C 36

Romance Series 50533

“Kak Bella,Risya balik dulu ye. Kepala Risya ni rasa sakit sangat la Kak Bella.”

“Lepas tu..lagi satu appoiment Risya yang satu lagi tu Kak Bella tukar ke esok pagi je la. Hari ni Risya betul-betul tak larat. Ok Kak Bella.”Arah Batrisya kepada Kak Bella.

“Ok Risya. Pasal kerja don’t worry ok. Kak Bella boleh handle untuk Risya. Risya nak balik ni boleh drive ke? Jom Kak Bella hantarkan.Nak?”

Pelawa Kak Bella. Wajah Batrisya yang berubah pucat mula merisaukan hati kecil Kak Bella. PAnya.

Kakinya melangkah mendekati tubuh Batrisya yang semakin lemah. Tiba-tiba.

“Ya Allah Risya!” Jerit Kak Bella sambil menyambut tubuh lemah Batrisya. Dalam keadaan kelam kabut,tangannya terus sahaja mencapai Iphone Batrisya yang berada tidak jauh dari mereka.

Lock Screen di buka. Mujur saja tak pakai lock pelik pelik weh.! Kalau tak susah la. Salah satu nama dari list shortcut calls diklik Kak Bella.

Deringan di hujung talian dinantikan dengan penuh debar.

‘Tolong la angkat..urgent ni. Tapi jap. Aku ni call sapa ek.’

Skrin Iphone Batrisya dipandang sekali.

“Harris?. Ah Lantak la. Tak ada masa nak fikir. Kalau bukan sapa –sapa tak kan nama ni boleh ada dekat shortcut call pulak.” Bebal Kak Bella seorang diri sambil menanti panggilannya itu terjawab.

“Hello Assalamualaikum. Ye Sya ada apa kau call aku ni?” Harris memberi salam sebaik sahaja panggilan itu diterimanya.

“Waalaikumussalam. Ha,Harris ni bukan Risya ni Kak Bella. PA Risya. Harris kena datang office Risya cepat. Risya peng.pengsan dekat office.” Beritahu Kak Bella separuh menjerit.

Harris yang baru saja selesai meetingnya dengan client terkejut dengan berita yang disampaikan Kak Bella. Mujur sahaja perjalanan dari tempat dimana dia berada sekrang suma mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke Cars Auto Sdn Bhd.

“Allah..Eerr..ok,ok Kak Bella. Harris datang sekarang. 5 minit lagi Harris sampai. Ok.” Ujar Harris dalam keadaan tergesa-gesa.

Keretanya kini meluncur laju menuju ke bangunan yang sedang berdiri megah di tengah-tengah bandar itu.

Beberapa minit kemudian..

“Kak Bella!” Laung Harris saat terlihat Kak Bella yang sedang meribakan Batrisya.

“Harris cepat!” Arah Kak Bella sedikit menjerit. Sungguh dia tersangat risaukan dengan keadaan Batrisya tika ini. Memang dalam masa 2 ke 3 hari ni Batrisya terlalu fokus pada kerjanya,tapi tak sangka pulak boleh sampai jadi macam ni.

“Err..Kak Bella biar Harris angkat Sya. Kak Bella tolong bawak Handbag Sya kita pergi dekat kereta Harris sekarang. Harris bawak Sya pergi klinik.”

“A’aa..ok.” Dengan pantas Kak Bella menurut.

“Badan Sya panas sangat ni Kak Bella. Rasa bahang dia. Balik dari klinik nanti Harris hantar Sya balik rumah terus Kak Bella. Nanti pape Harris inform Kak Bella balik.”

Terangguk-angguk kepala Kak Bella dengar omelan dari mulut Harris.

Sya..kau ni kan memang suka la buat aku susah hati. Masuk ni dah dua kali kau pengsan tiba-tiba macam ni. Dah tahu demam kenapa la still lagi boleh datang kerja. Haihh..

Kedua makhluk itu kini sudah pun selamat berada di dalam kereta. Padel minyak ditekan meningkatkan kelajuan kereta Mercedes sport tersebut.

Dalam perjalanan ke klinik Harris sempat menelefon Haji Damhuri untuk memberitahu tentang keadaan Batrisya saat itu.

“Assalamualaikum Uncle Rie.”

“Waalaikumussalam.. yes Harris ada apa ni Harris telefon Uncle?” Soal Haji Damhuri sejurus sahaja dia menjawab panggilan tersebut.

“Uncle,ni Harris nak bagi tahu yang Sya pengsan tadi dekat office. Kak Bella call Harris tadi. And now Sya ada dengan Harris ni. Harris nak hantar Sya pergi klinik kawan Harris dulu kebetulan klinik dia dekat dengan office Uncle ni. Then Harris hantar Sya balik terus la.” Terang Harris panjang lebar.

Mati kata Haji Damhuri dibuatnya. Perasaan bimbang mula menyelubungi hatinya. Tapi dia cuba mengawal perasaan itu dengan sehabis baik.

Ayah kan. Luar nampak cool je dalam Allah je yang tahu.

“Herm..nasib baik kau cepat bawak dia datang sini. Suhu badan dia naik mendadak. But now kau jangan risau aku dah masukan ubat and air dalam badan dia. Insyallah..jap lagi dia ok la tu.” Terang Amir pada Harris tentang keadaan Batrisya.

“Lagi satu...please Ris pastikan yang dia tak kerja kuat sangat untuk dua tiga hari ni. Badan dia sekarang betul-betul dalam keadaan lemah. Aku takut nanti jadi benda lain pulak.”

Amir merupakan doktor peribadi merangkap kawan rapat Harris semasa mereka belajar bersama di Turkey. Cuma berlainan bidang sahaja.

“Mir,dia tak ada penyakit yang serious kan? Aku nak kau check dia betul-betul. Tak kisah berapa pun kau mintak aku bayar. Aku risau doe bila tengok dia pengsan je. Ni kali kedua dah dia macam ni.” Tutur Harris. Pandangannya kini dialihkan pada Batrisya yang sedang terbaring lemah atas katil,berehat.

Amboi..bukan main caring lagi kau dengan minah ni ek. First time ni aku tengok kau susah hati pasal perempuan. Ni mesti korang ada apa-apa kan. Teka Amir dalam diam.

Dia melangkah mendekati Harris dengan senyuman yang perlahan-lahan makin melebar diwajah. Tangan kanannya kini menepuk lembut bahu Harris.

“Sabar..aku dah check semua tadi.. so far alhamdullillah dia ok. Cuma sekarang ni dia agak penat. Dah la jangan risau ok. Biarkan dia rehat jap. Jom ikut aku pegi pantry aku belanja kau air coway.” Tutur Amir sambil diikuti dengan gelak yang sederhana kuat. Seronok sekali sekali dapat kenakan Harris.

Sambil mereka berdua berjalan seiringan menuju ke pantry Amir sempat mengajukan soalan cepu mas pada Harris.

“Aku tengok kau ni bukan main caring lagi dekat minah tu. Ada pape ke ni..? Herm herm.” Sakat Amir sambil mengangkat kedua keningnya berulang kali. Bibirnya pula mula menggariskan senyuman nakal.

Harris hanya tersenyum. Sebelah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar,manakala sebelah lagi menyambut cawan yang dihulur oleh Amir.

“Tak payah jawab la Ris. Dari senyum semewek kau tu pun aku dah boleh baca dah.. So bila lagi?” Terkekek Amir ketawa dengan soalannya sendiri. Sibuk tanya tentang hubungan orang. Diri sendiri pun masih lagi single available. Orang lain tahan lagi ada jugak crush. Dia? Apo pun tak dak.

“Entah la Mir rasa macam tak ada harapan je. Macam ni la. Apa kata esok or lusa or tunggu aku free la. Kita jumpa and aku story dekat kau ok. Lagi pun aku pun dah lama tak chill dengan kau.”- Harris

“Ha,ok jugak tu. Aku pun memang nak tahu sangat kisah story kau dengan minah cantik tu.” Gelak Amir. Yes. Mesti la dia nak tahu siapa gerangan wanita yang dah berjaya pagut hati anti girlfriend kawannya tu.

Dari zaman study lagi,bukannya tidak ada minah-minah melayu mahu pun Mat saleh yang cuba nak rapat dengan Harris tapi Harris sahaja yang mentah-mentah menolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience