C 40

Romance Series 50538

Datin Aminah dan Datuk Khahar melabuhkan punggung mereka di meja makan untuk bersama-sama makan malam.

“Bik,panggilkan Khai dekat bilik dia Bik. Suruh dia turun makan.”Arah Datin Aminah.
Dengan segera bibiknya itu naik ke tingkat atas untuk memanggil satu-satunya anak teruna dalam keluarga tersebut.

..........

Selesai saja makan malam,Datin Aminah mengajak anak terunanya itu untuk luangkan masa bersama sambil menonton televisyen.

“Khai,jom join ibu dengan ayah tengok tv.” Ujar Datin Aminah sambil membontoti langkah suaminya Datuk Khahar.

Pada mulanya dia agak malas. Tapi bila dia teringatkan ada perkara ‘BEST’ yang belum dia ceritakan lagi pada ibunya itu,dia jadi semangat untuk join ibu dengan ayahnya menonton tv.

Bukan nak menonton tv sangat.. lebih pada nak mengumpat. Kalah makcik bawang la awang ni. >_<

Seperti biasa,Khai akan memilih untuk duduk di sofa empuk kesukaannya itu. Lalu dia memulakan bicara setelah punggunya bertemu dengan sofa empuk tersebut.

“Mom,siang tadi kan masa tengah jalan-jalan dengan Lia,Khai terserempak dengan..” Sengaja ayatnya itu dibiarkan tergantung tanpa penghujungnya. Dia tahu yang ibunya itu mesti tak sabar ingin tahu sambungan ceritanya itu.

Lagi-lagi Amelia. Dah tak ada perempuan lain ke yang Khai ni nak jadikan girlfriend. Pisau tu jugak yang dia berkenan. Eee.. Menyampah pulak aku.

Datin Aminah memusingkan bebola matanya. Pada mulanya dia memang excited habis nak dengar story dari Khai tapi bila je dengar nama Amelia tadi terus rasa excitednya hilang.

Riak wajah Ibunya itu diabaikan.

“Emm..Khai terserempak dengan siapa tadi?” Soal Datin Aminah acuh tak acuh. Matanya kini hanya tertumpu pada siaran yang berlangsung di kaca tv.

“Terserempak dengan Risya. Dia dengan lelaki hari tu tapi kalini dekat klinik. Siap berdukung lagi Bu.” Sengaja dia ingin menambahkan lagi rasa benci ibunya terhadap Batrisya.

“Ha. Ye ke Khai? Diaorang buat apa dekat klinik tu Khai?” Soal Datin Aminah tak senang duduk. Dah macam cacing kepanasan dah dekat sebelah Datuk Khahar tu. Mula la tu nak busy body.

Khai tersenyum sinis. Dia tahu yang dia sudah berjaya menambahkan lagi rasa benci dalam hati Ibunya.

“Mana la Khai tahu Bu. Entah-entah kan Bu, si Risya tu mengandung anak luar nikah tak. Ye la,kan dah bebas sekarang pegang-pegang tangan bagai siap berdukung lagi jadi tak mustahil la kan Bu?”

Memang jenis perempuan tak tahu malu la dia tu. Dah la berlagak baik depan aku. Sekarang ni berani dah conteng arang dekat muka mak bapak dia pulak. Ee..nasib baik la tak jadi menantu aku. Kalau tak.. habis la kotor nama baik keluarga aku.

Datuk Khahar menggelengkan kepalanya.

“Apa kamu ni Khai. Kalau dah tak nak buat cara tak nak. Jangan nak sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang lain. Nak jaga tepi kain keluarga orang lain. Ayah tak suka! Dia nak mengandung ke apa ke biar la. Mana tahu dia dah menikah ke. Yang kamu ni sibuk sangat nak menfitnah dia tu kenapa?! Kamu tu ayah tengok asyik sangat dengan si Amelia tu. Dah tak ada orang lain ke yang kamu nak buat bini?”

“Kamu jangan ingat ayah duduk rumah ni ayah tak ambik tahu segala hal Syarikat ye. Banyak mana dah duit Syarikat yang kamu songlap semata-mata nak bahagiakan perempuan tu!” Tinggi suara Datuk Khahar terhadap anaknya itu.

Sungguh kesabarannya kini semakin menipis dengan karenah juga perangai Khai.

“Ala apa yang ayah nak rungsingkan? Kita baru je dapat projek dengan Hard Building tu. So sempat la nak cover balik duit yang Khai ambik tu.” Jawab Khai bersahaja.

Semakin membara api kemarahan Datuk Khahar. Senangnya jawapan yang keluar dari mulut anaknya itu. Projek tu baru sehari dua je ada dalam genggaman Khar’s Sdn Bhd. Jika Khai tersilap langkah,projek tu boleh ditarik balik oleh Hard Building.

“Projek tu baru sehari dua je la ada dalam genggaman kita Khai. Kalau kamu tersilap langkah sikit je,projek entah kemana duit pun lagi la. Memang sia-sia je la usaha ayah selama ni bangunkan Syarikat tu untuk diwariskan pada kamu. Bila dah serahkan pada kamu,dengan sekelip mata je kamu hancurkan impian ayah.”

Lain yang diharapkan lain pula yang jadi. Tak sangka Khai sanggup hancurkan business hasil dari penat lelah ayahnya selama ini hanya kerana terlalu ikutkan perempuan materialistic itu.

Khai hanya mendiamkan diri bila melihat raut wajah hampa ayahnya. Sungguh dia dia rasa bersalah pada ayahnya tapi disebabkan perasaan sayang,cinta dia juga sanggup ketepikan semua itu.

..........

“Assalamualaikum..kakak..ni Unty Ani dengan Uncle Din datang nak tengok kakak.” Ujar Hajah Mariani dengan lembut pada Batrisya.

Wajahnya kini dihiasi dengan senyuman manis. Haihh..nak jumpa bakal mak mertua dengan pak mertua la katakan so kena la manis manis. Tak gitu..hihi

Dengan perlahan dia bangun lalau menyandarkan badannya di kepala katil.

Tak kan la orang datang melawat kita,kita nak terbaring je kan. Lain la kalau kita memang tak boleh bangun betul tak?

“Waalaikumussalam..Unty,Uncle.” Sapa Batrisya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Sri Rohani tanda hormat. Untuk Tan Sri Jamalluddin pula Batrisya menundukkan kepalanya sedikit.

“Risya..Unty dengan Uncle ni datang bukan nak jenguk Risya je tau.” Puan Sri Rohani memulakan bicaranya.

Terkelip-kelip mata Batrisya memandang mereka berempat silih berganti. Nak kata tak faham..macam tak logik tapi nak kata faham dengan kata-kata Puan Sri Rohani tu pun..eemm.. entah la.

Ketawa kecil mereka berempat melihat gelagat Batrisya. Macam budak budak-budak. ^_^

“Risya..Ibu,Babah.Unty,Uncle dah setuju untuk nikahkan Risya dengan Hard bulan depan. So Risya macam mana? Setuju tak?” Tanya Hajah Mariani dengan nada perlahan. Risau pulak dia kalau-kalau Batrisya tak boleh nak terima cadangan Harris tu.

Membulat mata Batrisya terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Ibunya itu.

Gila cepat!Perrgghh..habis tu kira pakai tak tunang ke apa ni? Tertanya-tanya Batrisya dalam hati. Berdebar tak payah cakap la. Macam dah gaya orang masuk marathon dekat olimpik. Ye la,gila tak debar jadi bini orang kot.

“Tunang?” Tanya Batrisya sepatah.

Puan Sri Rohani tersenyum melihat wajah Batrisya yang sedikit cuak.

“Disebabkan Risya sekarang tak berapa sihat dan Hard pun tahu macam mana keadaan Risya sekarang,jadi dia putuskan untuk nikah je terus.”

“Tapi untuk cincin tunang tu Hard akan sarungkan sekali dengan gelang masa batalkan air sembahyang tu.”

“Hard tu bukan apa Risya dia tak nak badan Risya ni penat,ye la Risya belum sihat sepenuhnya lagi kan.” Terang Puan Sri Rohani panjang lebar dengan senyuman manis menghiasi wajahnya.

Batrisya tersentap. Amboi..baiknya. Tapi jangan pulak nanti bila dah kawin dengan aku perangai tu berubah. Memang aku luku kepala tu. Kau jangan nak main-main dengan Diana Batrisya ok. Ngomel Batrisya dalam hati.

“Hey,Kak. Amboi..sempat lagi ye dia termenung dalam kami semua ada dekat sini pun.” Sergah Hajah Mariani tapi dalam nada yang cukup terkawal.

“Emm..berangan nak naik pelamin la tu.” Sampuk Haji Damhuri pula. Rona wajah Batrisya mula bertukar kemerahan kerana malu dek usikan orang tuanya.

Wajahnya menunduk menyembunyikan rasa malu yang menyinggah di wajahnya.

“Ish,Babah ni..mana ada la. Kakak tak berangan pun.” Jawab Batrisya perlahan. Gelak tawa mereka berlima memenuhi segenap ruang dalam bilik tamu tersebut.

“Eh,Ling sembang la bertiga ye? Abang bawak Din ni sembang dekat luar la.”

“Ha..elok jugak tu. Lagi pun kita ni lelaki bukan arif sangat bab bab kenduri ni kan. Jom la.” Perbualan mereka berdua diiringi dengan kelak tawa kecil.

Si isteri menghantar suami-suami mereka dengan padangan mata.

“Risya..Risya dah tengok belum gambar bakal suami Risya tu?” Soal Puan Sri Rohani tersenyum.

“Emm..belum la Untie. Ibu nak tunjuk tapi Risya yang tak nak tengok. Risya terima je dia Untie. Ada hidung ke tak ada hidung ke Risya terima tapi Risya harap dia ada hidung la.” Seloroh Batrisya.
Tergelak sakan Puan Sri Rohani dan Hajah Mariani di buatnya. “Ish,kamu ni kakak ada pulak sampai ke situ perginya.

“Hihi..maaf Bu.”

“Eemm.. so untuk nikah nanti..Risya ingat,Risya nak stay dalam bilik je. Macam Ibu dengan Untie kawin dulu-dulu. Tunggu sang suami masuk dalam bilik untuk sarungkan cincin.” Ujar Batrisya tersengih memandang Ibu dan jugak bakal mertuanya dengan permintaannya itu.

Hajah Mariani dan Puan Sri Rohani tersenyum sambil memandang antara satu sama lain. Anggukkan diberikan pada Batrisya tanda permintaannya itu diluluskan.

Amboi..dah macam apa dah. Siap main lulus lulus lagi.

Share this novel

Noriah Liasnih
2021-04-06 16:24:43 

sambung la ceta ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience