C 9

Romance Series 50538

Selepas Datin Aminah dan Dato’ Khahar pulang, Batrisya melangkahkan kakinya berjalan menuruni anak tangga. Satu persatu anak tangga itu dipijakknya.

Air mata yang mengalir di pipinya,diseka dengan telapak tangan. Wajahnya hanya menunduk memandang lantai dan cuba mencari sisa-sisa kekuatan yang ada dalam dirinya.

“Ibu,Babah..” Panggil Batrisya dengan nada suara sayu.

Hatinya kini sakit,menjerit,menangis. Rasa seperti hatinya di siat-siat. Tapi seboleh-bolehnya,dia cuba mengawal perasaanya itu. Dia cuba untuk tidak menunjukkan apa yang dirasanya saat ini.

Baginya,cukup la Khai menyusahkan hati kedua Ibu bapanya hari ni. Dia tak ingin menambahkan lagi resah di hati Ibu bapanya itu.

Hajah Mariani bangun dari tempat duduknya dan terus mendapatkan anak daranya itu. Haji Damhuri yang masih setia di tempat duduknya hanya manjadi pemerhati pada dua orang kesayangannya yang sedang berpelukkan.

Pelukkannya dileraikan lalu kedua tangan Hajah Mariani memegang pipi basah Batrisya,wajah Batrisya diangkat dengan perlahan supaya anak mata mereka bersatu.

“Kakak..kakak sabar ye sayang. Ibu tahu anak Ibu ni kuat. Pasal untuk tangguhkan tarikh tu Ibu dengan Babah tak kisah apa je keputusan Kakak. Asalkan keputusan Kakak tu membahagiakan hati Kakak.” Ujar Hajah Mariani lembut sambil memeluk erat tubuh anaknya itu kembali.

Kalau nak di ikutkan hatinya, dia tidak ingin lagi menerima Khai untuk menjadi menantunya. Tapi seandainya Batrisya masih ingin menerima Khai,dan seandainya Batrisya rasa dia masih boleh bahagia dengan Khai, dia akur.

Batrisya hanya mendiamkan dirinya dalam pelukan Hajah Mariani. Fikirannya saat ini Kusut. Sangat Kusut. Apa yang hatinya inginkan saat ini hanya ingin bertemu dengan Farah,dan menceritakan semuanya pada sahabat karibnya itu.
“Kakak..come here duduk dekat Babah.” Panggil Haji Damhuri sambil menepuk lembut sofa kosong di sebelahnya. Kali ini Haji Damhuri pula mengambil alih cuba memujuk anak sulungnya itu.

Kakinya melangkah membawa dirinya yang terasa kosong untuk duduk di sisi Babahnya Haji Damhuri. Tiada segaris senyuman pun di wajah nya.

“Kakak sabar ye. Babah tahu anak sulung manja Babah ni kuat. Sabar ye Sayang. Insyallah ada hikmah yang baik nanti untuk Kakak. Sebab tu Allah bagi ujian macam ni dekat kakak. Kita hanya mampu merancang kakak,tapi yang menentukan semuanya Allah. Percaya la yang perancangan Allah tu adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambanya. " Nasihat Haji Damhuri panjang lebar. Anak mata mereka bersatu untuk beberapa saat sebelum Batrisya mengalihkan kembali pandangannya ke lantai.

Tangan kanan Haji Damhuri memeluk lembut bahu Batrisya.

“dah. Now,Babah nak anak gegirl Babah ni kuat! Ye. Jangan sedih-sedih lagi.” Senyuman manis terukir pada bibir yang bermisai itu. Batrisya cuba memaniskan senyumannya saat berbalas pandangan dengan jantung hatinya itu.

Senang hati Haji Damhuri melihat Batrisya mampu tersenyum. Walaupun senyuman itu segaris tapi dia tahu anak daranya itu seorang wanita yang kuat.
Hajah Mariani yang dari tadi menjadi pemerhati tersenyum melihat telatah dua beranak itu. Yup,itu la Haji Damhuri. Seorang lelaki yang tegas dengan beberapa perkara namun masih terselit sifat kelembutannya dengan anak-anak.

‘harap sangat Babah bagi la aku pergi rumah Farah malam ni. Farah! I need u now!’ Jerit Batrisya dalam hati.

“Ibu,Babah..eemm..Kakak nak pergi umah Farah kejap boleh tak? Kakak perlukan Farah la sekarang ni.” Mintanya. Anak matanya sengaja dibulatkan saat menatap wajah Haji Damhuri. Matanya bersinar dengan penuh harapan.

“please Babah...” Rayu Batrisya dengan nada suaranya dilunakkan.

Pandangan Haji Damhuri dan Hajah Mariani bercantum. Melihat kesedihan anaknya itu Hajah Mariani hanya mengangguk. Sungguh dia tidak sanggup melihat anak kesayangan itu dalam keadaan tertekan.

Keakraban antara Batrisya dengan Farah memang tak dapat dipisahkan. Mereka berdua dah macam kembar. Pergi kemana sahaja mesti nak berdua. Hilang je salah sorang,yang sorang lagi pasti akan gelabah mencari. Macam cacing kepanasan.

“ok boleh. Babah dengan Ibu izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat tau. Ni pun dah pukul berapa ni. Ok Sayang.” Pesan Haji Damhuri sambil menepuk lembu bahu anaknya itu.

Tersenyum manis Batrisya memandang Haji Damhuri.

Jarak antara rumah mereka dengan rumah keluarga Farah tidak la jauh mana. Lebih kurang 10km sahaja. Sebab itu kenapa Haji Damhuri izinkan Batrisya untuk ke rumah Farah pada malam itu.

Kunci kereta Audi sport milik Haji Damhuri disambar Batrisya. Sebelum kakinya melangkah keluar,sempat dia melaung pada Haji Damhuri untuk meminjam kereta Audi milik Babahnya itu.

“Babah,Kakak pinjam Audi Babah tau.” Laung Batrisya sambil menayang-nayangkan kunci kereta milik Babahnya ke atas sebelum membuka pintu melangkah keluar dan meninggalkan perkarangan rumah yang sederhana besar itu.

Belum pun sempat Haji Damhuri berkata-kata,Batrisya dan lesap dengan kereta Audinya.

Tergeleng-geleng kepala Haji Damhuri. Dia tahu saat ini anaknya itu amat memerlukan seorang kawan untuk berkongsi.

Sesampai sahaja di perkarangan rumah Datuk Jamil,Batrisya melangkah keluar dari perut keretanya. Anak matanya kini tertumpu pada sebuah kereta yang di parkan bersebelahan dengan keretanya.

“Mercedes Benz GT.” Tutur Batrisya sepatah sambil mencebik.

Kakinya melangkah mengelilingi kereta tersebut.
“ hermm..,sapa pulak yang pakai Mercedes ni. Setahu aku keluarga Uncle tak ada yang beli Merceded. Abang Farid pun baru je beli BMW.” Berkerut-kerut dahinya memikirkan siapa gerangan empunya Mercedes Benz GT ini.

“Mercedes Benz GT.” Tutur Batrisya sepatah sambil mencebik.

Kakinya melangkah mengelilingi kereta tersebut.

“ hermm..,sapa pulak yang pakai Mercedes ni. Setahu aku keluarga Uncle tak ada yang beli Mercedes. Abang Farid pun baru je beli BMW.” Berkerut-kerut dahinya memikirkan siapa gerangan empunya Mercedes Benz GT ini.

“pape pun not bad la test tuan punya kereta ni.” Ngomel Batrisya sendiri sambil berjalan memeluk tubuhnya yang mula rasa dingin malam meresap jauh ke dalam tubuhnya.

Kakinya melangkah menuju ke pintu rumah agam milik Datuk Jamil.

Apa perasaan yang dirasa saat ini pun dia sendiri tak tahu. Semuanya bercampur baur. Sedih,marah,kecewa,sayang,tawar hati, semua ada. Naik buntu untuk buat satu keputusan yang tepat.

Jari telunjuknya diangkat lalu menekan bell yang ada bersebelahan dengan pintu. Beberapa saat kemudian pintu dikuak namun Batrisya hanya menunduk.

Well.. Done. ^_^ Sorry. gaiss lately ni Miss Aish Bzy sikit handle bisnes. Now dah update. Enjoy ^o^ Jangan lupa KOMEN ok. love u :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience