya,Harris parkan keretanya betul-betul dihadapan pintu utama rumah tersebut. Memudahkan Batrisya supaya tidak berjalan terlalu jauh kerana badanya masih lemah.

“Sya..bangun kita dah sampai ni.”Kejut Harris dengan nada perlahan. Suara garau Harris membuatkan intonasinya menjadi romantik.

“Emm..”Hanya itu sahaja yang mampu terlahir dari mulutnya. Dia masih lagi mencuba sedaya upaya untuk bangun namun tetap tak berdaya.Badannya tika ini memang betul-betul terasa lemah. Dia sendiri pun pelik kenapa sampai boleh jadi macam ni.

“Jap Sya kau jangan bangun tau. Aku panggilkan Babah kau untuk dukung kau. Tadi tak apa la aku dukung kau sebab tak ada orang lain yang mampu dukung kau yang berat tu selain aku.” Gelak Harris.

Dalam keadaan Batrisya lemah macam tu pun dia boleh buat lawak. Harris..Harris.

Matanya membuat rolling eyes. Eleh. Mengada. Suka hati kau je cakap aku ni berat. Dia yang offer nak dukung aku lepas tu nak kenakan aku pulak. Ngek. Eh,kalau aku ni boleh jalan memang tak la aku nak kau dukung aku. Tak kuasa la! Apa? Rasa sado la tu boleh dukung aku! Eee.. Please la. Aku harap sangat bakal tunang aku tu lagi sado lagi hensem la dari kau! Dasar poyo! Bebel Batrisya dalam hati.

Harris bersalaman dengan Haji Damhuri sejurus sahaja pasangan itu muncul dihadapannya. Kepalanya ditundukkan sedikit pada Hajah Mariani tanda hormat.

“Uncle Rie,Uncle Rie kena dukung Sya sebab badan Sya belum cukup tenaga untuk berjalan.”Terang Harris sambil melangkah mendekati Batrisya yang masih setia di dalam kereta.

“Uncle dukung? Uncle mana la larat Ris nak dukung si Risya tu. Nampak je kecik tu,BERAT.” Sakat Haji Damhuri pada anak gadisnya itu.

Batrisya membukakan sedikit matanya. “Babah..jangan nak macam-macam ek. Cepat la angkat Kakak Bah..Kakak tak larat la nak duduk macam ni lama-lama.”Rengek Batrisya.

“Ish,Abang ni pun..Anak tengah tak sihat pun disakatnya jugak.” Tamparan lembut Hajaha Mariani hinggap di bahu kiri Haji Damhuri. Kini mereka bertiga ketawa geli hati.

“Dah. Harris kamu je angkat Risya tu letak dalam bawah tamu sana. Uncle izinkan. Senang sikit Uncle dengan Unty nak tengok-tengokkan Risya nanti. Kalau duduk bilik atas tu nanti kalau jadi pape susah pulak.”

Harris hanya mengangguk. Lantas dia memanjangkan langkahnya mendekati Batrisya.

“Sya..come la aku dukung kau. Aku bawak kau masuk bilik. Then kau boleh rehat ok. Kata Harris sambil tangannya mencapai handbag yang berada di atas riba Batrisya.

Eleh tadi cakap aku berat. Bila babah dah bagi izin bukan main lagi kau ye. Laju je nak dukunh aku.

“Tadi cakap berat. Tak payah la dukung.” Rajuk Batrisya. Dia sebenarnya malu. Ye la,perempuan mana yang tak malu oi bila lelaki cakap dia berat. Herm.. Dan disebabkan tu la dia kalau boleh tak nak dah harris dukung dia. Walaupun dalam hati terselit rasa nyaman ketika berada di sisi Harris.

“Ala..jangan nak mengada la. Aku kan sado.. so setakad badan sekeping macam kau ni tak ada effect pun pada aku.

“Perasan.” Laju saja perkataan itu meluncur keluar dari mulut Batrisya. Walaupun perlahan tapi masih mampu didengari Harris.

Harris mengukirkan senyuman manis saat memandang wajah pucat Batrisya.

Harris mula mencempung tubuh Batrisya. Tangan Batrisya pula mula melingkari leher Harris. Dalam diam Batrisya sempat memerhatikan wajah tampan Harris. Entah kenapa ada getar dalam hatinya saat ini. Dia sedar yang hatinya kini sudah mula terpaut pada Harris. Mungkin kerana tingkah laku Harris yang carekan tentang dirinya. Tapi dalam masa yang sama dia harus memadamkan perasaan itu kerana dia sudah menjadi tunangan orang.

Harris..kan best kalau kau yang masuk meminang aku.Tapi.... Herm..
Dia sedar yang dirinya diperhatikan Batrisya Cuma dia buat tak tahu dan hanya perhatikan dengan ekor matanya sahaja.

Sesampai sahaja di tepi katil yang bersaiz queen itu, dengan perlahan Harris meletakkan Batrisya di atas katil tersebut.

“Harris..” Panggill Batrisya saat Harris melangkah meninggalkannya.

Tersentak Harris mendengar Batrisya menyembut namanya dengan penuh lemah gemalai. Nada suaranya seperti seolah-olah sedang menggoda.

Amboi..sampai ke situ kau Harris ek. Bukan main nih! >_<

Penghawa dingin yang menyentuh lembut kulit Harris seperti tidak berfungsi. Dahinya kini basah dengan peluh gemuruhnya. Namun dia cuba dengan sehabis baik untuk berlagak seperti biasa.

Tolong la next time jangan panggil aku lembut-lembut sangat Sya oi. Lemah aku dibuatnya tahu. Fuhh..

Harris berpaling memandang Batrisya sambil cuba untuk mengawal perasaannya sendiri.

“Yes Sya..?” Senyuman manis menghiasi wajahnya kini.

“Tq for everything.” Ucap Batrisya.

“Welcome. Dah kau rehat la ye. Tapi untuk dua tiga hari ni kau jangan pergi office k. Kalau kau pergi jugak aku sendiri yang datang ambik kau dekat office and bawak balik rumah. Faham?” Pesan Harris. Bukan boleh kira sangat dengan si Batrisya ni. Workaholic sangat. Nanti tahu-tahu dia pergi office pulak. Tu yang kena bagi warning awal-awal tu.

Batrisya menyengetkan mulutnya.

Emm..suka hati je nak arah-arah aku. Aku tahu la nak jaga diri. Hurm.

Harris memalingkan tubuhnya lalu meninggalkan Batrisya sendiri di dalam bilik itu.
Anything for you dear. Bisik Harris .

Selesai sahaja menerangkan tentang keadaan Batrisya pada Haji Damhuri dan Hajah Mariani, Harris keluar untuk membuat panggilan pada Farid untuk memaklumkan tentang keadaan Batriysa.

“Hello.. Farid. Aku nak mintak maaf dengan kau sebab aku tak sempat nak call kau tadi.” Harris mulakan perbualannya sambil menyandarkan tubuhnya ke badan kerusi kereta Mercedesnya itu.

“Apa benda weh? Apa ce? Bunyi macam serious je. Kau jangan takutkan aku Ris.”

“Tadi Sya pengsan dekat office. Tapi kau jangan risau la sebab aku dah bawak dia jumpa Amir tadi. Alhamdullillah.. semua nya Cuma dia demam panas je la. Lepas tu dia kena rehat untuk dua ke tiga hari ni dekat rumah.” Terang Harris pada Farid. Dia tak nak dua beradik itu terkejar-kejar datang melawat Batrisya takut nanti lain pula jadinya.

“Ya Allah.. pengsan lagi. Ni kalau si Farah tahu ni tak senang duduk dia ni. So sekarang Risya dekat mana weh?”

“Ada dekat rumah ni ha.. Aku hantar dia balik terus tadi. Kalau tu kau datang rumah Uncle Rie la kalau nak jenguk dia ok."

“Kalau macam tu aku dengan Farah pergi sekarang la rumah Uncle Rie lagi pun dah habis time kerja kan. Kau ada dekat sana tak?”

“Aku dah nak balik dah weh. Esok kau free tak? Aku nak jumpa kau dua beradik sebenarnya. Nak bgi tahu something.”

“Something apa pulak kau ni Ris.. Haihh.. banyak game betul la kau ni Ris. Lama-lama nanti melepas pulak baru tahu.”Usik Farid.
“Ala chill la. Everything dah berjalan dengan smooth. So.. pape esok je la aku bagi tahu dekat korang ok. Jangan lupa tau.”

“Ha.. ok la kalau macam tu. Esok kita jumpa dekat Cafe bawah office aku ni. Ok la Ris aku nak gerak pergi rumah Uncle Rie dulu. Nanti apa-apa kau inform aku balik ok.”

“Ok set.”Terus sahaja Harris mematikan panggilannya.

Beberapa minit kemudian..

“Assalamualaikum yes Mom? Kenapa ni macam resah je Mom?” Soal Harris sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.
Dia boleh tanya kita kenapa ish budak ini..

“kenapa tak bagi tahu Mom yang Risya pengsan tadi?”

Harris menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Mati aku.

“Em..a’ah Mom. Tadi Sya pengsan tapi Mom jangan risau ok. Hard dah satlekan semua. Sekarang Sya tengah rehat dekat rumah.”

“Mom tahu..kalau bakal mak mertua Hard tu tak call mom tak ada nya mom tahu semua ni..” Nadanya separa merajuk.

“Sorry mom..Hard tadi pun terkejut. So mom tunggu Hard sampai rumah dulu boleh? satle semua. Lepas Dinner kita bincang ok. Sebab Hard nak bincang dengan mom pasal majilis minggu depan tu. And Hard ada satu idea tapi Hard nak tengok jugak pendapat mom dengan papa macam mana. Setuju ke tak ke.. Ok mom?”

“Ok Hard mom tunggu.”

Tahniah pada yang teka Harris tunangan Bat. (⌒o⌒) Chapter ni tak boleh nk sorok. ≧∇≦ Sebab HARD tu memang nama pangillan family dia. haha. Happy reading guys. (´ε`)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-21 10:41:33 

next please

Hawani Hashim66
2021-03-19 14:16:35 

ada sambungan kan jam apa seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience