C 39

Romance Series 50533

Seperti yang di janjikan mereka bertiga berjumpa di sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari pejabat milik keluarga Farid.

“So,apa yang kiteorang tak tahu tapi kau plan ni? Cerita cepat aku tak sabar nak dengar ni.”

Amboi.. bukan main ek. Aku debik dekat sini baru tahu.

“Amboi.. datang-datang kau serang aku terus ye. Nasib baik tempat awam tau kalau dalam office aku ni aku debik dah muka hensem kau tu.” Gurau Harris.

“Ish..korang ni.. Ha, Abang Harris cepat la cerita. Mesti ada something big ni kan.” Tutur Farah sambil mengecilkan matanya. Dia seperti dapa meneka permainan Harris itu.

Harris membalas pandangan tersebut dengan senyuman manis. Kedudukan di betulkan.

“Ehem. Sebenarnya..aku la bakal tunang Sya tu.” Ucap Harris sambil menayangkan gigi putihnya yang sebaris itu.

“The What!??” Serentah dua beradik itu. Mau tak terkejut. Hari tu ajak join game plan tapi macam tak ada pape pun. Tup-tup dan nak bertunang oi! Paling terkejut ye la Batrisya terima kot.!

“Eee...korang dua beradik ni sama je tau! Malu aku doe orang pandang aku. Control sikit tak boleh ke!” Marah Harris malu. Malu kerana mereka bertiga kini menjadi perhatian oleh pelanggan yang berada di dalam cafe tersebut.

“Kau gila ke apa. Memang terkejut la. Kau ajak kiteorang join game plan kau tapi aku rasa macam aku tak buat pape pun. And last kau bagi tahu aku. Sorry. Kau bagi tahu kiteorang yang kau tu tunang si Risya.”

“A.a’ah. Betul-betul.” Sokong Farah pada kenyataan Abangnya itu.

“Sorry la geng.. aku sebenarnya cuba nasib je. Sebab tu aku tak bagi tahu dekat korang. Aku takut kalau aku beria,happy bagi tahu nanti tup-tup Sya tolak pinangan aku. Malu la aku dengan korang. So.. bila aku tengok gambar jari Sya yang pakai cincin tu aku rasa macam Speecheless Tak tahu nak cakap apa. Tapi alhamdullillah la sebab dia terima aku. Cumanya sekarang ni dia tak tahu yang aku ni bakal tunang dia.”

“Oo.. So hari tu kau berlakon je la.. Wish tahniah semua tu. Herm. Poyo je.”

“Entah poyo je Abang Harris ni.”

“So sekarang sampai bila kau nak sorok yang kau tu tunang sebenarnya tunang dia?”

“Well.. benda ni pun tak lama dah kan. Lusa kalau ikut aku dengan dia kan officially bertunang. Aku ingat that time la aku nak tunjukkan diri aku,Tapi masalahnya aku risau la dengan keadaan dia yang selalu sangat tak sihat sekarang ni. So.. aku ada plan and plan ni pun dah dapat persetujuan daripada aku punya family la. Tapi untuk family Sya tu aku tak tahu sama ada dia setuju atapun tak lah.”

“Plan apa Abang Harris? Share la.. mana tahu kiteorang boleh tolong.”

“A’ah. Tolong percepatkan lagi plan kau tu. So.. dapat la kau tu kawin awal. Hahaha.” Gelak Farid. Suka dia menyakat temannya itu.

....................

Keluar saja Harris dari Lift dia disapa oleh Puan Sri Rohani.

“Hard..come join mom dengan papa.” Panggil Puan Sri Rohani sambil melambaikan sekali tangannya pada Harris.

Dia kini berjalan dengan senyuman dibibirnya. Punggungnya dilabuhkan pada sofa yang bertentangan dengan Tan Sri Jamalluddin. Dragon fruit merah yang yang dipotong Puan Sri Rohani tadi dicapainya.

Melihat Harris yang sedang menyuapkan Dragon fruit itu kedalam mulut,Puan Sri Rohani bersuara.

“Hard macam mana ni? Majlis tunang tu. Mom risau la sebab Risya kan tak sihat. Kalau ikut lusa dah majlis tunang korang tau.” Ujar Puan Sri Rohani yang mula resah memikirkan tentang majlis tersebut.

Ye la,macam mana nak teruskan kalau Batrisya masih lagi dalam keadaan lemah.

“Mom. Hard dah buat keputusan. Emmm..Hard nak Sya rehat untuk dua tiga hari ni. Sebab nasihat Amir pun memang kena bagi Sya rehat. Hard tak nak Sya tu stress. Keadaan dia pun sekarang ni belum cukup kuat. Hard takut nanti keadaan dia bertambah teruk kalau kita buat jugak majlis ni. Hard tak nak macam tu.”

“So,Hard nak tangguhkan pertunangan ni?Hurm.”

Tangguh? Memang tak la. Sebab kalau aku tangguh that’s mean aku sama je la dengan bekas tunang dia dulu tu. Lagi pun aku sakit hati pulak bila dengar perkataan tangguh tu.

Tergeleng-geleng kepala Harris menidakkan andian Mommynya itu. Bantal kecil diambilnya lalu diletakkan di atas perutnya. Kedua tangannya pula diletakkan di atas bantal kecil tersebut.

“Mom ni..sabar la.. Hard tak habis cakap lagi. Lepas tu mula la buat andaian sendiri. Tangguh tarikh tunang memang tak la mom. Tak nak Hard tangguh. Nanti Sya cakap Hard ni sama macam bekas tunang dia dulu tu.”

“Herm..biasa la Hard. Kalau Hard nak tahu ni la antara symptoms-symptons orang yang tak sabar nak dapat menantu.” Usik Tan Sri Jamalluddin pada isterinya. Terkekek-kekek dia ketawa mengenakanisteri kesayangannya itu. Harris juga turut ikut sama ketawa.

Panjang muncung Puan Sri Rohani disakat sebegitu oleh Tan Sri Jamalluddin. Lantas telapak tangannya menampar lembut peha Tan Sri Jamalluddin sebelum akhirnya Puan Sri Rohani juga turut ketawa.

“Apa la Abang ni. kesitu pulak dia.” Tersenyum malu Puan Sri Rohani di buatnya.

Malu sebab memang itu la kenyataannya. Dia sememangnya dah tak sabar nak bermenantukan Batrisya. Hatinya mula terpaut pada Batrisya saat pertama kali mereka bertemu. Tapi saat itu Batrisya masih lagi memegang status tunangan orang.

“So apa je idea Hard sekarang ni?” Tanya Tan Sri Jamalluddin setelah ketawanya mulai reda.

Kedudukannya dibetulkan supaya lebih selesa sebelum mengutarakan apa perancangannya.

“Emm..macam ni,disebabkan Sya tak sihat dan Hard pun tak nak la membebankan badan Sya sekarang jadi Hard ingat nak buat majlis bertunang ni sekali je dengan majlis akad nikah bulan depan. Macam mana? Papa dengan mom rasa ok tak?”

“Maksud Hard. Hard nak sekalikan tunang dengan nikah macam tu?”

“Yup. Tapi kalau mom rasa macam tak ok,macam susah kita pakai tak payah tunang la. Tapi Hard still akan sarungkan cincin tu masa batal air sembahyang tu nanti. Lepas tu baru Hard akan sarungkan gelang dan rantai untuk Sya.”

“Amboi Hard,papa tengok Hard ni dah macam tak sabar sangat je nak kawin ni. Siap dah ni plan satu-satu.” Usik Tan Sri Jamalluddin. Ruang tamu itu kini riuh rendah dengan gelak tawa mereka bertiga.

Mulutnya berdecit sambil mengenyitkan sebelah mata pada Papanya Tan Sri Jamalluddin.

“Biasa la Pa.. Anak papa kan.” Jawab Harris diikuti dengan ketawa besar.

“Hard resepsi pulak macam mana?” Tanya Puan Sri Rohani setelah gelak tawa mereka bertiga mulai reda.

Harris terdiam sejenak. Kepalanya sedikit bekerja. Mulutnya dimuncungkan sedikit tanda dia sedang berfikir.

“Ok,untuk resepsi Hard nak buat keesokkanya dekat Hotel Hard di Cherating. So next week Hard akan ke Cherating untuk satlekan semua benda la.”

“Tema” Soal Puan Sri Rohani seolah-olah tak percaya. Mana taknya tak pernah-pernah anak lelaki yang uruskan semua hal majlis perkahwinan mereka.
Selalu dengar je kenduri mak lelaki yang paling sibuk uruskan itu ini tapi untuk dia ni tak. Anak lelakinya sendiri yang uruskannya.

Harris tersenyum memandang riak wajah Puan Sri Rohani.

“Don’t worry mom. Semua tu dah ada dalam kepala Harris. Tunggu nak buat jadi kenyataan je. Hihi..Jadi mom jangan risau k. Mom tak payah fikir apa-apa pun. Tapi Hard still lagi perlukan pendapat mom dengan papa untuk weeding Hard ni.” Ujar Harris sambil tersenyum manis memandang kedua orang tuanya.

“Haihh..nampak sangat dah tu tak sabar nak kawin,kan sayang.” Sekali lagi Tan Sri Jamalluddin menyakat.

Harris tersenyum lega selepas semuanya dah dibincangkan dengan kedua ibu bapanya. Cuma sekarang ni dia tunggu masa sahaja untuk ke Cherating untuk uruskan persiapan resepsinya di Cherating.

..............................

“Mar sihat?” Tanya Puan Sri Rohani setelah dia disambut masuk oleh Hajah Mariani.

“Alhamdullillah Ani,Mar sihat je. Yang tak sihatnya bakal menantu Ani tu ha yang tak berapa nak sihat lagi.” Kata Hajah Mariani sambil ketawa kecil.
Yang lain jugak turut sama ketawa. Termasuk la Haji Damhuri dan Tan Sri Jamalluddin.

“Tak apa. Pasal Risya sekejap lagi kita jenguk dia. Sekarang kita nak kena satlekan dulu pasal majlis tunang dorang ni.”

Kini mereka berempat sudah pun berkumpul di ruang tamu rumah tersebut untuk membincangkan hal berkenaan.

Akhirnya bejaya curi masa❗️^o^ Sory geng bzy sikit. Have a nice day beautiful ^_^ Tempat cah dilanda banjir≧∇≦

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience