C 18

Romance Series 50538

Harris memandang wajah Puan Sri Rohani dengan pandangan redup.

“emm..tadi Sya pengsan dekat rumah Farid Mom.”- Harris

Ternganga Puan Sri Rohani mendengar berita mengenai gadis itu.

‘pengsan. Kenapa boleh sampai pengsan pulak ni. Kelmarin jumpa nampak sihat je. Mariani pun tak ada cakap apa-apa pulak pasal ni.’ Getus hatinya sendiri.

“ha,macam mana pulak si Risya tu boleh pengsan Hard? So keadaan dia macam mana? Ok tak?” Tanya Puan Sri Rohani. Nada suaranya sedikit cemas namun masih boleh dikawal.

Ikutkan hati nak sahaja dia menelefon Hajah Mariani sekarang,namun mengenangkan keadaan saat itu dia cuba bertenang.

Macam cemas sangat je Puan Sri ni kan? Mesti ada pape ni.. hurm.. -_-

“Alhamdullillah.. Risya ok Mom. Tak ada apa yang serious. Cuma doc mintak dia banyak rehat. Sebab dia sekarang dalam keadaan yang agak stress.” Tiba-tiba sekali lagi hatinya diserbu dengan rasa bersalah terhadap gadis pujaannya itu. Situasi ni mungkin tak akan terjadi kalau dia mampu mengawal percakapnya itu.

Ye ke sekali? Bukan berkali ke? >_<

‘Sya..aku betul-betul mintak maaf dengan kau.’ Bisik hati Harris.

“Alhamdullillah..nasib baik la tak serious mana. Tapi tu pun still nak kena berjaga jugak takut penyakit lain pulak timbul. Tak apa la,esok Mom call Untie Mariani. Dah la Hard,jangan fikir sangat ok. Insyallah Risya ok. Hard rehat la esok Hard nak masuk kerja pulak kan.” Puan Sri Rohani cuba menenangkan hati anak terunanya.

Dari riak wajah Harris,Ibunya dapat meneka apa perasaan yang terbuku dalam hati anaknya itu terhadap gadis yang bernama Diana Batrisya. Istimewa,cukup istimewa.

Harris hanya menganggukkan kepalanya. Betul dia perlu berehat sekarang. Kepalanya mula terasa sakit,mungkin kerana terlalu memikirkan tentang Batrisya.

..........

Batrisya berjalan sendirian di mall. Niatnya untuk releaskan tension bersama teman baiknya terkubur selepas membaca whatsapp yang di reply Farah.

Sorry Risya,aku tak dapat la nak join kau shopping hari ni. Emm..sebab harini aku ada date la. Hihi. Sorry. ~ Farah

Selepas membaca whatsapp reply dari Farah,automatik matanya membuat rolling eyes.

‘ee..meluat pulak aku dengan minah ni. Siap letak emoji perempuan dengan lelaki pegang tangan lagi. Menganjing aku ke apa ni?’ Cemberut muka Batrisya saat ini.

“gedik.” Tiba-tiba ayat itu meluncur laju keluar dari mulutnya. Tapi nasib baik dengan nada yang perlahan,kalau kuat mau orang cop dia minah gila.

Habis satu mall mata hazelnya meneroka. Langkahnya diatur satu persatu. Niat di hati,dia ingin membeli apa sahaja yang berkenan dimatanya. Dah alang-alang lama tak shopping ni jadi hari ni dia balas.

Cara ni la girls lepaskan stresskan? Hihi. Kalau Ecah yes. ^_^

Tiba-tiba anak matanya dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Serta merta degupan jantungnya menjadi laju seolah-olah dia sedang berlari marathon.

“Kha.Khai.!!”

Allah je yang tahu apa yang dirasa Batrisya saat ini. Sedih,marah,kecewa semua ada. Hatinya yang sememangnya sakit bertambah sakit bila melihat kemesraan Khai dengan wanita di sisinya. Siap berpeluk pinggang bertepuk tampar lagi.

Pandangannya dialihkan dari terus memandang pasangan itu.Dia cuba kuatkan hatinya untuk bersabar dan cuba sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir.

Dia tidak ingin nampak lemah di hadapan lelaki itu. Lelaki yang telah berjaya memusnahkan semua impian kebahagiannya.

Harris berjalan sambil cuci-cuci mata untuk menghilangkan rasa bosannya pada hari minggu.

Window shopping. Hihi :D

Nak keluar dating macam Farid tak ada girlfriend. Jadi jalan je la sorang-sorang.

Ala..Farid dah ada girlfriend ke? Baru ingat nak kenenkan Batrisya dengan Farid. >_<

Matanya meliar memandang sekeliling. Gaya rambut yang agak messy menambahkan lagi ketampanan Harris Danial Bin Tan Sri Jamalluddin. Harris yang sememangnya murah dengan senyuman membalas senyuman setiap para gadis yang tersenyum kearahnya.

Playboy sangat. Cakap setia. Puiii. Lelaki. >o<

‘haih..berbalas senyuman je mampu u olls. Nak letak korang dalam hati aku memang tak la sebab dah berpunya..so sila la gigit jari ok.’ Ngomel hatinya sendiri. Bibirnya tersenyum senget.

Melangkah dan terus melangkah. Tiba-tiba langkah kakinya mati.

‘eh,Sya? Serious la. Tapi kenapa menunduk je dekat situ. Dia dengan siapa? Tunang dia ke? Ke dengan Farah?’ Panjang-panjang leher Harris sambil anak matanya melilau mencari gerangan yang bersama Batrisya.

Kakinya melangkah laju mendekati Batrisya.

‘lantak la dia dengan siapa pun,bukan nak buat benda tak elok,nak tegur je.’

Hope sangat Harris tolong si Bat ni. Kesian dia weh. Khai ni kurang ajar betul la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience