C 37

Romance Series 50538

“Sya..” Panggil Harris lembut.

“Emm..” Sahut Batrisya dengan nada suara lemah. Dengar dengan tidak je nadanya.

Matanya dikerdipkan beberapa kali supaya penglihatannya lebih jelas. Wajah Harris yang tersenyum dipandang Batrisya.

“Ha.Harris..” Panggil Batrisya lembut.

“Ye Sya..aku ada dekat sini.”

Langkah kakinya membawa dirinya mendekati Batrisya yang sedang terbaring lemah di atas katil di klinik tersebut.

“Harris..aku nak balik.”Pinta Batrisya.

“Boleh jalan tak ni?” Tanya Harris. Batrisya cuba bangun walaupun kepalanya terasa huyung hayang.

“Kau nak aku pimpin ke Sya?” Niatnya hanya Cuma ingin membantu bukan la nak ambil kesempatan atas Batrisya. Dia takut kalau-kalau Batrisya akan terjatuh sebab keadaanya masih lagi belum stabil.

“Emm..Tq Harris. Tapi tak apa la aku boleh jalan sendiri kot. Aku takut kalau-kalau bakal tunang aku tu nampak nanti. Apa pulak dia cakap kan.” Kata Batrisya sambil berusaha untuk bangun.

Tergamam Harris mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis idamannya itu. Entah kenapa hatinya terasa sedikit terharu dengan jawapan Batrisya. Dia tidak menyangka yang Batrisya akan menjaga hatinya walaupun hakikatnya dia belum kenal dan tahu siapa sebenarnya bakal tunangnya itu.

“Eerr..ok la kacau macam tu. Jom aku hantar kau balik. Babah dengan Ibu kau pun tengah tunggu kau dekat rumah tu. Jom aku bawakkan handbag kau.” Harris menagmbil handbag tersebut dari Batrisya lalu dipegangnya.

Haiihh..so sweet..siap bawakkan handbag lagi. Gentlemen habis weh.!

Kakinya digagahkan jua walaupun dia tahu yang dia sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi.

Satu langkah,dua langkah.. dan akhirnya dia menyerah kalah. Batrisya betul-betul rebah dihadapan pintu klinik tersebut. Saat itu memang hanya mereka berdua sahaja pelanggan dalam klinik tersebut.

Amir mengarahkan staff nursenya untuk meletakkan tanda close pada pintu klinik tersebut.

Tubuh kecil Batrisya itu sempat disambut Harris sebelum jatuh bertemu lantai.

“Sya..badan kau ni tak kuat sangat lagi.. Biar aku dukung kau je ok?” Pinta Harris. Sungguh dia kasihan melihat keadaan lemah Batrisya tika ini.

Jeda.

Rasa serba salah mula menyelubungi hatinya . Batrisya tahu dirinya memang perlukan pertolongan tu dari Harris. Tapi dalam masa yang sama dia takut kalau-kalau bakal tunangnya itu nampak situasi itu. Nanti tak pasal-pasal je majlis tunang minggu depan kena batal. Hurm..

“Sya..aku bukan nak ambik kesempatan atas kau,aku Cuma nak tolong kau je Sya. Kau jangan la risau ok.” Terang Harris jujur bila melihat keadaan Batrisya yang diam seribu bahasa.
Pandangannya dibawa sekali memandang Harris.

“Emm..ok.”Jawab Batrisya dengan perlahan. Lalu dengan takut-takut dia melingkarkan tangan kirinya di leher Harris dan Harris pula dengan perlahan mencempung tubuh lemah Batrisya.

Pintu klinik dikuak oleh staff nurse dan Harris melangkah keluar ingin meninggalkan klinik tersebut.

Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan Klinik tersebut tiba-tiba anak telinganya menangkap bunyi tepukan yang cukup sinis dan menyakitkan hati.

Harris berpaling ke arah bunyi tepukkan itu maka berdiri la dihadapannya kini pasangan merpati yang tak berapa sweet tu dihadapannya.

Bunyi tepukkan menganjing Khai tu sangat-sangat menyakitkan hati Harris saat ini dan apatah lagi Batrisya.

Batrisya yang berada dalam dukungan Harris hanya menyembunyikan saja wajahnya pada dada bidang Harris. Sungguh dia malas untuk bersua muka dengan lelaki dihadapan mereka itu sekarang ini.

“Emm..ok.”Jawab Batrisya dengan perlahan. Lalu dengan takut-takut dia melingkarkan tangan kirinya di leher Harris dan Harris pula dengan perlahan mencempung tubuh lemah Batrisya.

Pintu klinik dikuak oleh staff nurse dan Harris melangkah keluar ingin meninggalkan klinik tersebut.

Baru sahaja beberapa langkah meninggalkan Klinik tersebut tiba-tiba anak telinganya menangkap bunyi tepukan yang cukup sinis dan menyakitkan hati.

Harris berpaling ke arah bunyi tepukkan itu maka berdiri la dihadapannya kini pasangan merpati yang tak berapa sweet tu dihadapannya.

Bunyi tepukkan menganjing Khai tu sangat-sangat menyakitkan hati Harris saat ini dan apatah lagi Batrisya.

Batrisya yang berada dalam dukungan Harris hanya menyembunyikan saja wajahnya pada dada bidang Harris. Sungguh dia malas untuk bersua muka dengan lelaki dihadapan mereka itu sekarang ini.

“Sayang..cuba U tengok ni. Perempuan yang dulu kononya baik tak bagi I sentuh tiba-tiba sekrang U tengok la. Lelaki ni siap boleh dukung dia lagi Sayang. U tahu tak Sayang dulu masa I tunang dengan dia I nak pegang tangan pun kadang-kadang dia tak bagi tau. Apatah lagi dukung macam ni. Katanya BERDOSA.” Cukup sinis kata-kata Khai memerli Batrisya. Memang sengaja dia menekankan perkataan BERDOSA itu untuk tambahkan lagi bara di hati kecil Batrisya saat ini.

“Tapi kan sayang,nasib baik la I jumpa dengan U tau. Kalau I buat perbandingan antara U dengan minah bajet alim ni la kan. U lagi baik sayang.” Puji Khai dalam nada yang sinis. Tangan kananya merangkul erat pinggang ramping Amelia. Senyuman sinis yang diberikan hanya diperhatikan Harris. Sakit hatinya kini hanya Allah je yang tahu. Berlaga-laga gigi Harris menahan amarahnya.

Harris dapat merasakan yang dadanya kini mulai lecun dek tangisan senyap Batrisya.

To much Khai! Kau belum kenal aku sepenuhnya lagi. One day aku akan make sure yang kau datang melutut dekat aku. !

“Sabar ye sayang. Biar aku balas untuk kau.” Bisik Harris pada Batrisya.

Perkataan sayang yang terpancul keluar dari mulut Harris bukan la tak perasan dek Batrisya,cuma dia sengaja membiarkan. Seluruh tubuhnya terasa lemah,letih tak kuat untuk berbalah. Tapi entah kenapa hatinya terasa seperti sesuatu saat Harris memanggilnya menggunakan perkataan sayang.

“Khairil Bahari Bin Datuk Khahar. Herm, nama tu tak la berapa nak sedap sangat. Muka kau pun tak ada la hensem mana pun biasa-biasa je. Ni,kau kenapa sebenarnya ek? Kau jeles ke sebab aku boleh dukung Sya ni? Herm.”

“Ni aku nak bagi tahu dekat kau satu benda. Kau tahu tak,aku tahu semua latar belakang kau Khai. Pasal kau jaja cerita dekat mak kau pun aku tahu. Tapi tu tak apa la kan. Cuma satu je la aku nak bagi tahu kau.” Kali ni Harris memandang tepat ke dalam anak mata Khai. Khai pula tetap dengan gaya sombongnya.

“Kau jangan ingat perempuan yang tengah menggedik dengan kau sekarang ni baik sangat. Sebab aku lebih kenal dia berbanding dengan kau.”

“Dah la sayang kita balik ok. Kesian sayang dah la tak sihat,kena hadap perangai orang tiga suku depan kita pulak ni. Hermm..” Puas hati Harris kali ni dapat membela hati gadis itu. Mereka berdua terus berlalu meninggalkan Khai dan Amelia terdiam kaku disitu.

Teresak-esak Batrisya menangis. Geram sangat geram! Tapi disebabkan keadaannya tak mengizinkan dia untuk membela dirinya dia terpaksa lepaskannya melalui air mata.

Too much Khai! Kalau aku sihat muka kau tu memang makan penampar aku dah. Tapi... kalau aku sihat jugak Harris tak ada la nak dukung aku macam ni. Mesti lepas ni Khai akan buat cerita kaw-kaw punya pasal aku. Ye la,kena dukung kot. Lepas tu siap keluar dari klinik lagi. Hurrmm... Ya Allah.. cekal kan la hati aku untuk hadap semua fitnah ni nanti Ya Allah. Hermm..apa lagi la ujian aku lepas ni. Ngomel Batrisya sendiri dalam hati.

Perasaan curiganya mula menembusi hatinya. Kini Khai merenung Amelia dengan renungan tajam sambil kedua tangannya disilangkan di dada.

“What?” Tanya Amelia sambil cuba untuk berlagak selamba.

Mati aku kalau kantoi ni. Siapa la mamat tak guna tadi tu. Dia kenal aku ke? Aku pernah skandel dengan dia ke? Setahu aku tak pernah. Tapi macam mana dia boleh kenal aku pulak. Adoii...

“U ada apa-apa yang U sorokkan dari I ke? Herm.” Soal Khai dengan wajah yang serious.

“Mana ada. U ni dah kenapa? Baru kena gertak sikit dah goyang ke? Pengecut! Dah la I malas nak layan U.” Ujar Amelia dalam nada rajuk yang dibuat-buatnya.

Bukan susah pun tutup salah dia. Just buat Khai rasa bersalah and satle. Sebab dia kan berlari memujuk Amelia yang pura-pura merajuk itu. Jadi dengan tektik ni sampai bila-bila pun dia akan buta dengan apa yang Amelia buat di belakang dia.

Herm,nasib la aku ni tahu kelemahan kau Khai. Jadi tak ada la susah sangat aku nak sorokkan permainan aku. Dasar lelaki. Herm. Kutuk Amelia dalam hati.

sory lambat update korang ^_^ Nah chapter 37 untuk korang. enjoy. (●´з`)♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience