C 20

Romance Series 50533

Mereka berjalan seiringan dengan gelak tawa yang di buat-buat. Tiba-tiba langkah Batrisya terhenti.

Khai. Lelaki ketiga yang dia sayang selepas Haji Damhuri dan adik lelakinya. Dan lelaki itu jugak bakal menjadi imamnya bulan hadapan. Tapi itu dulu. Sekarang tak lagi.

‘senang kau mainkan perasaan aku Khai. Jadi selama ni kau tangguhkan tarikh kawin kita sebab perempuan ni. Tak apa la. Terima kasih sangat sebab kau dah berjaya lukakan hati aku.’

Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada mengalir. Senyuman manis mula terukir. Manis dimata sekeliling namun pahit bagi Batrisya.

“eh,Khai.. U buat apa dekat sini? Surprise sangat tau boleh jumpa U dekat sini. Dengan buah hati pulak tu.” Ujar Batrisya dengan senyuman yang tak ikhlas. Harris yang berdiri di sebelah Batrisya hanya mempamerkan senyuman sinis pada Khai.

Nak tunjuk yang dia menang la tu. >_<

Membulat mata Khai melihat susuk tubuh tunangnya kini berdiri betul-betul di hadapannya.

“em..u..u,bu,buat apa dekat sini?” tanya Khai gagap.

Aik gagap. Takut la tu. Remember ok boys,jangan cabar kesabaran wanita. :/

‘hey Bro sejak bila pulak berkawan dengan gagak ni.? tadi aku tengok kau bukan main aktif lagi. Ni bila jumpa si Sya boleh pulak jadi gagap.’

‘aku tanya kau,kau tanya aku balik ek. Ee..ikut hati panas aku ni nak aje aku penyepak batu kau tu Khai! Dasar jantan tak guna!’

“oh,i saja jalan-jalan dengan BFF i ni. Oh ya, by the way kenalkan.”

“Harris Danial bin Jamalluddin” pintas Harris sebelum Batrisya sempat menyebut nama panjangnya.

Terkejut. Tapi dia cuba berlagak biasa.

‘Not now Sya. Pangkat tu nanti aku gunakan untuk benda yang paling penting. Masa tu kau akan tahu Khai,kau cari masalah dengan orang yang salah.’ Harris tersenyum senget.

And u? Ibu jari Batrisya ditala pada wanita yang berada sebelah Khai.

Khai yang blur,bertambah blur dengan tindakan Batrisya yang bertanyakan perihal wanita di sisinya.

Batrisya perasan yang anak mata wanita tersebut selalu curi-curi memandang Harris.

‘herm,boyfriend ada sebelah pun nak usha jantan lain lagi ke. ‘

“Hai. I Amelia girlfriend Khai.” Ujarnya dengan wajah ceria. Lantas tangan kananya dilepaskan daripada memeluk lengan Khai dan dihulurkan kepada Batrisya tanda salam perkenalan.

Rasa-rasa la kan,si Amelia ni baik ke jahat? Kalau dia jahat and dia tahu yang Khai tu dah ada tunang,mesti dia pandang sinis and sakitkan hati Bat kan? :?

Batrisya tersenyum sinis. Tapi salam dari wanita itu tetap disambut. Sakit hatinya rasa macam disiat-siat. Tapi dia tetap kena kuat untuk tak nampak lemah di mata lelaki tak guna tu.

“oh..girlfriend Khai. Nice sangat. Korang nampak secocok tau. Macam pinang dibelah belah. Kan Harris?” kata Batrisya sambil anak matanya melirik pada Harris dan kembali memandang merpati dua sejoli di hadapannya itu.

“aah.. serious, korang memang sesuai sangat.” Tambah Harris mengiyakan apa yang diperkatakan Batrisya.

‘adoi..time-time macam ni la boleh pulak terserempak dengan si Risya ni. Habis la aku lepas ni. Buatnya dia cerita dekat Ibu aku. Mati aku mati..’

“oh ya Khai.” Pandangan Batrisya kini tepat menikam anak mata Khai.

“dah alang-alang I jumpa U dekat sini,I nak pulangkan terus la cincin ni dekat U.” Hulur Batrisya. Depan mata mereka bertiga Batrisya menanggalkan cincin yang tersarung di jari manisnya itu. Lalu dihulurkan pada Khai.

Harris disisi mula ingin melebarkan senyumannya. ‘alhamdullillah peluang untuk aku dapatkan Sya semakin cerah.’ Yakin Harris.

Cincin di tangan Batrisya dipandang kosong.

“kenapa U tak nak ke cincin ni? Ok.” Dengan serta merta cincin itu dilepaskan dan terjatuh ke lantai.

Saat ini Amelia dan Harris hanya menjadi pemerhati. Harris masih setia dengan mimik muka kemenangan manakala Amelia pula wajahnya penuh dengan seribu satu tanda tanya.

Khai terpinga-pinga. Terkejut dengan tindakan Batrisya barangkali.

“Khai,U know what. Mulai dari hari ni,jam ni,minit ni,dan saat ni, I putuskan pertunangan kita ok. Relationship antara kita berdua it’s over.! Lepas ni U dah tak payah susah-susah nak suruh parents U datang rumah I sebab nak tangguhkan lagi tarikh kawin kita ni. Tak payah ok. I dah tak nak dekat U and U boleh teruskan hubungan U dengan Amelia. Dah jom Harris.” Tutur Batrisya dalam nada yang agak tegas namun kelantangan suaranya masih terkawal. Tangannya menarik lengan sasa Harris supaya mereka berdua beredar dari tempat itu.

Nah satu lagi chap untuk korang. ^o^ Korang rasa kan si Amelia tu baik ke jahat. hurmm.. padan muka Khai. kalau cah lepar atas muka ok. Biar dia rasa. ! ( ̄. ̄)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience