C 27

Romance Series 50533

“Hello..Assalamualaikum. Farid esok kau dengan Farah free tak? Aku nak jumpa dengan korang ni. ada something sikit yang aku nak bincang.” Ujar Harris.

Dalam fikirannya kini hanya memikirkan strategi tentang perancangannya sahaja. Rancangan untuk memikat hati Batrisya. Dia tahu mungkin ada beberapa plannya tak akan menjadi tanpa bantuan dari mereka berdua. Jadi suka atau tidak Farid dan Farah mesti bersetuju untuk membantunya.

“Ha,Waalaikumussalam..aku free je esok. Kalau nak lepak ok jer aku onzz je. Bincang? Pasal apa weh? Adik aku tu.. aku tak sure la,aku kena tanya dia dulu.” Balas Farid dengan nada bersahaja.

Niat di hati nak saja dia bertanya kenapa nak berjumpa dengan Farah sekali. Tapi bila dia seperti dapat mengagak apa yang nak dibincangkan Harris persoalan tu terus terkubur.

“Nanti la aku bagi tahu kau. Esok kita jumpa dekat tempat biasa ok. Kau jangan lupa pulak tu.” Pesan Harris lagi. Bila dapat kata putus dari Farid serta-merta panggilan itu ditamatkan.

Tangannya disilangkan kebelakang kepala untuk dijadikan alas. Anak matanya asyik memandang syiling yang berwarna putih itu.

‘Diana Batrisya Binti Haji Damhuri. Aku tahu mungkin agak susah untuk kau jatuh cinta pada aku tapi aku akan cuba untuk dapatkan cinta kau yang maha mahal tu.’

..............................

‘Senyap je rumah ni. Aku bagi salam tak ada sorang pun yang jawab.’ Dialog Haji Damhuri sendiri.
Matanya meliar mencari kelibat orang-orang yang berada dalam rumah tersebut.

“Assalamualaikum..hai Ling kenapa termenung je ni? Abang balik pun tak sedar ni.” Sapa Haji Damhuri dengan nada lembut. Salam diberikan untuk kali kedua. Dia tak nak terkejutkan isterinya yang sedang asyik mengelamun itu.

Olololor..sweet sangat nih ber Ling Ling.

“Eh,Abang.. maaf Ling tak perasan Abang bagi salam tadi. Abang nak makan sekarang ke? Ling siapkan.” – Hajah Mariani.

Memang dah menjadi rutin dan adat dalam rumah tu,setiap kali makan mereka akan makan bersama-sama termasuk la orang gaji di dalam rumah itu.

Jadi setiap kali Haji Damhuri selesai menunaikan solat Isyak baru Hajah Mariani menyediakan makan malam untuk keluarganya.

‘Eh,kita yang tanya dia,dia boleh tanya kita balik.Hurrmm..’

“Tak apa la Ling,Abang dah makan tadi dekat Masjid. Ada orang sedekahkan nasi minyak. Ni Abang nak tanya Ling termenungkan apa tadi? Abang tengok macam ada masalah besar je. Hurm.” Soal Haji Damhuri penuh prihatin. Dia kini sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Hajah Mariani.

Keluhan berat dilepaskan. Dia sebenarnya tidak mempunyai masalah lain melainkan masalah hubungan Batrisya dengan Khai.

“Tak ada la Abang. Ling tengah fikirkan pasal budak-budak ni la.. pasal Kakak dengan Khai tu. Orang tua Khai lagi,apa la kata dorang tu Bang.”- Hajah Mariani.

“Emm..Bang esok kita pergi rumah Khai nak? Jumpa Minah dengan Khahar tu. Ye la,mana la tahu kot-kot Khai tu tak bagi tahu pape lagi ke dekat Ibu dengan Abah dia tu. Bukan boleh kira sangat dengan si Khai tu Bang.”

“Ok jugak cadangan Ling tu. Esok kita pergi rumah diaorang. Cepat settle masalah ni cepat la lega kepala kita ni. Lebih-lebih lagi si Kakak tu la. Naik kesian Abang tengok dia mana kerja dekat Office lagi hal peribadi lagi. Hurm..tapi Ling call la dulu Datin Aminah tu tanya dia free tak esok kita nak datang rumah dia. Mana la tahu kot-kot dia ada hal lain ke esok jadi kita tak payah la ganggu dia.” Cadang Haji Damhuri.

“Ye la Bang.” Lantas jari-jemarinya mencari nama Animah then button call di swipe.

Nak lagi ke? ≥3≤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience